مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Wednesday, 18 July 2012

sambungan تعليم المتعلم

dan hanya sungguhnya telah mengarang oleh السيد الإمام الأجل  الشهيد ناصر الدين أبو القاسم  akan sebuah kitab pada membicarakan perangai2- dan sebaik2 lah barang yang ia karang itu- maka wajiblah atas tiap2 orang islam memeliharakan perangai dan kelakuannya dan adapun memeliharakan barang yang jatuh ia pada setengah2 daripada ketika maka iaitu fardhu kifayah apabila berdiri dengan dia oleh setengah2 orang pada satu negeri nescaya bersekutu sekalian mereka itu pada dosanya maka wajiblah atas raja bahawa menyuruh ia akan mereka itu dengan yang demikian itu dan mengerasi ia akan ahli negeri atas yang demikian itu. maka dikatakan bahawasanya mengetahuikan barang yang jatuh ia atas dirinya pada sekalian kelakuan itu ditempati akan dia pada tempat makanan tak dapat tidak bagi tiap2 seorang daripada demikian itu- dan mengetahuikan barang yang jatuh pada setengah2 daripada ketika itu ditempati  akan dia pada tempat ubat yang dihajatkan kepadanya pada setengah2 daripada waktu dan mengetahuikan ilmu bintang2 itu ditempati akan dia pada tempat penyakit maka belajar akan dia itu haram kerana bahawasanyailmu bintang itu memberi mudharat dan tiada memberi manfaat dan bermula lari daripada qadha dan qadar الله تعالى itu tidak dapat maka sayugia bagi tiap2 orang islam bahawa mengerja ia pada sekalian waktunya dengan menyebutkan الله تعالى dan berdoa dan rendah diri dan baca2 القرآن dan sedekah2 yang menolakkan sekalian bala2 dan memohon ia akan الله تعالى maaf dan keselamatan pada dunia dan akhirat supaya memeliharakan dia oleh الله تعالى daripada bala2 dan penyakit2- kerana orang yang direzqikan dia dengan berdoa itu tiada diharamkan dia daripada perkenannya sungguhpun bala itu telah ditaqdir akan dia sertatak dapat tidak mesti kenanya tetapi memudah akan dia oleh الله تعالى atasnya dan merezqi ia akan dia dengan sebenar dengan berkat doa itu-melainkan apabila belajar ia akan ilmu bintang2 itu qadar barang yang boleh mengetahui dengan dia akan qiblat dan waktu2 sembahyang maka harus yang demikian itu kerana keadaannya wasilah/perantaraan kepada mengetahuikan kelakuan yang bangsa agama bukan kerana bahawasanya diterima pada dirinya dan dituju pada dirinya ( kata perhamba maka apabila kita dapat mengetahuikan yang demikian itu dengan yang lain daripadanya maka tiada sayugia kita belajar akan dia kerana kebiasaan sangat orang yang masuk kepada belajarkan ilmu bintang2 itu terlajak kepada bicarakan hikmat2nya maka yang demikian itu membawa kepada yang ditakuti seperti sabda nabi صلى الله عليه و سلم : barangsiapa yang berkeliling di daerah yang ditegah/bahaya nescaya hampir2 bahawa jatuh ia padanya.

No comments:

Post a Comment