مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 9 July 2012

لوازم الإفطار : perkara2 yang lazim/wajib kerana membuka puasa

dan adapun perkara2 yang lazim kerana membuka puasa maka 4 perkara : qadha dan kaffarah dan fidyah dan menahan yang tinggal daripada siang kerana menyerupai dengan orang2 yang berpuasa.
1- qadha : adapun qadha maka wajibnya umum atas tiap2 orang islam yang diberati syara' sama ada telah meninggal ia akan puasa dengan sebab uzur ataupun dengan tiada uzur maka orang yang kedatangan haid kena qadha ia akan puasa dan seperti demikian itu orang2 murtad. dan adapun orang kafir dan kanak2 dan orang gila maka tiada qadha atas mereka, maka tidak disyaratkan berturut2 pada qadha puasa ramadhan dan tetapi mengqadha ia bagaima kehendak ia berselang seli dan berturut/himpun.
2- kaffarah : dan adapun kaffarah maka tidak wajib ia melainkan dengan jima'/bersetubuh. dan adapun menuntut keluar mani dan makan dan minum dan barang yang lain daripada jima' maka tidak wajibdengan dia oleh kaffarah. maka kaffarah itu memerdekakan seorang hamba maka jika susah ia maka puasa 2 bulan berturut2 dan jika lemah ia maka memberi makan 60 orang miskin secupak secupak seorang.
3- menahan baki saing hari : dan adapun menahan baki siang maka wajib atas mereka yang berdosa dengan sebab berbuka atau yang cuai padanya. dan tidak wajib atas orang yang kedatangan haid apabila suci ia oleh menahan baki siangnya dan tidak wajib atas orang yang musafir apabila tiba ia hal keadaannya orang yang membuka puasa daripada perjalanan yang sampai 2 marhalah. dan wajib menahan apabila menyaksi dengan anak bulan oelh seorang yang adil pada hari syak. dan bermula puasa pada perjalanan itu terlebih utama daripada berbuka melainkan apabila tidak kuasa ia, dan tidak boleh berbuka puasa ia pada hari yang keluar ia walhal adalah ia orang yang bermukim pada awalnya dan tidak boleh berbuka puasa pada hari yang tiba ia apabila tiba ia hal keadaannya orang yang berpuasa.
4- fidyah : dan adapun fidyah maka wajib ia atas orang yang mengandung dan yang menyusu apabila membuka puasa ia kerana takut atas anak keduanya bagi tiap2 hari 1 cupak gandum/beras bagi orang miskin yang satu serta qadha, dan bermula orang tua yang nyanyuk apabila tidak berpuasa nescaya kena bersedekah yakni bayar fidyah daripada tiap2 hari 1 cupak. و الله أعلم

No comments:

Post a Comment