مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Saturday, 14 July 2012

أهوال القيامة : huru hara hari Qiamat

dengan nama الله yang maha pemurah lagi maha mengasihani

sesungguhnya ini hai hamba الله pemberitahuan yang memberi petunjuk kepada engkau pada zaman yang tidak memberi nasihat oleh manusia padanya dan tidak menerima nasihat mereka itu dan tidak dengan orang yang telah mati mengambil pengajaran oleh mereka walhal mereka pada tiap2 hari berbuat keburukan, dan dikatakan : sungguhnya saudara engkau ialah mereka yang menasihati akan dikau pada agama engkau dan memperlihatkan akan dikau akan keburukan engkau dan memberi petunjuk kepada tempat 2 tuju engkau dan sungguhnya musuh engkau ialah mereka yang menipu daya akan dikau dan mencuba akan engkau.
beringatlah maka ketahui olehmu hai hamba الله bahawa ini dunia ditainggal akan dia dan lagi akan binasa kemudian tempat kembali kepada الله تعالى  dan kepada syurga dan neraka itu kekal dengan tiada mati, dan berdiri dengan tidak berjalan. telah berfirman الله جل ثناؤه : hai manusia sungguh janji الله  itu benar maka  jangan menipudaya akan kamu oleh kehidupan dunia dan jangan menipudaya akan kamu dengan الله oleh orang yang banyak menipu. sungguhnya syaitan bagi kamu itu musuh maka hendaklah menjadikan oleh kamu akan dia akan musuh hanyasanya menyeru ia akan puaknya supaya adalah kamu itu daripada ahli neraka السعير .
dan telah berfirman  الله جل ذكره : hai orang2 yang beriman apakah bagi kamu apabila dikatakan bagi kamu segeralah kamu keluar berperang pada jalan الله  nescaya membuat beratlah kamu kepada bumi, adakah kamu redha dengan kehidupan dunia daripada akhirat maka tidaklah matabenda dunia pada akhirat melainkan sikit sangat.
dan berfirman تعالى : dan seronoklah mereka dengan kehidupan dunia walhal tidaklah kehidupan dunia pada akhirat melainkan matabenda sahaja.

dan telah bersabda رسول الله صلى الله صلى الله عليه و سلم : telah binasa hamba dinar dan hamba dirham dan hamba khamisah jika diberi akan dia redha ia dan jika tidak pernah diberi akan dia nescaya marah ia,binasalah dan terbinasa ia dan apabila dicucuk duri akan dia maka xtercabut ia. bahagialah bagi hamba yang memegang ia dengan tali kekangan kudanya pada jalan الله yang lagi berkusut kepalanya yang lagi berdebu dua kakinya, jika adalah ia dalam berkawal/ber jaga maka adalah ia dalam berkawal/ berjaga dan jika adalah dia di tinggal belakang maka adalah dia di tinggal belakang(tercorot) jika meminta izin ia maka tidak diizin baginya dan jika meminta tolong maka tidak dibukakan.
berapa ramai daripada sahabat yang bagi ku kalau menghendaki aku nescaya mempernamai aku akan dia akan yang melepaskan dirinya pada keinginannya dan jatuh ia sebagai tawanan kesedapan dan lalai ia daripada ingat mati dan hisab/perhitungan. maka tatkala memberi petunjuk akan daku oleh الله عز و جل bagi mentaatinya dan menjunjung segala suruhannya dan memperbenarkan/memperkemaskan akan takut akan dia nescaya berlindung/menolong aku kepada sahabatku hal keadaan aku menasihati akan dia dan mempergemarkan akan dia dan mempergerunkan/menakuti akan dia maka tidaklah daripadanya melainkan bahawa teruzur ia dengan sebab mudanya dan menipu akan dia oleh panjang angan. maka demi الله demi sungguhnya datang tanpa diundang/mengejut akan dia oleh mati nescaya berpagi2 ia hari itu dalam tanah ditanam akan dia dan jadi ia dengan sebab barang yang dahulu ia daripada kejahatan2 terikat ia dan kurus ia dan hilang daripadanya oleh kelazatan/kesedapan, dan bercerai cerailah akan dia oleh orang2 kaya dan kekal pada tengkuknya oleh amalan2 yang di ikut akan dia dan berhadap lah ia atas الجبار dengan amalan2 orang2 fasiq dan orang2 jahat,
 mudah-mudahan melindung akan aku oleh الله dan kamu daripada muka surat seperti muka suratnya dan daripada kesudahan seperti kesudahannya. maka takut olehmu akanالله ,hai hamba الله dan janganlah serupa engkau itu serupanya  walhal engkau tahu bahawa ini sungguh berpindah ia hal keadaan tinggal kebelakang dan bahawa akhirat sungguh berpindah ia hal keadaan lagi dihadapi akan dia. dan ingat olehmu saat kematian dan perpindahan daripada alam dunia kepada alam barzakh dan barang yang serupa ia disisi engkau pada saatnya daripada banyak kejahatannya dan sedikit kebaikannya maka barang yang kasih engkau akan mengerjakannya pada saat itu maka bersegeralah engkau dengan mengerjakannya daripada hari itu dan barang yang engkau kasih akan menjauhinya maka daripada sekarang kau jauhi.
maka jikalau tetaplah bahawa kami apabila mati oleh kami  ditinggal akan kami 
nescaya adalah mati itu menjadi kerehatan bagi tiap2 yang hidup
dan tetapi kami apabila dimati akan kami nescaya dibangkit akan kami
dan ditanya akan kami kemudian daripada bangkit daripada tiap sesuatu yang telah kami kerjakan

dan sungguh telah bersungguh aku bahawa aku membentang atas engkau hai hamba الله pada ini risalah akan barang adalah ia daripada kelakuan2 barzakh dan tempat kembali daripada saat bercerai cerai ruh akan jasad hingga masuklah ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka dan demikian itu diketahui daripada الكتاب الكريم dan السنة الصحيحة maka bermula الله الله hai hamba الله  jaga dirimu  dan jauhkan panjang angan kerana sungguhnya mati itu sungguh datang mengejut ia.
memohon aku akan الله عز و جل  bahawa memberi petunjuk ia dengan ini pemberitahuan akan makhluk2 yang banyak daripada hamba2nya yang lalai. dan bahawa menjadi ia padanya pertolongan bagi hamba2nya yang soleh dan yang rindu akan tuhannya dan bahawa memberat ia dengan limpah kurnianya dan rahmatnya dengan sebab ini pemberitahuan akan timbanganku dan bahawa menjadi ia akan dia daripada amalan2 yang tidak terputus ia daripadaku oleh manfaatnya kemudian daripada dipermasukkan aku dalam kain kapanku walhal aku itu orang yang meminta akan saudara yang mengambil manfaat dengan sesuatu daripada barang yang didalamnyabahawa mendoa ia bagiku dan kedua ibubapaku dan  muslimin
 sekaliannya dan di atas tuhan sekalian alam sahajolah bergantung aku dan kepadanyalah berserah aku dan bersandar aku dan yang mencukupi aku ialah  الله  dan sebaik2 wakil dan tiada ada daya dan tiada ada kekuatan melainkan dengan الله sahaja yang maha besar dan maha bijaksana..

و الله أعلم..  ado salah silap harap diperbetulkan jangan dikutuk kerana ambo baru belajar.. baru berjinak2 dalam ilmu agama..

No comments:

Post a Comment