مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Tuesday, 17 July 2012

sambungan أيها الولد



















hai anak, bermula { dan daripada malam maka tahajjudlah olehmu padanya hal keadaannya menjadi sunat bagimu} itu suruhan dan {dan di waktu sahur mereka memohon keampunan} itu syukur dan {dan orang2 yang memohon keampunan di waktu sahur} itu zikir. telah bersabda عليه السلام : tiga suara yang menyukai akan dia oleh الله تعالى : suara ayam jantan dan suara orang yang membaca القرآن dan suara orang yang memohon keampunan di waktu sahur. telah berkata سفيان الثوري رحمة الله عليه : sungguh الله تبارك و تعالى menjadi ia akan angin yang bertiup ia di waktu sahur membawa zikir2 dan istighfar kepada الملك الجبار. dan berkata ia lagi : apabila adalah pada awal malam menyeru penyeru daripada bawah العرش - jaga2 hendaklah bangun عابدون. maka bangun mereka itu dan bersolat mereka itu akan barang mana menghendaki الله. kemudian menyeru penyeru pada tengah malam : jaga2 hendaklah bangun قانتون maka bangun mereka itu dan bersolat mereka itu kepada sahur. maka apabila adalah waktu sahur menyeru penyeru : 
jaga2 hendaklah bangun oleh orang yang memohan keampunan, maka bangunlah mereka dan memohon keampunan mereka. maka apabila terbit fajar menyerulah oleh seorang penyeru : jaga2 hendaklah bangun oleh orang yang lalai, maka bangun mereka itu daripada hamparan mereka seperti orang2 mati hal keadaan mereka berhamburan daripada kubur2 mereka.
hai anak, diriwayatkan dalam wasiat2 لقمان الحكيم bagi anaknya akan bahawasanya ia telah berkata : hai anakku, jangan adalah ayam jantan itu terlebih cerdik daripadamu! menyeru ia/ berkokok ia di waktu sahur walhal engkau itu orang yang tidur. dan demi sungguhnya telah baiklah orang yang berkata suatu syair : 
demi sungguhnya telah memanggil pada sebahagian malam oleh seekor burung merpati
di atas dahan dengan lemah walhal aku sungguh orang yang tidur
telah berdusta aku, demi بيت الله ,jikalau adalah aku itu orang yang asyik 
nescaya tidak mendahului akan aku dengan tangisan oleh burung2 merpati
dan mengagak aku akan bahawa aku itu orang yang kasih yang ingin sangat 
bagi tuhanku, maka tidak menangis aku walhal menangis oleh binatang2
hai anak, bermula kesimpulan/pati ilmu itu bahawa mengetahui olehmu akan taat dan ibadah apa ia
hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya taat dan ibadah itu mengikut akan yang mendatangkan hukum2 syara' pada segala suruhan dan segala larangan dengan perkataan dan perbuatan, menghendaki ia : tiap2 barang apa yang nak berkata olehmu dan nak perbuat olehmu dan meninggalkan olehmu adalah ia dengan mengikut syara', seperti jikalau berpuasa engkau pada hari raya dan hari2 tasyriq nescaya adalah engkau itu orang yang berdosa atau bersolat engkau pada baju yang dirampas dan jika adalah ia itu rupa ibadah nescaya berdosa engkau.
hai anak, sayugialah bagimu bahawa adalah perkataan mu dan perbuatanmu itu muafaqat bagi syara' kerana ilmu dan amal dengan tidak mengikutkan syara' itu sesat, dan sayugia bagimu bahawa tidak tertipu engkau dengan telatah dan keterlanjuran perkataan ahli تصوف kerana bahawasanya menjalani akan ini jalan adalah ia dengan mujahadah/bersungguh dan memotongkan keinginan nafsu  dan membunuh kesukaannya dengan pedang riadhah/latihan, tidak dengan keterlanjuran perkataan dan cerita karut.
dan hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya lidah yang dilepaskan dan hati yang dicop dan dipenuhi dengan kelalaian dan keinginan itu tanda bagi kecelakaan, maka apabila tidak pernah membunuh engkau akan nafsu dengan benar mujahadah maka nescaya lagi tidak akan hidup hatimu denga cahaya2  ma'rifah.
dan hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya sebahagian daripada masalah2mu yang telah menanya engkau akan daku daripadanya itu tidak berdiri oleh jawabnya dengan penulisan dan perkataan, jika sampai engkau pada ini kelakuan/hal nescaya mengenali engkau akan apa ia. dan jika tidak maka bermula belajarnya itu sebahagian daripada yang mustahil2 kerana bahawasanya ia itu yang bangsa rasa dan tiap2  barang yang adalah ia jenis rasa, itu tidak berdiri olehsifatnya dengan perkataan seperti kemanisan daaripada manis dan kepahitan daripada pahit hal keadaannya tidak diketahui akan dia melainkan dengan rasa. seperti barang yang diriwayatkan bahawa seorang yang mati pucuk menulis ia kepada sahabat baginya bahawa memberi ketahui olehmu akan aku akan kesedapan bersetubuh bagaimana adalah ia. maka menulis sahabatnya baginya pada jawabnya : hai fulan sungguhnya aku menyangka aku akan dikau mati pucuk sahaja, dan sekarang telah mengetahui aku akan bahawasanya engkau itu mati pucuk dan bodoh kerana ini kesedapan adalah jenis rasa,jika sampai engkau padanya nescaya tahu engkau, dan jika tidak nescaya tidak berdirilah oleh sifatnya dengan perkataan dan penulisan.
hai anak, sebahagian daripada masalah2mu itu adalah daripada ini pihak dan adapun sebahagian lagi yang berdiri baginya oleh jawab maka telah kami sebutkan  akan dia dalam إحياء العلوم dan lainnya dan lagi akan kami sebut disin akan yang ringan2/kecil2 daripadanya dan mengisyaratkan oleh kami kepadanya maka berkata kami :
sungguh telah wajiblah atas orang yang barjalan(jalan akhirat/تصوف oleh 4 pekerjaan :
  1. perkerjaan yang pertama ialah pegangan yang betul yang tidak ada padanya bida'ah.
  2. dan yang kedua ialah taubat nasuha yang tidakakan kembali ia lagi kemudian daripadanya kepada kegelinciran/kegelecohan.
  3. dan yang ketiga ialah menuntut redha daripada lawan2nya hingga tidak tinggal bagi seseorang atasmu oleh hak.
  4. dan yang keempat ialah memperhasilkan akan ilmu syari'ah seqadar barang yang jadi tertunai dengan dia oleh segala suruhan الله تعالى kemudian daripada ilmu  akhirat yang adalah dengan dia itu kelepasan dan kejayaan.
dihikayatkan bahawasanya الشبلي semoga merahmati akan dia oleh الله , telah mengkhidmati akan 400 ustaz dan berkata ia : telah membaca aku akan 4000 hadith kemudian memilih aku daripadanya 1 hadith dan beramal aku dengannya dan membiarkan aku akan barang yang selainnya kerana bahawasanya aku telah perhati aku akan dia maka mendapat aku akan suci aku/ tulus aku/sampai aku danlepas aku padanya, dan adalah ilmu orang2 dahulu dan ilmu orang2 kemudian semuanya itu termasuk didalamnya maka terpada/memada aku dengan dia, dan demikian itu bahawasanya رسول الله صلى الله عليه و سلم telah bersabda ia bagi sebahagian daripada sahabat2nya : hendaklah beramal olehmu bagi duniamu dengan qadar tempat berdirimu padanya dan hendaklah beramal olehmu bagi akhiratmu  dengan qadar kekalmu padanya dan hendaklah beramal olehmu bagi tuhanmu dengan qadar berhajat engkau kepadanya dan hendaklah beramal olehmu bagi neraka dengan qadar sabar engkau atasnya.

No comments:

Post a Comment