مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 9 July 2012

سنن الصيام : segala yang sunat bagi puasa

segala yang sunat2 bagi puasa

dan adapun segala sunat puasa maka 6 perkara : 1- melambatkan sahur. 2- dan menyegera akan berbuka dengan kurma atau air sebelum solat. 3- dan meninggal akan bersugi/menggosok gigi kemudian daripada gelincir matahari. 4- menderma pada bulan ramadhan kerana barang yang dahulu sebutnya daripada segala kelebihannya pada bab zakat. 5- saling mengajar dan belajar akan al-Quran. 6-  'itikaf didalam masjid, lebih lebih lagi pada 10 yang akhir kerana ia adat/kebiasaan bagi رسول الله صلى الله عليه و سلم : adalah ia apabila masuk 10 yang akhir melipat ia akan hamparan dan mengikat akan kain lepas dan bersungguh ia/beradat ia dan melazim ia akan ahlinya yakni mengekali mereka akan penat pada ibadah
kerana padanya ada ليلة القدر. dan terlebih kuat bahawa ia pada malam yang ganjil, dan terlebih menyerupai yang ganjil ialah malam 1 dan 3 dan 5 dan 7. dan bermula berturut2 pada ini 'itikaf terlebih utama. maka jika bernazar ia akan 'itikaf yang berturut2 atau meniat ia akan dia nescaya terputus berturut nya itu dengan sebab keluar dengan tiada dharurat seperti kalau keluar ia kerana menziarahi orang yang sakit atau nak bersaksi atau jenazah atau ziarah atau memperbaharui bersuci/wudhu. dan jika keluar ia kerana nak menunaikan hajat nescaya tidak terputus berturut2 itu. dan harus baginya berwudhu di rumah. dan tidak sayugia bahawa naik ia atas kerja yang lain, " adalah صلى الله عليه و سلم tidak keluar ia melainkan kerana hajat daripada seseorang dan tidak menanya ia daripada orang sakit melainkan hal keadaannya lalu", dan terputus berturut2 dengan bersetubuh dan tidak terputus dengan menguncup/bercium
dan tidak mengapa dalam masjid dengan wangian dan akad nikah dan makan dan tidur dan basuh tangan pada bekas basuh tangan, maka tiap2 demikian itu terkadang dihajati kepadanya pada berturut2 dan tidak terputus berturut2 dengan keluar separuh daripada badannya { sentiasalah صلى الله عليه وسلم merendahkan/menunduk kepalanya maka menyikat akan dia oleh عائشة رضي الله عنها walhal dia didalam bilik} dan bila2 keluar oleh orang yang ber'itikaf itu kerana nak menunaikan hajatnya maka apabila kembali ia sayugia bahawa memulakan/mempebaharui ia akan niat melainkan apabila adalah sungguh telah meniat ia pada awal2 akan 10 malam contohnya dan bermula yang terlebih utama serta demikian itu ialah memperbaharui.
و الله أعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment