dan menuntuti faedah dan bertambah2nya daripada ilmu pada tiap2 hari, jangan lua daripadanya satu hari jua pun dan bersungguh2 olehmu pada menuntuti akan segala faedahnya dan manfaatnya yang amat banyak itu seperti bersungguh2 kamu pada berenang didalam laut yang amat dalam dan luas- kerana bahawasanya faedah ilmu itu amat banyak sehingga tiada kuasa menghabisi akan dia oleh anak آدم seperti tiada kuasa ia berenang dan mengarung didalam sekalian laut yang dalam2 dan yang luas2 itu- kerana bahawasanya penghulu kita محمد صلى الله علبه و سلم yang terlebih أفضل daripada sekalian nabi2 berkata ia didalam doanya ( رب زدني علما ) ertinya hai tuhanku tambahkanlah oleh mu bagiku ilmu- padahal nabi kita itu bersifat ia dengan sekalian ilmu orang2 yang dahulu kala dan orang2 yang kemudiannya- didalam hal itu ia menuntuti tambah lagi maka betapakah kamu ayuhai penuntut,kamu memadai an ilmu yang kamu dapat sedikit2 itu padahal ilmu kamu itu dengan nisbah kepada ilmu nabi kita عليه الصلاة و السلام seperti satu titik daripada air2 laut jua.dan belajar olehmu dan menuntut olehmu akan ilmu feqah kerana bahawasanya ilmu feqah itu ialah sebaik2 ilmu yang memimpin kita dan menarikkan kita kepada sekalian kebajikan2 dan yang membawa kepada takut akan الله تعالى dan ia lah yang seadil2 daripada segala jenis yang adil kerana bahawasanya ia ilmu yang menyatakan sekalian syariat2 dan sekalian hukum2 yang tiada ada zalim pada keduanya sekali2 dan lagi bahawasanya ilmu feqah ialah ilmu yang menunjukkan manusia dengan lemah lembutnya kepada jalan yang mempersampaikan kepada yang dituntuti dan iaitu kemenangan dan mencapaikan dengan bahagia yang berkekalan yang ialah sampai kepada رحمة الله dan lemah lembutnya dan ampuninya dan ialah juga boleh diserupakan dengan kota yang menahani dan melepaskan yang menuntutinya dan belajarnya daripada sekalian kesusahan2 dan bala2 yang masuk didalam jumlahnya jahil dengan suruhan2 الله تعالى dan tegahannya kerana bahawasanya jahil dengan keduanya itu sebesar2 kesusahan dan bala2 seperti barang yang tiada tersembunyi- kerana bahawasanya seorang yang pandai dan alim pada ilmu feqah lagi yang wara' yakni amat menjauhi daripada yang haram2 akan sebagai jauh yang sempurna itu terlebih sangat menyusahkan atas syaitan2 daripada 1000 عابد yakni yang berbuat ibadah dengan ketiadaan feqah kerana bahasanya orang yang alim dengan ilmu feqah itu jadi seteru syaitan kerana bahawasanya syaitan menyuruh ia akan manusia dengan fasiq dan kejahatan2 dan kufur dan jalan yang salah daripada sebenarnya dan bahawasanya yang alim dengan ilmu feqah itu menyuruh ia akan mereka itu dengan iman dan taat dan menyeru ia akan mereka itu beri lepas daripada jalan syaitan kepada jalan الله تعالى yang رحمن dan tiada hasil daripada عابد suatu daripada ini sekalian kelakuan2 apabila ia tidak عالم dengan ilmu feqah bahkan berbuat ibadah ia atas ketiadaan tetap pada hukumnya- dan demikian itu juga yakni seperti wajib belajar ilmu kelakuan hati- wajib juga belajar ilmu dan mengetahuikan sekalian perangai2 umpama pemurah dan penakut dan berani dan takabbur dan merendah diri dan عفة yakni terpelihara daripada yang haram2 dan membazir dan bakhil dan lainnya kerana bahawasanya takabbur dan kedekut dan penakut dan membazir itu haram dan tiada dapat hendak memeliharakan daripadanya melainkan dengan mengetahuinya dan mengetahuikan barang yang melawan akan dia maka wajiblah atas tiap2 manusia mengetahui akan dia-dan hanya sungguhnya..bersambung
أهلا و سهلا مرحبا بكم... .... مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ في الدِّينِ
مقدمة
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Thursday, 5 July 2012
kitab pelita penuntut dan تعليم المتعلم
dan menuntuti faedah dan bertambah2nya daripada ilmu pada tiap2 hari, jangan lua daripadanya satu hari jua pun dan bersungguh2 olehmu pada menuntuti akan segala faedahnya dan manfaatnya yang amat banyak itu seperti bersungguh2 kamu pada berenang didalam laut yang amat dalam dan luas- kerana bahawasanya faedah ilmu itu amat banyak sehingga tiada kuasa menghabisi akan dia oleh anak آدم seperti tiada kuasa ia berenang dan mengarung didalam sekalian laut yang dalam2 dan yang luas2 itu- kerana bahawasanya penghulu kita محمد صلى الله علبه و سلم yang terlebih أفضل daripada sekalian nabi2 berkata ia didalam doanya ( رب زدني علما ) ertinya hai tuhanku tambahkanlah oleh mu bagiku ilmu- padahal nabi kita itu bersifat ia dengan sekalian ilmu orang2 yang dahulu kala dan orang2 yang kemudiannya- didalam hal itu ia menuntuti tambah lagi maka betapakah kamu ayuhai penuntut,kamu memadai an ilmu yang kamu dapat sedikit2 itu padahal ilmu kamu itu dengan nisbah kepada ilmu nabi kita عليه الصلاة و السلام seperti satu titik daripada air2 laut jua.dan belajar olehmu dan menuntut olehmu akan ilmu feqah kerana bahawasanya ilmu feqah itu ialah sebaik2 ilmu yang memimpin kita dan menarikkan kita kepada sekalian kebajikan2 dan yang membawa kepada takut akan الله تعالى dan ia lah yang seadil2 daripada segala jenis yang adil kerana bahawasanya ia ilmu yang menyatakan sekalian syariat2 dan sekalian hukum2 yang tiada ada zalim pada keduanya sekali2 dan lagi bahawasanya ilmu feqah ialah ilmu yang menunjukkan manusia dengan lemah lembutnya kepada jalan yang mempersampaikan kepada yang dituntuti dan iaitu kemenangan dan mencapaikan dengan bahagia yang berkekalan yang ialah sampai kepada رحمة الله dan lemah lembutnya dan ampuninya dan ialah juga boleh diserupakan dengan kota yang menahani dan melepaskan yang menuntutinya dan belajarnya daripada sekalian kesusahan2 dan bala2 yang masuk didalam jumlahnya jahil dengan suruhan2 الله تعالى dan tegahannya kerana bahawasanya jahil dengan keduanya itu sebesar2 kesusahan dan bala2 seperti barang yang tiada tersembunyi- kerana bahawasanya seorang yang pandai dan alim pada ilmu feqah lagi yang wara' yakni amat menjauhi daripada yang haram2 akan sebagai jauh yang sempurna itu terlebih sangat menyusahkan atas syaitan2 daripada 1000 عابد yakni yang berbuat ibadah dengan ketiadaan feqah kerana bahasanya orang yang alim dengan ilmu feqah itu jadi seteru syaitan kerana bahawasanya syaitan menyuruh ia akan manusia dengan fasiq dan kejahatan2 dan kufur dan jalan yang salah daripada sebenarnya dan bahawasanya yang alim dengan ilmu feqah itu menyuruh ia akan mereka itu dengan iman dan taat dan menyeru ia akan mereka itu beri lepas daripada jalan syaitan kepada jalan الله تعالى yang رحمن dan tiada hasil daripada عابد suatu daripada ini sekalian kelakuan2 apabila ia tidak عالم dengan ilmu feqah bahkan berbuat ibadah ia atas ketiadaan tetap pada hukumnya- dan demikian itu juga yakni seperti wajib belajar ilmu kelakuan hati- wajib juga belajar ilmu dan mengetahuikan sekalian perangai2 umpama pemurah dan penakut dan berani dan takabbur dan merendah diri dan عفة yakni terpelihara daripada yang haram2 dan membazir dan bakhil dan lainnya kerana bahawasanya takabbur dan kedekut dan penakut dan membazir itu haram dan tiada dapat hendak memeliharakan daripadanya melainkan dengan mengetahuinya dan mengetahuikan barang yang melawan akan dia maka wajiblah atas tiap2 manusia mengetahui akan dia-dan hanya sungguhnya..bersambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment