مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 9 July 2012

واجبات الصوم : perkara2 yang wajib bagi puasa

Segala Yang Wajib Bagi Puasa

Adapun yang wajib2 yang zahir maka 6 perkara :
yang pertama itu mengintai2 akan awal bulan ramadhan : dan demikian itu dengan melihatkan anak bulan maka jika mendung/gelap maka menuntut sempurna akan 30 hari daripada sya'ban. dan menghendaki oleh kami dengan melihat itu tahu/yakin dan jadi hasil yang demikian itu dengan perkataan seorang yang adil. dan tidak tetap akan anak bulan syawal melainkan dengan perkataan 2 orang yang adil kerana cermat bagi ibadah.
Dan barangsiapa mendengar ia akan seorang yang adil dan percaya ia dengan perkataannya dan jadi menanglah atas sangkanya oleh benarnya nescaya wajib akan dia oleh puasa dan walaupun tidak menghukum oleh qadi dengan dia maka hendaklah mengikut tiap2 hamba pada ibadahnya akan yang mewajibkan daripada sangkanya dan apabila dilihat akan anak bulan pada suatu negeri dan tidak pernah nampak pada negeri yang lain dan adalah antara keruanya itu sangat sikit/kurang daripada 2 marhalah nescaya wajiblah puasa atas semuanya dan jika lebih daripada 2 marhalah nescaya bagi tiap2 negeri itu hukumnya sendiri dan tidak melampaui oleh wajib puasa.

yang kedua ialah niat : maka tidak dapat tidak ( mesti) bagi tiap2 malam daripada niat yang pada malam hari yang ditentukan lagi yang tetap maka jikalau meniat ia akan berpuasa bulan ramadhan sekali niat sahajo maka tidak memada ia akan dia dan iaitu yang menghendaki oleh kami dengan perkataan kami : tiap2 malam. dan jikalau meniat ia di siang hari nescaya tidak harus akan dia oleh puasa ramadhan dan tidak juga puasa fardhu melainkan puasa sunat yang menghendaki oleh kami dengan perkataan kami yang pada malam hari dan jikalau meniat ia akan puasa semata2 atau fardhu semata2 nescaya tidak harus akan dia hingga meniat ia akan
yang difardhukan oleh الله عز و جل puasa bulan ramadhan dan jikalau meniat ia pada malam syak bahawa akan berpuasa ia esok hari jika adalah ia daripda ramadhan nescaya tidak harus akan dia kerana bahawasanya tidak tetap melainkan bahawa disandarkan niatnya kepada perkataan orang yang boleh bersaksi dan adil dan bermula tanggung/agak salah orang adil itu atau tipunya itu tidak membatalkan tetap/yakin. atau menyandar ia kepada berserta hal seperti syak pada malam yang akhir daripada ramadhan kerana yang demikian itu tidak menegah ia akan tetap niat atau menyandar ia kepada ijtihad seperti orang yang ditahan dalam lubang tanah apabila jadi menang atas sangkanya oleh masuk ramadhan dengan ijtihadnya maka syaknya tidak menegah ia akan dia daripada niat. dan bila-bila adalah ia syak akan malam malam syak maka tidak memberi manfaat akan dia oleh tetap ia akan niat dengan lidah kerana sungguh niat tempatnya itu hati. dan tidak terbayang padanya tetap tujuan serta syak seperti jika berkata ia pa pertengahan ramadhan : akan aku berpuasa esok hari jika adalah ia daripada ramadhan. maka sungguh yang demikian itu tidak memberi mudharat akan dia keran bahawasa ia berbelah bagi pada lafaz walhal tempat niat itu tidak tergambar padanya oleh berbelah bagi bahkan ia memutuskan dengan bahawasa ia daripada ramadhan, dan barangsiapa meniat ia pada malam hari kemudia makan ia selepas itu nescaya tidak merosak ia akan niatnya dan kalau meniat seorang perempuan yang didalam haid kemudia jadi suci ia sebelum fajar nescaya jadi sah puasanya.
yang ketiga ialah menahan daripada memperhubungkan/mempersampaikan sesuatu kepada rongga hal keadaannya sengaja serta ingat akan puasa : maka jadi rosak/batal lah puasanya dengan sebab makan dan minum dan masukkan ubat melalui hidung dan memasukkan ubat melalui kemaluan dan tidak rosak ia dengan sebab berpetik (buang darah) dan berbekam dan bercelak dan memasukkan pencolek dalam telinga dan lubang keluar air kencing/susu. melainkan bahawa menitik ia dalamnya akan barang yang sampai ia akan pundi kencing. dan bermula barang yang sampai/berhubung ia dengan tiada qasad(kehendak)daripada habuk2 jalan atau seekor lalat yang terdahulu kepada rongga tekaknya atau barang yang terdahulu kepada rongganya pada berkumur2 maka tidak membuka puasanya yakni tidak batal puasanya melainkan apabila bersungguh2(melampau) ia pada berkumur2 maka membukalah ia kerana bahawasanya orang yang cuai. dan iaitu yang menghendaki oleh kami dengan perkataan kami " sengaja". maka adapun ingat puasa maka nghendaki oleh kami dengannya akan terpelihara daripada manusia kerana sungguhnya tidak berbuka ia yakni tidak batal puasanya. Adapun barangsiapa yang makan ia hal keadaannya sengaja pada dua tepi siang kemudian nyata baginya bahawa ia telah makan ia pada siang hari dengan tahqiq/pasti maka wajib atasnya qadha dan jika kekal ia atas hukum sangkanya dan ijtihadnya maka tiada qadha atasnya dan tidak sayugia bahawa makan ia pada 2 tepi siang melainkan dengan tilik dan ijtihad.
yang keempat ialah menahan daripada bersetubuh : dan bermula hadnya ialah memasukkan qadar حشفة dan jika bersetubuh hal keadaan dia lupa maka tidak berbuka ia dan jika bersetubuh ia pada malam atau bermimpi maka berpagi ia hal keadaan dia berjunub nescaya tidak berbuka/tidak batal puasanya. dan jika telah naik fajar

walhal dia itu orang yang bercampur gaul dengan ahlinya maka mencabut ia dengan segera nescaya sah puasanya, maka jika sabar ia nescaya rosak/batal puasanya dan wajib akan dio oleh kifarah/denda.
yang kelima ialah menahan daripada menuntut keluar mani : dan iaitu mengeluarkan mani kerana qasad dengan bersetubuh atau lain daripada bersetubuh kerana sungguh demikian itu membatalkan puasa. dan tidak batal dengan mencium isterinya dan tidak dengan sama2 menyenggeng/berpelukan,selama tidak keluar mani tetapi dibenci yang demikian melainkan bahawa adalah ia orang tua atau yang memiliki bagi akalnya maka tidak mengapa dengan menguncup dan bermula meninggalkan ia terlebih utama. dan apabila selalu takut daripada menguncup akan keluar mani maka menguncup ia dan dahulu keluar mani nescaya batal puasanya kerana kecuaiannya.
yang keenam ialah menahan daripada mengeluarkan muntah : maka menuntut muntah itu merosakkan/membatalkan puasa dan jika menggagahi dan mendahului akan dia oleh muntah nescaya tidak membatal ia akan puasanya dan jika telan ia akan kahak dari tekaknya atau dadanya nescaya tidak batal puasanya kerana keringanan kerana jadi umum oleh bala dengan dia melainkan bahawa menelan ia akan dia kemudian daripada sampai ia kepada mulutnya kerana sungguh ia berbuka ketika demikian itu.



No comments:

Post a Comment