مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 2 July 2012

كتاب أسرار الصوم

بسم الله الرحمن الرحيم 
Bermula segala puji itu tertentu bagi الله تعالى yang membesarkan di atas hamba2nya akan kurnia dengan barang yang menahan daripada mereka itu akan tipudaya الشيطان dan bagainya, dan menolak Ia akan angan-angan الشيطان dan memutuskan sangkaannya kerana menjadi ia akan puasa kota bagi kekasih-kekasihnya dan kebun,dam membuka ia bagi mereka dengan sebab puasa akan pintu2 syurga, dan memperkenal ia akn mereka akan bahawa jalan/perantaraan الشيطان kepada hati-hati mereka itu keinginan yang tersembunyi dan bahawa dengan mengalahkan keinginan itu berpagi-pagi jiwa yang tetap pada zahir kesulitan pada dalam mematahkan musuhnya itu kekuatan kurnia. Dan bermula الصلاة itu di atas سيدنا محمد yang memimpin sekalian makhluk dan yang menyempurnakan السنة dan di atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang mempunyai penglihatan yang terang dan aqal yang kuat dan salam sebagai salam yang banyak..

بيان فضل الصوم و الترغيب فيه

Adapun kemudian daripada itu maka sesungguhnya puasa itu 1/4 daripada إيمان dengan sebab maksud perkataannya صلى الله عليه و سلم "bermula puasa itu separuh daripada sabar" dan dengan maksud perkataannya saw "bermula sabar itu separuh daripada iman". Kemudian ia dengan ketentuan nisbah kepada الله تعالى daripada sekalian rukun2 kerana telah berkata oleh الله تعالى pada barang yang telah menceritakan akan dia daripadanya oleh nabinya
محمد صلى الله عليه و سلم : "Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 seumpamanya hingga 700 kali ganda melainkan puasa maka sesungguhnya puasa adalah bagiku dan akulah yang akan membalas dengan dia".
dan telah berkata الله تعالى : "Hanyasanya disempurnakan akan orang2 yang sabar akan ganjaran mereka dengan tiada perhitungan".



Dan bermula puasa itu setengah daripada sabar maka sungguh telah melampaui pahalanya akan kanun taqdir dan hisab dan bermula yang menyampai akan dikau pada mengenal kelebihannya itu sabdanya صلى الله عليه و سلم : "Demi yang bermula diriku ditanganNYA sungguh berubah bau mulut orang yang berpuasa terlebih harum disisi الله daripada bau kasturi" dan berkata الله عز و جل : "Hanyasanya meninggal ia akan keinginannya dan makanannya dan minumannya kerana sebab aku maka puasa itu bagiku dan aku akan membalas dengan dia"
Dan telah berkata  صلى الله عليه و سلم : " sabitlah bagi syurga itu satu pintu yang dikatakan baginya الريان yang tidak masuk padanya melainkan orang yang berpuasa" dan padahal dijanji akan dia dengan bertemu akan الله تعالى  pada balasan puasanya.dan telah bersabda صلى الله عليه و سلم : " Sabitlah bagi orang yang berpuasa itu 2 kesukaan kesukaan ketika berbuka puasa dan kesukaan ketika bertemu tuhannya" dan sabdanya صلى الله عليه و سلم : " sabitlah bagi tiap-tiap suatu itu satu pintu dan bermula pintu bagi ibadah itu puasa" dan sabda صلى الله عليه و سلم : " bermula tidur orang yang berpuasa itu ibadah" dan telah meriwayat oleh أبو هريرة رضي الله عنه bahawasanya صلى الله عليه و سلم telah bersabda : " apabila masuk bulan رمضان dibuka akan pintu2 syurga dan dikunci pitu2 neraka dan diikat akan الشياطين dan menyeru oleh orang yang menyeru" wahai orang yang menghendaki kebaikan marilah dan hai orang yang mencari kejahatan berhentilah"

Dan telah berkata oleh وكيع pada perkataannya تعالى : makanlah kamu dan minumlah kamu dengan senang dengan sebab barang yang kamu dahulukan pada masa yang lalu" iaitu hari2 puasa kerana telah meninggal oleh mereka padanya akan makan dan minum.Dan sungguh telah menghimpun oleh رسول الله صلى الله عليه و سلم pada martabat kebanggaan antara zuhud pada dunia dan antara puasa maka bersabda ia " sesungguhnya الله berbangga ia akan ملائكته dengan pemuda yang beribadah maka berkata ia " wahai pemuda yang meninggal ia akan keinginannya kerana sebab aku yang memberi ia akan mudanya bagiku Engkau disisiku seperti setengah daripada malaikatku". Dan berkata صلى الله عليه و سلم pada orang yang berpuasa " berkata الله عز و جل : tiliklah oleh kamu wahai malaikatku kepada hambaku yang telah meninggal ia akan keinginannya dan kesedapannya dan makanannya dan minumannya daripada keranaku.


dan dikatakan pada firmannya تعالى : maka tidak mengetahui oleh nafsu akan barang yang disembunyikan bagi mereka daripada sejuk mata kerana membalas bagi barang yang selalu mereka kerjakan, dikatakan adalah amalan mereka ialah puasa kerana bahawasanya telah berfirman ia : hanyasanya disempurnakan akan orang2 yang sobar akan ganjaran mereka dengan tiada hisab. maka diselesaikan bagi orang yang berpuasa balasannya sebagai selesai dan dijual akan dia sebagai jual maka tidak masuk ia dibawah kesamaran dan taqdir, dan layak dengan bahawa adalah ia seperti yang demikian itu kerana puasa hanyasanya adalah ia baginya dan dimuliakan akan dia dengan nisbah kepadanya- dan jika adalah ibadah semuanya baginya- seperti mulia البيت dengan nisbah kepada dirinya dan bumi semuanya baginya kerana dua makna : satu daripada keduanya bahawa puasa itu menahan dan meninggalkan dan ia pada dirinya itu rahsia yang tiada padanya satu amalan yang boleh dilihat dan semua amalan2 taat itu disaksi daripada makhluk dan dilihat akan dia dan bermula puasa tidak melihat akan dia melainkan الله عز و جل kerana bahawasa ia amalan pada batin dengan sabar semata2.

dan yang kedua bahawasanya mengerasi bagi musuh الله عز و جل kerana perantaraan syaitan لعنه الله ialah syahwat dan hanyasanya jadi kuat syahwat dengan makan dan minum dan kerana demikian telah bersabda صلى الله عليه و سلم : sesungguhnya syaitan berlari ia daripada anak adam pada tempat berlari darah maka sempitkanlah oleh kamu segala tempat berlarinya dengan lapar dan kerana demikian telah bersabda صلى الله عليه و سلم bagi عائشة رضي الله عنها :


"hendaklah berkekalan olehmu akan mengetuk pintu syurga", berkata عائشة : dengan apa?, bersabda صلى الله عليه و سلم : dengan lapar. maka tatkala adalah puasa itu atas ketentuan hal keadaannya yang mengalah bagi syaitan dan menyumbat bagi tempat lalunya dan menyempit tempat berlarinya nescaya jadi berpatutan/layak oleh menentu dengan nisbah kepada الله عز و جل maka pada mengalahkan musuh الله itu ada bantuan bagi الله سبحانه , dan orang yang membantu الله تعالى diberhentikan atas pertolongan baginya, berfirman الله تعالى : dan orang2 yang berperang pada kami sungguh lagi kami akan beri petunjuk akan mereka akan jalan2 kami dan firmannya تعالى : sungguh الله tidak akan mengubah barang yang ada pada satu kaum hingga mengubah mereka akan barang yang ada pada diri mereka sendiri. dan hanyasanya berubah itu
memperbanyakkan syahwat/keinginan maka ia itu tempat bermewah segala syaitan dan tempat memerintah mereka itu maka selama ia itu subur selama itulah tidak terputus ketidaktetapan/syak mereka itu. dan selama mereka syak selama itulah tidak terbuka bagi hamba kebesaran الله سبحانه, dan adalah ia di dihalang daripada bertemunya. dan bersabada صلى الله عليه و سلم : jikalau tidak bahawa segala syaitan itu berlegar di atas hati2 anak2 adam nescaya boleh tengok mereka itu kepada kerajaan langit. maka daripada ini wajah/jalan jadilah puasa itu pintu ibadah dan jadi ia syurga dan apabila besar kelebihannya kepada ini had/sempadan maka tidak dapat tidak daripada menyatakan segala syaratnya yang zahir dan yang batin dengan menyebut akan segala rukunnya dan sunatnya dan syaratnya yang batin dan lagi akan menyata oleh kami akan dia dengan 3 perceraian.


No comments:

Post a Comment