مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Wednesday, 18 July 2012

أيها الولد sambungannya






wahai anak, apabila telah mengetahui engkau akan ini hadith nescaya tiada hajat kepada ilmu yang banyak dan hendaklah memerhati engkau akan hikayat yang lain, dan demikian itu bahawasanya حاتم الأصم adalah ia daripada sahabat2 الشقيق البلخي, رحمة الله تعالى عليهما maka menanya ia kan dia pada suatu hari yang berkata ia : telah bersahabat olehmu akan daku sejak 30 tahun lalu apa yang telah memperhasilkan olehmu padanya? telah berkata ia : telah memperhasilkan olehku akan 8 faedah daripada ilmu dan iaitu mencukupi ia akan daku daripadanya kerana aku berharap aku akan lepasku dan selamatku padanya. maka berkata oleh شقيق apa ia? berkata حاتم الأصم :
faedah yang pertama ialah bahawasanya aku telah menilik aku kepada makhluk maka melihat aku bagi tiap2 daripadanya orang yang dikasihi dan yang dirindukan yang mengasihi ia akan dia dan merindui ia akan dia dansebahagian daripada yang dikasihi itu bersahabat ia akan dia kepada sakit mati dan sebahagiannya kepada tepi/pinggir kubur kemudia kembali semuanya dan meninggal ia akan dia hal keadaannya tunggal keseorangan dan tidak masuk sertanya didalam kuburnya daripada mereka oleh seorang pun maka terfikir oleh aku dan berkata aku : selebih2/sebaik2 kekasih seseorang ialah barang yang masuk sertanya didalam kuburnya dan menenangka ia akan dia dalamnya maka tida mendapat oleh akau akan dia melainkan segala amalan yang baik maka menjadikan oleh aku akan dia akan kekasih bagiku supaya adalah ia itu pelita bagiku didalam kuburku dan menenangkan ia akan daku padanya dan tidak meninggal ia akan daku hal keadaanku keseorangan.
faedah yang kedua ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan makhluq akan mengikut mereka dengan keinginan2 mereka dan bersegera mereka kepada kehendak2 nafsu mereka maka memerhati aku akan firmannya تعالى : dan adapun barangsiapa yang takut ia akan makam tuhannya dan menegah ia akan nafsunya daripada keinginannya maka sungguhnya syurga iaitu tempat duduknya. dan yakinlah aku akan bahawasanya القرآن itu sebenar lagi yang benar maka bersegeralah aku kepada menyalahi akan nafsuku dan bersungguh2 aku bagi melawaninya dan menegahnya daripada kesukaannya hingga redha ia bagi mentaati الله سبحانه و تعالى dan terpimpin ia
faedah yang ketiga ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan tiap2 seorang daripada manusia hal keadaannya berjalan/berusaha ia pada menghimpunkan barang2 dalam dunia kemudian memegang ia akan dia hal keadaanya menggenggam akan tahannya atasnya maka telah memerhati aku pada firmannya تعالى : barang yang disisi kamu itu lagi akan habis/hilang dan barang yang disisi الله itu kekal. maka memberilah aku akan barang yang dihasilkan bagiku daripada dunia kerana keredhaan الله تعالى maka menghencer/mencerai2/membahagi2 aku akan dia antara orang2 miskin supaya adalah ia itu menjadi simpanan bagiku disisi الله تعالى.
faedah yang keempat ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan sebahagian daripada makhluk hal keadaannya menyangka ia akan mulianya dan besarnya dalam kebanyakan kaum dan keluarga2 maka tertipu ia dengan mereka dan mengagak sebahagian yang lain bahawasanya ia dalam banyak harta/limpahan harta dan banyak anak maka bermegah2 mereka dengannya dan menyangka sebahagian daripada mereka akan kemuliaan dan kebesaran pada merampas harta manusia dan menzalimi mereka dan menumpahkan darah2 mereka dan berpegang lah satu puak akan bahawasanya ia pada membinasakan harta dan memborosnya dan membazirnya. dan telah memerhati aku pada firmannya تعالى : sesungguhnya semulia2 kamu disisi الله ialah yang paling bertaqwa daripada kamu. maka telah memilih akau akan taqwa dan berpeganglah aku akan bahawasanya القرآن itu sebenar lagi benar dan sangkaan mereka dan perkiraan mereka semuanya salah dan terpesong.
faedah yang kelima ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan manusia hal keadaannya mencela oleh sebahagian daripada mereka akan sebahagian yang lain dan mengumpat2 sebahagian daripada mereka akan sebahagian yang lain maka mendapat aku akan demikian itu daripada hasad/dengki pada harta dan kemegahan dan ilmu maka telah memerhati aku pada firmannya تعالى : bermula kami telah membahagikan oleh kami antara kamu akan kehidupan kamu pada kehidupan dunia. maka mengetahui aku/yakin aku akan bahawasanya pembahagian adalah ia daripada الله تعالى pada azali lagi maka tidak hasad/dengki aku akan seseorang dan redha aku dengan pembahagian الله تعالى.
faedah yang keenam ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan manusia bermusuh-musuhan sebahagian daripada mereka akan sebahagian yang lain kerana tujuan dan sebab maka telah memerhati aku akan firmannya تعالى : sungguhnya syaitan itu bagi kamu ialah musuh maka jadikanlah oleh kamu akan dia akan musuh. maka telah mengetahui aku/ yakin aku akan bahawasanya tidak harus bermusuhan akan seseorang yang lain daripada syaitan.
faedah yang ketujuh ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan seseorang yang berusaha ia dengan bersungguh2 dan yang bersungguh ia dengan terlampau kerana menuntut makanan yang mengenyangkan dan kehidupan dengan sekira2 jatuh ia dengan dia dalam syubhah dan hara dan menghina ia akan dirinya dan mengurang ia akan qadarnya, maka memerhati aku pada firmannya تعالى : dan tidak ada daripada binatang yang melata pada bumi melainkan atas الله rezqinya. maka yakinlah aku bahawasanya rezqiku atas الله تعالى dan sungguh telah menjamin ia akan dia, maka bersibuk2lah aku dengan beribadahkan dia dan memotong aku akan tamakku daripada barang yang lain daripadanya.
faedah yang kelapan ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan tiap2 seorang yang bergantung ia atas sesuatu yang dijadikan ; sebahagian daripada mereka bergantung kepada dinar dan dirham dan sebahagian daripada mereka bergantung kepada harta dan kerajaan dan sebahagian daripada mereka bergantung kepada kemahiran dan pekerjaan dan sebahagian mereka yang lain bergantung mereka kepada makhluk yang seumpamanya, maka memerhati aku pada firmannya تعالى : dan barangsiapa berserahlah ia atas الله maka bermula dia lah yang mencukupinya, sungguhnya الله itu yang sampai suruhannya, sungguh telah menjadikan الله bagi tiap2 suatu akan qadar. maka berserah aku atas الله maka dia lah yang mencukupi bagiku dan sebaik2 wakil.
maka berkata شقيق : semoga memberi taufiq akan kamu oleh الله تعالى , sungguhnya aku sungguh telah menilik aku akan التوراة dan الإنجيل dan الزبور dan
الفرقان maka mendapat oleh aku akan kitab2 yang 4 ini berpusing2 ia atas ini 8 faedah. maka barangsiapa yang beramal dengannya adalah dia itu orang yang beramal dengan ini kitab yang 4.

No comments:

Post a Comment