مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 7 October 2012

تعليم المتعلم sambungan



iaitu suatu sifat yang nyatalah dan teranglah dengan dia bagi yang mempunyainya oleh perkara2 yang disebutkan dan Bermula ilmu fiqah itu mengetahuikan yang halus2 daripada ilmu. Berkata abu hanifah r.a Bermula ilmu fiqah itu mengetahui seorang akan barang yang hasil baginya daripada kebajikan dan akan barang yang hasil atasnya daripada kejahatannya- dan ini makna terlebih umum daripada makna ilmu fiqh yang boleh mengetahui dengan dia akan kelakuan mukallaf2 (orang yg diberati syara')- dan berkata ia pula tidaklah ilmu itu melainkan kerana beramal dengan dia dan Bermula beramal dengan dia itu meninggal yang bersegera bagi yang bertangguh- dan dikehendaki dengan yang bersegera itu dunia dan berkerja2 dengan segala perkerjaannya dan dikehendaki dengan yang bertangguh itu akhirat yakni syurga dan barang yang padanya daripada pangkat2nya kerana tiada mungkin hendak menghasilkan keduanya sama sekali kerana keduanya berlawanan dan bermula akhirat itu kekal selama2 nya maka lazimlah meninggalkan yang binasa kerana mengambilkan yang kekal maka sayugialah bagi seorang manusia bahawa tiada lupa ia daripada mengenalkan dirinya dengan lemah dan papa dan binasa dan mengenalkan barang yang memberi manfaat akan dia daripada ibadah2 dan taat2 dan mengenal pula barang yang memberi mudharatnya daripada barang yang keji2 dan jahat2 pada dunianya dan akhirat maka mencapai ia akan barang yang memberi manfaatnya- sah menjauhi ia akan berang yang memberi mudharatnya supaya tidaklah aqalnya dan ilmunya jadi hujjah atasnya maka bertambah2 lah siksanya (kita berlindung dengan الله daripada murkanya dan siksanya) dan hanya sungguhnya telah datang pada menyatakan kemegahannya ilmu dan kelebihannya itu oleh beberapa banyak daripada ayat2 dan hadith2 yang sahih lagi masyhur- setengah daripadanya barang yang diriwayatkan daripada أبي الدرداء r.a bahawasanya berkata ia bersabda nabi saw ( barangsiapa yg telah berjalan ia akan satu jalan hal keadaannya menuntut padanya akan ilmu nescaya memperjalan oleh الله dengan dia pada satu jalan daripada segala jalan2 syurga dan bahawasanya malikat sungguh lagi kan menghantar ia akan sayap2nya bagi penuntut ilmu dan bahawasanya orang yang alim itu meminta keampunan baginya oleh mereka yang di dalam langit dan bumi dan ikan2 didalam dasar air dan bahawasanya kelebihan orang yang alim di atas orang yang jahil itu seperti kelebihan bulan pada malam purnama di atas sekalian bintang2 dan bahawasanya ulama itu pewaris bagi segala nabi maka sesungguhnya sekalian nabi itu tidak pernah memperwariskan oleh mereka akan dinar dan dirham dan hanyasanya telah mewaris mereka akan ilmu maka barangsiapa mengambil akan dia maka sungguhnya telah mengambil ia dengan habuan yang sempurna.

                                                  *( fasal pada niat dalam keadaan belajar )*
ini suatu fasal pada menyatakan niat tatkala hendak belajar dan menuntuti ilmu bahawasanya tak dapat tidak bagi yang menuntuti ilmu itu daripada berniatnya pada masa menuntutinya kerana bahawasanya niat itu ialah asal pada sekalian kelakuan2 kerana sabdanya nabi saw ( hanyasanya segalam amalan itu dengan niat

 ini hadith sahih dan diriwayat pula daripada رسول الله saw ( berapa banyak daripada amaln yang tergambar dengan rupa amalan2 dunia dan jadi ia dengan sebab baik niat daripada amalan2 akhirat dan berapa banyak daripada amalan yang tergambar ia dengan rupa amalan2 akhirat kemudian jadi ia daripada amalan2 dunia dengan sebab jahat niat). dan sayugi bahawa berniat oleh yang menuntuti ilmu dengan tuntut ilmu itu akan keredhaan الله تعالى dan akan negeri akhirat dan menghilangkan kejahilan daripada dirinya dan daripada sekalian orang2 yang jahil2 dan akan menghidupkan agama dan mengekalkan islam kerana bahawasanya kekal islam itu dengan ilmu dan tiada sah zuhud dan taqwa itu dengan jahil dan telah bersyair oleh الشيخ الإمام الأجل برهان الدين صاحب الهداية akan suatu syair bagi setengah mereka itu
( bermula fasad/kerosakan yang besar itu orang alim yang tidak beramal)
(dan terlebih besar daripadanya orang jahil yang berbuat amalannya)
(keduanya itu fitnah yang besar pada amalannya)
(bagi mereka yang berpegang pada agamanya dengan keduanya)

maqsudnya - bermula yang jadi fasad(kerosakan) dan karut2 itu ialah orang yang alim yang tidak beramal dengan ilmunya dengan bahawasa ia mengerjakan akan perkerjaan2 yang menyalahi syara' dan keji2nya dan tiada dukacita ia daripada takut jadi bacur2 nya dan adalah kerana orang yang alim semacam ini sangat2 besarnya kerana bahawasanya tatkala melihat akan dia oleh orang yang jahil2 nescaya tertipu daya mereka itu dan mengikut mereka itu kerana pada sangka mereka itu betul padahal ia di dalam sesat dan menyesatkan dan yang terlebih besar karut daripadanya orang yang jahil yang berbuat ibadah yang tiada mengetahui ia akan sahnya dan batalnya seperti kebanyakan tok2 tasawwuf pada zaman kita sekarang ini kerana karut orang pada i'tiqadnya dan amalannya maka kedua2 nya itu ialah jadi fitnah yang besar pada dunia kita ini- dan sayugia pula bahawa berniat ia dengan menuntuti ilmu itu akan kesyukuran atas ni'mat aqal dan segar badan dan bahawa jangan berniat ia supaya berhadap orang2 kepadanya dan supaya boleh dapat harta2 dunia dan mata bendanya pada tangan2 orang itu dan supaya kemuliaan disisi sultan dan lainnya daripada pekerjaan2 yang bukan ia daripada keredhaan الله dan rasulnya. berkata محمد بن الحسن رحمه الله تعالى jikalau adalah sekalian manusia itu hamba2 ku nescaya aku merdeka akan sekalian mereka itu dan bersucilah aku akan diriku daripada bahawa adalah aku ini 'asobah2 mereka itu dan waris mereka itu dan siapa2 yang mendapat akan sedap ilmu dan beramal dengan dia nescaya sedikitlah gemar akan barang yang pada tangan orang2. telah bersyair bagi kami oleh الشيخ الإمام الأجل الأستاذ قوام الدين حماد بن إبراهيم بن إسماعيل الصفار الأنصاري akan suatu syair yang dituliskan bagi أبي حنيفة رحمه الله تعالى :

                             (siapa2 yang belajar ilmu bagi tempat kembalinya
                                                       mencapai ia akan kelebihan daripada sebetul2 atas agamanya)

No comments:

Post a Comment