مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Tuesday, 10 July 2012

أسرار الصوم و شروطه الباطنة : rahsia2 puasa dan syarat2nya yang batin

rahsia2 puasa dan syarat2nya yang batin
hendaklah mengetahui olehmu bahawa puasa itu 3 darjat : puasa umum, dan puasa khusus, dan puasa khusus daripada khusus. adapun puasa umum maka ia adalah menahan perut dan kemaluan daripada keinginan seperti barang yang dahulu huraiannya.
dan adapun puasa khusus maka ia adalah menahan pendengaran dan penglihatan dan lidah dan tangan dan kaki dan sekalian anggota daripada dosa2.
dan adapun puasa khusus daripada khusus maka puasa hati daripada hemah2/cita2 yang lekeh2 dan fikiran2 yang bangsa dunia dan menahannya daripada barang yang lain daripada الله عز و جل dengan cara kesemuanya, dan hasil buka puasa itu(batal puasa/pahala puasa) pada ini puasa dengan sebab fikir pada barang yang lain dari الله عز و جل dan hari kemudian dan dengan fikir pada dunia melainkan dunia yang dikehendaki akan dia bagi agama maka sungguh demikian itu daripada bekal akhirat dan tiada ia itu daripada dunia hingga berkata tuan2 hati : barang siapa yang bergerak hemahnya dengan mengurus pada siangnya kerana nk mengatur barang yang nak berbuka ia atasnya nescaya ditulis atasnya satu kesalahan, maka sungguh demikian itu daripada kerana sedikit percayanya dengan kemurahan الله عز و جل dan sedikit yakin dengan rezqinya yang telah dijanjikan dan bermula ini martabat sekalian nabi
dan صديقين ( orang yang sangat benar ) dan orang yang dekat dan tidak panjang oleh tilik pada huraiannya nisbah perkataan dan tetapi pada hakikatnya nisbah perbuatan kerana bahawasa ia menghadap dengan haqiqat hemahnya atas الله عز و جلو dan berpaling daripada selain الله سبحانه dan bersepakai dengan makna firmannya عز و جل : katalah oleh mu hai muhammad " الله " kemudian tinggal olehmu akan mereka dalam harungan mereka hal keadaan mereka itu bermain2.
puasa khusus dan orang2 yang soleh/baik :
dan adapun puasa khusus dan iaitu puasa orang2 soleh maka ia menahan anggota daripada dosa2 dan bermula sempurnanya dengan 6 perkara :
1- puasa penglihatan : pejam mata dan tahannya daripada meluas pada menilik kepada barang yg dikeji dan dibenci akan dia dan kepada barang yang menyibuk ia akan hati dan melalaikan daripada mengingati الله عز و جل, telah bersabda صلى الله عليه و سلم : satu pandangan itu ialah satu anak panah yang diracuni daripada beberapa anak panah iblis yang melaknati akan dia oleh الله maka barang siapa meninggal ia akan dia kerana takut daripada الله  nescaya memberi akan dia oleh الله عز و جل akan iman yang mendapat ia akan kemanisan iman dalam hatinya. dan meriwayat oleh jabar daripada anas daripada رسول الله صلى الله عليه و سلم bahawasanya
 bersabda ia : 5 perkara yang membukakan/membatalkan orang yang berpuasa ialah dusta dan mengumpat dan melaga orang dan sumpah yang dusta dan memandang dengan syahwat.

2- puasa lidah : memelihara lidah daripada merepek dan dusta dan mengumpat dan melaga orang dan kata2 keji dan berkasar dan berkelahi dan menunjuk2, dan melazim akan dia oleh diam dan bersibuknya dengan mengingati الله سبحانه , membaca alquran, maka inilah puasa lidah. dan sungguh telah berkata سفيان : bermula ghibah (mengumpat) itu merosakkan puasa meriwayat akan dia oleh بشر بن الحارث daripadanya. dan meriwayat oleh ليث عن مجاهد : bermula dua perkara yang merosak keduanya akan puasa ialah mengumpat dan berdusta. dan bersabda صلى الله عليه و سلم : hanyasanya puasa itu syurga maka apabila adalah seseorang daripada kamu itu berpuasa maka jangan ia berkata buruk(mencarut/biadab) dan jika seorang lelaki nak memerangi akan dia atau bermaki makian akan dia maka hendaklah berkata ia : sungguh aku orang yang berpuasa, sungguh aku orang yang berpuasa. dan datang pada khabar : bahawa 2 orang perempuan telah berpuasa pada zaman رسول الله صلى الله عليه و سلم 

maka bersangat akan keduanya oleh lapar dan dahaga pada akhir siang hingga hampirlah keduanya binasa maka bangunlah keduanya kepada رسول الله صلى الله عليه و سلم hal keadaan keduanya meminta izin pada berbuka, maka mengirim ia kepada keduanya akan satu timba dan bersabda رسول الله صلى الله عليه و سلم : katakanlah bagi keduanya hendaklah memuntah oleh kamu berdua didalamnya akan barang yang telah kamu berdua makan, maka muntahlah oleh seorang dari keduanya akan separuh darinya darah yang cair dan daging yang lembut dan muntahlah oleh yang lain seumpama demikian itu hingga memenuhi keduanya akan dia maka jadi hairanlah manusia dari kerana demikian itu maka bersabda رسول الله صلى الله عليه وسلم ini dua orang berpuasa keduanya daripada barang yang menghalal oleh الله bagi keduanya dan membukalah keduanya atas barang yang mengharam oleh الله atas keduanya, duduk seorang daripada keduanya kepada yang satu lagi maka menjadi keduanya akan mengumpat2 akan manusia maka inilah barang yang telah makan keduanya daripada daging2 mereka.
3- puasa pendengaran : ialah menahan pendengaran daripada memperdengar kepada tiap2 yang makruh/yang dibenci kerana bahawa tiap2 yang diharamkan akan berkatanya itu diharamkan memperdengar kepadanya dan kerana demikian menyamakan oleh الله عز و جل antara orang yang mendengar dan orang yang makan benda haram maka berfirman تعالى : orang2 yang banyak mendengar bagi dusta itu orang2 yang banyak makan bagi benda haram dan berfirman عز و جل : hendaklah menegah akan mereka itu oleh ربانيون dan orang yang mempunyai ilmu daripada berkata mereka akan dosa dan makan mereka akan haram maka diam atas mengumpat itu haram dan firman تعالى :
 sungguh kamu ketika itu seperti mereka, dan kerana demikian bersabda صلى الله عليه و سلم : bermula orang yang mengumpat dan orang yang mendengar itu bersekutu keduanya pada dosa.

4- puasa yang baki daripada anggota : ialah menahan akan anggota lain daripada dosa2 daripada tangan dan kaki daripada daripada segala yang dibenci dan menahan perut daripada yang syubhat2 pada waktu berbuka maka tiada faedah bagi puasa walhal menegah ia daripada makanan yang halal kemudian berbuka atas yang haram, maka contoh bagi ini orang yang berpuasa itu contoh orang yang membina ia akan mahligai dan menghancurkan pekan. keran sungguh makanan yang halal itu hanyasanya memberi mudharat ia dengan banyaknya tidak dengan bagai2nya maka puasa itu untuk menyedikitkan ia dan bermula orang yang meninggalkan membanyakkan daripada ubat kerana takut mudharatnya apabila berpaling ia kepada mengambil akan racun itu adalah ia orang yang bodoh. dan bermula yang haram itu racun  yang membinasakan bagi agama dan halal itu ubat yang memberi manfaat olaeh sedikitnya dan memudharatkan oleh banyaknya.dan bermula tujuan puasa ialah menyedikitkannya, dan sungguh telah bersabda صلى الله عليه و سلم : berapa daripada
orang yang berpuasa yang tiada baginya daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, maka dikatakan dia ialah orang yang berbuka atas benda haram dan dikatakan dia ialah orang yang menahan daripada makanan yang halal dan berbuka dengan daging2 manusia dengan ghibah walhal ia haram dan dikatakan dia ialah orang yang tidak memeliharakan anggotanya daripada dosa2.

5- tiada membanyakkan daripada makanan
: ialah tidak membanyak ia daripada makanan halal pada waktu berbuka dengan sekira2 penuh perutnya maka apa daripada bekas yang terlebih benci kepada الله عز و جل daripada perut yang dipenuh daripada yang halal, dan bagaimana diamabil faedah daripada puasa pada mengerasi akan musuh الله dan mematahkan syahwatnya apabila mendapatkan oleh orang yang berpuasa ketika berbukanya akan barang yang luput ia akan dia pada waktu naik matahari siang harinya dan terkadang menambah ia atasnya pada berbagai warna pada makanan hingga berkekalan menjadi adat/kebiasaan dengan bahawa dihimpun semua makanan2 kerana ramadhan makan dimakan daripada makanan2 itu padanya akan barang yang tidak dimakan akan dia pada beberapa bulan. dan diketahui bahawa maksud puasa itu lapar dan mematahkan keinginan supaya jadi kuat nafsu atas takwa/takut dan apabila  sampai perut daripada waktu naik matahari siang kepada malam hingga haru biru syahwatnya dan kuat gemarnya kemudian makan ia daripada
yang sedap2 dan kenyang ia nescaya bertambah sedapnya dan berlipat ganda kuatnya dan terbangkit daripada syahwatnya oleh barang yang mudah mudahannya adalah ia yang tenang kalau dibiar akan dia atas adatnya/kebiasaannya. maka ruh puasa dan rahsianya itu melemahkan kekuatan yang ia perantaraan syaitan pada kembali kepada kejahatan dan tidak akan berhasil yang demikian melainkan dengan menyedikitkan dan iaitu bahawa makan ia makanannya yang selalu ia makan akan dia pada tiap2 malam kalau tidak berpuasa ia, maka adapun apabila menghimpun ia akan barang yang selalu makan ia pada waktu naik matahari kepada barang yang selalu makan ia pada malam hari nescaya tidak bermanfaat ia dengan puasanya. bahkan sebahagian daripada adab2 ialah bahawa tidak membanyak ia akan tidur pada siang hari hingga berasa ia dengan lapar dan dahaga dan berasa ia akan lemah kekuatannya maka jadi bersih/jernih ketika itu oleh hatinya dan mengekali ia pada tiap2 malam sekadar daripada lemah hingga jadi ringan atasnya oleh tahujjudnya dan wirid2nya maka mudah mudahan syaitan itu tidak berlegar2 ia atas hatinya maka boleh meniliklah ia kepada kerajaan langit. dan bermula ليلة القدر itu satu ibarat daripada malam yang terbuka padanya suatu daripada kerajaan itu dan iaitu yang dikehendaki dengan firmannya تعالى : sungguh kami telah menurunkan oleh kami akan dia pada ليلة القدر. dan barang siapa menjadikan antara hatinya dan antara dadanya satu uncang dari pada makanan maka ia daripadanya dihijabkan/ditutupkan. dan barangsiapa mengosong ia akan perutnya maka tidak mencukupi akan ia oleh yang demikian bagi mengangkat akan hijab selama tidak mengosong ia akan hemahnya/cita2nya daripada selain الله عز و جل dan demikian itu ialah pekerjaan sebenar semuanya dan tempat mula bagi semua itu ialah menyedikitkan makanan.
6- bergantung hati antara takut dan harap : itu bahawa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu bergantung dan bergementar antara takut dan harap kerana tiada mengetahui ia adakah diterima akan puasanya maka dia daripada orang2 yang menghampirkan diri kepada الله atau ditolak atasnya maka dia daripada orang2 yang dibenci? dan hendaklah dia seperti demikian pada akhir tiap2 ibadah yang selesai ia daripadanya, maka sungguh diriwayatkan daripada الحسن بن أبي الحسن البصري bahawasa dia lalu dengan suatu kaum walhal mereka bergelak ketawa maka berkata dia : sungguh الله عز و جل menjadi ia akan bulan ramadhan akan tersembunyi bagi makhluknyahal keadaan berlumba2 mereka itu padanya bagi mentaatinya maka dahulu oleh satu kaum maka lepas/berjaya mereka dan terkebelakang/tertinggal beberapa kaum maka putus angan2 mereka, maka hairanlah oleh tiap2 yang hairan bagi orang yang ketawa dan bermain pada hari yang lepaslah,berjayalah padanya oleh orang 2 yang dulu dan putus angan2 orang2 yang membatalkan. adapun demi الله kalau dibukakan penutup nescaya bersibuk2 lah orang yang membuat kebaikan dengan ihsannya dan orang2 yang berbuat jahat dengan kejahatannya, barang apa ada kegembiraan bagi yang diterima itu menyibuk ia akan dia daripada bermain dan kerugian/kesedihan bagi orang yang ditolak akan dia itu menyumbat ia atasnya akan pintu ketawa. dan daripada الأحنف بن قيس bahawasanya dikatakan baginya sungguh engkau شيخ كبير dan sungguh puasa itu melemahkan akan dikau maka berkata ia sungguhnya aku menyedia aku akan dia bagi perjalanan yang panjang, dan bermula sabar atas mentaati الله سبحانه terlebih mudah daripada sabar atas seksanya, maka ini iaitu makna2 yang batin dalam puasa..  و الله أعلم

No comments:

Post a Comment