مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 15 July 2012

العذاب و النعيم في البرزخ : seksa dan ni'mat didalam barzakh

hendaklah mengetahui olehmu hai hamba الله akan bahawasanya kubur itu yang mula2 tempat tinggal di akhirat dan bahawasanya barang siapa yang mati ia berdiri qiamatnya yang kecil dan bahawasanya hamba itu apabila dikuburkan dia dibentang atasnya akan tempat duduknya dengan makanan pagi yakni barang antara fajar dan terbit matahari dan makanan petang yakni barang antara zuhur dan tenggelam matahari. jika adalah dia daripada ahli syurga maka dia daripada ahli syurga dan jika adalah dia daripada ahli neraka maka dia daripada ahli neraka dan diluaskan bagi orang2 beriman dalam kuburnya akan 70 hasta dan dipenuhkan atasnya akan yang hijau kepada hari yang dibangkitkan mereka itu, dan adapun orang kafir maka dipukul akan mereka dengan tukul2 daripada besi dan disempitkan atsnya akan kuburnya hingga berselisihlah padanya akan tulang2 rusuknya.


kelakuan2 hadir dan naik segala ruh dan barang yang adalah ia daripada seksa dan nikmat didalam kubur

telah berfirman الله عز و جل : hingga apabila datang akan salah seorang daripada kamu oleh mati nescaya berkata ia : wahai tuhanku kembalikan olehmu akan daku mudah-mudahan lagi beramal aku akan amalan yang baik pada barang yang telah aku tinggalkan, tidak sama sekali, sesungguhnya ia satu perkataan yang ia yang berkata akan dia dan daripada belakang mereka itu alam barzakh hingga hari yang dibangkit akan mereka itu.
1- dan daripada البراء بن عازب رضي الله عنهما telah berkata ia : telah keluar oleh kami serta رسول الله صلى الله عليه وسلم pada jenazah seorang lelaki daripada orang2 الأنصار
maka berhenti oleh kami kepada kubur dan tatkala diletak akan dia didalam lahad kemudian daripada itu maka duduklah رسول الله صلى الله عليه و سلم dan duduklah oleh kami di sekelilingnya seolah2 di atas kepala kami itu burung dan ditangannya ada dahan kecil yang memukul ia dengan dia pada tanah kemudian mengangkat ia akan kepalanya maka bersabda ia : hendaklah berlindung oleh kamu dengan الله  daripada seksa kubur -2 atau 3 kali- kemudian bersabda ia : sungguhnya hamba yang beriman itu apabila adalah  ia pada terputus daripada dunia dan menghadap kepada akhirat nescaya turunlah kepadanya oleh malaikat daripada langit yang putih wajahnya seolah2 wajah mereka itu matahari, serta mereka itu satu kain kapan daripada kain2 kapan syurga dan bauan daripada bauan  syurga hingga duduklah mereka daripadanya sejauh pandangan mata dan datang oleh malaikat maut عليه السلام hingga duduk ia disisi kepalanya maka berkata ia : hai nafsu yang baik keluar olehmu kepada keampunan daripada الله dan keredhaan, bersabda ia : maka keluar ia hal keadaannya mengalir seperti mengalir setitik air daripada mulut geriba(bekas air daripada kulit kambing), maka mengambil ia maka apabila mengambil ia nescaya tidak membiar oleh mereka akan dia pada tangannya sekelip mata pun hingga mengambil mereka akan dia dan menjadikan oleh mereka akan dia didalam itu kain kapan dan dalam itu bauan dan keluar ia daripadanya seperti sebaik2 bauan kasturi yang didapati akan dia di atas muka bumi ini, bersabda ia : maka naiklah oleh mereka itundengannya maka tidak lalu mereka itu atas jemaah daripada malaikat melainkan telah berkata mereka itu : apa ini ruh yang baik? maka berkata oleh mereka : fulan anak si fulan dengan sebaik2 nama2nya yang selalu dipanggil akan dia
dengan dia dalam dunia dulu hingga berhenti mereka dengan dia kepada langit dunia maka meminta buka oleh mereka baginya maka dibukakan baginya kemudian memasyhur akan dia daripada tiap langit oleh malaikat مقربون  kepada langit yang mengiringinya hingga dihentikan dengan dia kepada langit yang ketujuh maka berfirman الله عز وجل : hendaklah menulis oleh kamu satu kitab bagi hambaku pada tempat yang tinggi dilangit ketujuh dan kembalikanlah oleh kamu akan dia kepada bumi  kedalam jasadnya maka datang akan dia oleh 2 malaikat maka memperduduk keduanya akan dia maka berkata keduanya : siapa tuhanmu? maka berkata ia : bermula tuhanku itu الله . maka berkata keduanya : apa agamamu? maka berkata ia : agamaku islam. maka berkata keduanya : apa ini seorang lelaki yang dibangkit akan dia didalam kalanganmu? maka berkata ia : dia ialah  رسول الله maka berkata keduanya : apa barang yang memberitahu ia akn dikau? maka berkata ia : telah membaca olehku akan kitab الله  dan telah beriman aku dengannya dan telah membenarkan oleh aku akan dia maka menyeru seorang penyeru daripada langit : bahawa sungguhbenarlah oleh hambaku maka hendaklah menghampar oleh kamu akan dia daripada syurga dan buka oleh kamu baginya satu pintu kepada syurga,bersabda ia : maka datang ia akan dia daripada ruhnya danbauannya dan diluaskan baginya dalam kuburnya sejauh pandangannya, bersabda ia : dan datang akan dia seorang lelaki yang baik wajahnya , baik pakaiannya, wangi baunya maka berkata ia : gembiralah engkau dengan yang menyeronokkan dikau bermula ini hari yang sentiasa dijanjikan akan engkau, maka berkata ia baginya : siapa engkau maka bermula wajahmu itu wajah hal keadaannya datang dengan kebaikan? maka berkata ia : bermula aku ialah amalanmu yang baik maka berkata ia : hai tuhanku dirikanlah الساعة tuhanku dirikanlah الساعة hingga kembali aku kepada ahliku dan hartaku.
dan sungguhnya hamba yang kafir itu apabila adalah ia dalam terputus daripada dunia dan berhadap kepada akhirat
 turunlah kepadanya malaikat yang hitam wajahnya serta mereka itu beberapa kain kadut maka duduk mereka daripadanya sejauh pandangan mata kemudian datang malaikat maut hingga duduk ia disisi kepalanya maka berkata ia : hai nafsu yang buruk keluar olehmu kepada kemurkaan daripada الله dan kemarahannya dan diceraikan dia daripada jasadnya maka mencabut ia akan dia seperti dicabut akan besi pemanggang daging daripada bulu yang basah maka mengambil ia akan dia maka apabila telah mengambil ia akan dia nescaya tidak membiarkan mereka itu akan dia pada tangannya sekelip mata pun hingga menjadikan mereka akan dia didalam itu kain kadut dan keluarlah dia daripadanya seperti sebusuk2 bangkai yang didapati diatas muka bumi ini maka naiklah mereka dengan dia maka tidak lalu mereka dengan dia atas sekumpulan daripada malaikat melainkan berkata mereka : apa ini bau yang busuk? maka berkata mereka : fulan bin si fulan dangan seburuk2 daripada nama2nya dalam dunia hingga diberhenti dengan dia kepada langit dunia maka diminta buka akan dia maka tidak dibukakan langit dunia baginya, kemudian telah membaca oleh رسول الله صلى الله عليه و سلم  : tidak dibukakan bagi mereka akan pintu2 langit dan tidak masuk mereka kedalam syurga hingga masuk unta dalam lubang jarum, maka berfirman الله عز وجل : tulislah oleh kamu akan kitabnya dalam penjara dibumi yang paling bawah kemudian di campak akan ruhnya secampak campaknya kemudian membaca ia : dan barangsiapa yang menyekutu ia akan الله  maka seolah2 jatuh daripada langit kemudian menyambar akan dia oleh burung atau menurun dengan dia oleh angin pada tempat yang jauh, maka dikembalikan ruhnya kepada jasadnya dan datanglah akan dia oleh dua malaikat maka memperduduk keduanya akan dia kemudian berkata keduanya baginya : siapa tuhanmu? maka berkata ia :
 hah hah tidak tahu aku, berkata ia : maka berkata keduanya baginya : apa agamamu? maka berkata ia : hah hah tidak tahu aku, berkata ia maka berkatalah oleh keduanya baginya : apa ini lelaki yang dibangkitkan pada kalangan kamu? maka berkata ia : hah hah tidak tahu aku, maka menyerulah oleh seorang penyeru daripada langit : bahawa telah berdusta ia maka hamparkan oleh kamu akan dia daripada neraka dan buka oleh kamu baginya akan satu pintu kepada neraka, maka mendatang ia akan dia daripada panasnya dan angin panasnya dan disempitkan atasnya akan kuburnya hingga berselisih padanya rusuk2nya dan mendatangi akan dia oleh seorang lelaki yang buruk wajahnya yang buruk pakaiannya yang busuk baunya maka berkata ia : gembiralah engkau dengan yang menjahat ia akan engkau bermula ini hari engkau yang selalu dijanjikan engkau, maka berkata ia : siapa engkau maka wajahmu wajah yang buruk hal keadaannya datang dengan kejahatan? maka berkata ia bermula aku ialah amalanmu yang buruk, maka berkata ia : hai tuhanku jangan mendirikan olehmu akan الساعة.


No comments:

Post a Comment