مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 1 July 2012

أيها الولد

wahai anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Bermula segala puji itu tertentu bagi الله tuhan sekalian alam. Dan balasan yang baik bagi orang2 yang bertaqwa.
Dan Selawat dan Salam atas nabi-Nya محمد dan ahli keluarganya semuannya.
Hendaklah mengetahui oleh mu bahawasanya seorang daripada penuntut2 yang terdahulu itu telah melazimkan mengkhidmati
الشيخ الإمام زين الدين حجة الإسلام أبي حامد بن محمد الغزالي semoga الله menyucikan ruhnya dan telah bersibuk olehnya dengan menghasilkan
dan membaca akan ilmu atasnya hingga telah menghimpun dia akan yang halus2 daripada ilmu dan telah menyempurnakan akan yang utama2 daripada nafsu.
Kemudian sungguhnya telah berfikir dia pada suatu hari pada kelakuan dirinya dan berbimbanglah hatinya dan telah berkata ia " sesungguhnya aku telah
membaca beberapa bagai daripada ilmu2 dan menghabisi oleh aku akan yang mekar daripada umurku atas mempelajarinya dan menghimpunkannya.
Dan sekarang sayugia bagiku bahawa aku ketahui yang mana daripda bagai ilmu2 yang memberi manfaat akan aku esok hari dan menjinak/menenang akan aku
didalam kuburku? dan yang mana daripadanya yang tidak memberi manfaat akan daku hingga aku boleh tinggalkan seperti barang yg telah bersabda oleh رسول الله ص "اللهم أعوذ بك من علم لا ينفع"
ya الله aku berlindung dengan mu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat..

Maka berkekalan lah oleh ini fikiran hingga telah menulis ia ke hadapan الشيخ حجة الإسلام محمد الغزالي semoga الله mengasihaninya kerana menuntut fatwa dan bertanya
akan dia akan beberapa masalah dan meminta akan nasihat dan doa. telah berkata ia : dan walaupun adalah karangan2 الشيخ seperti الإحياء dsn lainnya melengkapi atas
menjawab masalah2 ku, tetapi maksudku bahawa menulis ia akan hajatku didalam kepingan surat yang adalah ia sertaku selama hidupku dan boleh aku beramal dengan barang yang di dalamnya
selama umurku, jika menghendaki oleh الله تعالى . maka telah menulis oleh الشيخ akan ini risalah kepadanya pada jawabnya. و الله أعلم.
   
Hendaklah mengetahui oleh mu wahai anak dan kekasih yang mulia semoga memanjang oleh الله akan kekal dikau dengan mentaatinya dan berjalan ia dengan dikau akan jalan kekasih2nya bahawasanya
yang dihamburkan daripada nasihat itu ditulis daripada lombong persuratan jika adalah telah sampai akan dikau daripadanya oleh satu nasihat maka apa hajat bagi dikau pada menghendaki nasihatku?
dan jika tidak pernah sampai akan dikau maka katalah oleh mu bagiku : apakah yang telah menghasil oleh engkau pada tahun2 yang telah berlalu?

wahai anak, sebahagian daripada himpunan barang yang telah menasihat dengan dia oleh رسول الله ص akan umatnya itu katanya عليه السلام : " Bermula tanda berpaling tinggal الله تعالى daripada seorang hamba itu
bersibuk dia dengan barang yang tidak memberi faedah akan dia dan sesungguhnya seorang lelaki telah ergi satu saat daripada umurnya pada selain daripada barang/perkara yang dijadikan baginya
daripada Ibadah sungguh layaklah bahawa panjang atasnya penyesalannya dan barang siapa telah melampaui umurnya 40 tahun dan tidak menang kebaikannya diatas kejahatannya maka hendaklah bersedia ia
kepada api neraka". dan dalam ini nasihat memadalah bagi ahli ilmu.

wahai anak, bermula nasihat itu mudah dah yang payah itu terimanya kerana bahawasanya pada yang dirasa oleh orang yang mengikut hawa nafsunya itu pahit kerana semua yang ditegah itu dikasihi akan dia
didalam hati mereka dan diatas ketentuan bagi mereka yang adalah menuntut akan ilmu yang bangsa resam/persuratan dan bersibuk pada melebihkan diri dan menghimpun kesenangan/kepujian dunia maka sesungguhnya
menyangka olehnya bahawa ilmu semata2 ilmu baginya yang lagi adalah kejayaannya dan kelepasannya padanya dan menyangka bahawa dia terkaya daripada beramal dan ini pegangan orang falsafah. سبحان الله العظيم!!!
Tidak mengetahui oleh orang yang ditipu bahawasanya ketika telah menghasilkan ia akan ilmu,apabila tidak beramal ia dengan dia nescaya menjadi hujah atasnya sangat kuat seperti sabda رسول الله ص : " sedahsyat2
manusia nisbah azab pada hari Qiamat kelak adalah orang berilmu yang tidak memberi manfaat akan dia oleh الله dengan ilmunya". نعوذ بالله من ذلك.

Dan diriwayatkan bahawa الجنيد semoga menyuci الله akan rahsianya telah dilihat akan dia didalam mimpi kemudian daripada matinya maka dikata baginya " apa khabar wahai bapa qasim? Berkata ia " telah binasa itu
ibarat dan telah fana itu isyarat dan tidak memberi manfaat akan kami melainkan beberapa rakaat yang sedikit yang telah ruku' oleh kami akan ia pada malam hari".

wahai anak, jangan adalah kamu daripada beberapa amalan itu orng yang muflis dan janganlah daripada beberapa kelakuan itu orang yang sunyi dan hendaklah yakin oleh engkau bahawa ilmu semata2 ilmu tidak diambil
dengan tangan. Misalnya jikalau adalah diatas seorang lelaki pada daratan itu 10 pedang bangsa hindi serta beberapa senjata lain, dan adalah lelaki tersebut itu berani dan ahli perang maka menerkam atasnya
oleh singa yang besar lagi menggerunkan maka apa sangka engkau?

Bagaimana mempertahan oleh senjata2 itu akan kejahatannya daripadanya dengan tidak menggunakannya dan memukulnya?
dan daripada yang diketahui bahawsanya tidak menahan ia melainkan dengan menghayunkan dan memukul. maka demikian lagi
jikalau membaca seorang lelaki akan 100 ribu masalah yang bangsa ilmiah dan belajar ia akan ia dan tidak beramal ia
dengannya nescaya tidak memberi faedah ia akan dia melainkan dengan beramal. dan umpamanya juga jikalau adalah
bagi seorang lelaki itu demam panas dan sakit kekuningan nescaya rawatannya dengan السكنجبين da  الكشكاب maka tidak
berhasil penyembuhan melainkan dengan menggunakan kedua2nya..
[menerjemah akan itu bait daripad bahasa farsi oleh الشيخ محمد أمين الكردي maka berkata dia : jikalau menyukat engkau
2000 kati arak nescaya tidak adalah engkau jadi mabuk apabila tidak pernah minum engkau]

Dan jikalau membaca engkau akan ilmu 100 tahun dan menghimpun engkau akan 1000 kitab nescaya tidak jadi engkau orang yg berbahagia
bagi rahmat الله تعالى melainkan dengan beramal (dan bahawa tiadalah bagi seseorang melainkan barang yang telah mengusaha olehnya),
(dan barangsiapa adalah dia selalu mengharap akan berjumpa tuhannya maka hendaklah dia beramal akan amalan yang baik),
(balasan dengan barang yang adalah kamu usahakan),(sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal akan kebaikan adalah bagi mereka itu
kebun2 firdaus sebagai tempat tinggal,kekal mereka itu didalamnya tidak menghendaki oleh mereka daripadnya berpaling),(maka tinggal
daripada kemudia daripada mereka satu puak yang mempersia oleh mereka akan solat dan mengikut oleh mereka akan keinginan nafsu mereka
maka lagi akan memcampek oleh mereka akan panji melainkan mereka yang taubat dan beriman dan beramal kebaikan maka mereka itu lagi
akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dizalimi akan sesuatu)..


Dan apa kamu kata pada ini hadith : dibina akan islam itu atas 5 - syahadah bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan الله dan bahawa محمد itu rasulullah dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan puasa ramadhan dan menunaikan haji bagi mereka yang mampu kepadanya akan jalan?
Dan bermula iman itu berkata dengan lidah dan membenar dengan hati dan beramal dengan anggota. dan bermula dalil amalan2 tersangat banyak daripada bahawa dihitung akan dia dan walaupun adalah hamba itu sampai ia akan syurga dengan limpah الله dan kemuliaannya tetapi kemudian daripada bahawa bersedia ai dengan taatnya dan ibadahnya kerana bahawa belas kasih الله itu hampir daripada orang2 yang membuat kebaikan. dan kalau dikata orang juga : sampai ia dengan semata2 iman nescaya menjawab kami : ya, tapi bila akan sampai? dan berapa daripada bukit yang payah2 yang memotong ia akan dia kepada sampai ia? maka bermula yang awal daripada itu bukit ialah bukit iman dan bahawasanya adakah selamat ia daripada tercabut iman atau tidak? dan apabila sampai ia adakah adalah dia itu orang yang sia2 dan muflis? dan berkata الحسن البصري : berkata الله تعالى bagi hamba2nya daripada keturunan israel pada hari qiamat - masuklah oleh kamu,hai hambaku dalam syurga dengan rahmatku dan bahagi2 oleh kamu akan ia dengan qadar amalan2 kamu.  

hai anak, selama mana tidak beramal olehmu nescaya selama itulah tidak mendapat olehmu akan ganjaran. Diceritakan bahawa seorang lelaki dari bani israel telah beribadah ia akan الله تعالى selama 70 tahun maka menghendaki الله تعالى bahawa menyata DIA akan ia atas malaikat2nya maka mengutus الله تعالى kepadanya akan satu malaikat mengkhabar ia akan ia bahawasanya serta itu ibadah tidak layak dengan dia oleh masuk dalam syurga maka tatkala menyampai ia akan dia nescaya berkata si hamba itu : bermula kami dijadikan kami supaya beribadah 
maka sayugia bagi kami bahawa beribadah olah kami akan dia maka tatkala kembali oleh itu malaikat nescaya berkata ia : hai tuhanku bermula engkau terlebih mengetahui dengan barang yang telah berkata ia maka berkata الله تعالى : tiba2 dia tidak pernah berpaling daripada beribadah akan kami maka nescaya kami serta kemuliaan tidak berpaling kami daripadanya, bersaksilah oleh kamu hai malaikatku bahawasanya aku sungguh telah mengampun oleh aku baginya.
dan telah bersabda رسول الله صلى الله عليه و سلم : hendaklah kamu menghitung akan diri2 kamu sebelum bahawa diperhitung akan kamu dan hendaklah kamu timbang akan amalan2 kamu sebelum kamu ditimbang kelak. dan berkata على رضي الله عنه : barangsiapa menyangka bahawasanya dengan ketiadaan berusaha lagi akan sampai ia maka bermula dia itu orang yang berangan2 dan siapa menyangka bahawasanya dengan memberi kesungguhan/usaha lagi akan sampai ia maka bermula dia itu orang yang berasa terkaya daripada rahmat الله. dan berkata الحسن رحمه الله تعالى : bermula menuntut syurga dengan tiada beramal itu satu macam dosa daripada dosa2. dan berkata ia : bermula tanda hakikat (sebenar) itu tinggal melihat akan amal bukan meninggalkan amal. dan bersabda رسول الله صلى الله عليه و سلم : bermula orang yang cerdik itu mereka yang menghinakan dirinya dan beramal bagi barang selepas mati dan bermula orang yang bodoh itu mereka yang mengikut hawa nafsunya dan berangan atas الله تعالى akan angan2..

hai anak, berapakah daripado malam yang menghidup olehmu akan dia dengan mengulangi akan ilmu dan menelaah akan kitab2 dan mengharam engkau atas dirimu akan tidur? tidak aku mengetahui apa barang yang adalah  yang membangkit padanya? jika adalah yang membangkit itu mencapai harta benda dunia dan menarik barang dalamnya dan menghasilkan kedudukan/pangkatnya dan bermegah-megah atas temannya dan seumpamanya maka celakalah bagimu kemudian celakalah bagimu dan jika adalah tujuan engkau padanya menghidupkan syariat النبي صلى الله عليه و سلم dan membersihkan akhlaq2mu dan mematahkan nafsu yang banyak menyuruh dengan kejahatan maka bahagialah bagimu kemudian bahagialah bagimu den demi sungguhnya benarlah mereka yang berkata akan syair : bermula berjaga malam oleh mata bagi lain daripada zatmu itu sia2, dan bermula menangis oleh mata bagi lain daripada hilang engkau itu batil/salah.
hai anak, hiduplah engkau akan barang apa yang menghendaki engkau maka sesungguhnya engkau itu lagi akan mati dan kasihlah engkau akan barang apa yang engkau kehendaki maka sesungguhnya engkau lagi akan bercerai akan dia dan beramallah engkau akan barang apa menghendaki engkau maka sesungguhnya engkau lagi akan dibalas dengan dia.
hai anak, yang mana daripada suatu yang hasil bagi kamu daripada menghasilkan ilmu kalam dan khilaf dan perubatan dan himpunan dan syair2 dan bomoh dan timbangan syair dan nahu dan soraf yang tidak menyia2kan akan umur hal keadaan menyalahi ذي الجلال sesungguhnya telah melihat aku dalam kitab إنجيل عيسى عليه الصلاة و السلام
: daripada satu saat bahawa diletak akan mayat di atas pengusung kepada bahawa diletak akan dia di tepi kubur menanya oleh الله dengan kebesarannya daripadanya akan 40 soalan, yang pertama berkata ia : hai hambaku telah membersih oleh engkau akan tempat tilik makhluq beberapa tahun dan tidak membersih olehmu akan tempat tilikku sesaat pun, dan tiap-tiap hari menilik ia pada hatimu berkata ia : apa yang engkau buat bagi selain aku walhal engkau dikelilingi dengan kebaikanku. adapun engkau maka bermula engkau yang pekak tidak mendengar oleh engkau!!
hai anak, bermula ilmu dengan tiada amal itu gila dan amal dengan ketiadaan ilmu tidak ada. dan ketahuilah olehmu bahawa ilmu yang menjauhkan ia akan dikau pada hari ini daripada maksiat dan tidak mendorong ia akan dikau atas ketaatan


lagi akan datang tidak akan menjauhkan ia akan dikau daripada api neraka jahannam dan apabila tidak pernah beramal engkau dengan ilmu engkau hari ini dan tidak pernah mendapat engkau akan hari2 yang telah berlalu nescaya berkata engkau esok pada hari qiamat : maka kembalikanlah olehmu akan kami nescaya beramal oleh kam akan sebagai amal yang baik maka berkata ia : hei orang bodoh bermula engkau daripada sana datangnya engkau!!!
hai anak,jadikanlah olehmu akan hemah/cita2/niat/kerajinan pada ruh dan kekalahan pada nafsu dan mati pada badan kerana tempat tinggal engkau itu kubur dan ahli2 kubur menanti mereka itu akan dikau bilakah akan berhubung engkau kepada mereka? ingatlah ingatlah bahawa akan sampai engkau kepada mereka dengan ketiadaan bekal. telah berkata أبو بكر الصديق رضي الله عنه : bermula ini segala jasad adalah sangkar burung atau kandang binatang yang melata maka berfikirlah engkau pada dirimu daripada yang mana dari keduanya adalah engkau? jika adalah engkau daripada burung2 yang terbang tinggi maka ketika mendengar olehmu akan bunyi dengung gendang { kembalilah engkau kepada tuhanmu} terbang engkau hal keadaan naik kepada bahawa duduk engkau pada yang tinggi pada puncak syurga seperti barang yang telah bersabda oleh رسول الله صلى الله عليه و سلم : telah bergegar عرش الرحمن daripada kerana mati سعد بن معاذ. dan العياذ بالله jika adalah engkau daripada haiwan yang melata seperti barang yang telah berfirman الله تعالى : mereka itu seperti ternakan2 bahkan mereka lagi sesat. maka tidak berasa aman engkau akan berpindah engkau dari bucu rumah(alam dunia) kepada jurang api neraka. dan diriwayatkan bahawa الحسن البصري رحمه الله تعالى diberi akan dia akan minuman daripada air yang sejuk maka mengambil ia akan cebok dan pengsan ia dan jatuh daripada tangannya, maka tatkala sedar ia dikata akan dia : apa bagimu wahai bapa sa'id? berkata ia : telah ingat olehku akan kehendak ahli neraka ketika berkata oleh mereka bagi ahli syurga : bahawa melimpah oleh kamu atas kami daripada air atau daripada barang yang telah mengurniakan akan kamu oleh الله.
hai anak, jikalau adalah semata2 ilmu itu memada bagi engkau dan tidak berhajat engkau kepada beramal selain ia nescaya adalah seruan { adakaj daripada yang meminta? dan adakah daripada yang memohon ampun? adakah daripada yang bertaubat? }itu sia2 dengan tiada faedah. dan diriwayat bahawa satu jamaah daripada sahabat رضوان الله عليهم أجمعين telah menyebut mereka itu akan عبد الله بن عمر رضي الله عنهما disisi رسول الله صلى الله عليه وسلم maka berkata ia : sebaik2 lelaki ialah yang selalu solat dimalam hari. dan berkata رسول الله صلى الله عليه وسلم bagi seorang lelaki daripada sahabatnya : wahai fulan, jangan membanyakkan olehmu akan tidur dimalam hari kerana sungguh banyak tidur dimalam hari membiar ia akan tuannya hal keadaan papa pada hari qiamat kelak. 

hai anak, bermula { dan daripada malam maka tahajjudlah olehmu padanya hal keadaannya menjadi sunat bagimu} itu suruhan dan {dan di waktu sahur mereka memohon keampunan} itu syukur dan {dan orang2 yang memohon keampunan di waktu sahur} itu zikir. telah bersabda عليه السلام : tiga suara yang menyukai akan dia oleh الله تعالى : suara ayam jantan dan suara orang yang membaca القرآن dan suara orang yang memohon keampunan di waktu sahur. telah berkata سفيان الثوري رحمة الله عليه : sungguh الله تبارك و تعالى menjadi ia akan angin yang bertiup ia di waktu sahur membawa zikir2 dan istighfar kepada الملك الجبار. dan berkata ia lagi : apabila adalah pada awal malam menyeru penyeru daripada bawah العرش - jaga2 hendaklah bangun عابد. maka bangun mereka itu dan bersolat mereka itu akan barang mana menghendaki الله. kemudian menyeru penyeru pada tengah malam : jaga2 hendaklah bangun قانتون maka bangun mereka itu dan bersolat mereka itu kepada sahur. maka apabila adalah waktu sahur menyeru penyeru : 

No comments:

Post a Comment