مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 8 October 2012

sambungan أيها الولد

بسم الله الرحمن الرحيم...
قال المصنف رحمه الله تعالى...
hai anak, sungguh telah mengetahui olehmu daripada ini dua hikayat bahawasanya engkau tidak berhajat olehmu kepada memperbanyakan ilmu. dan sekarang lagi akan aku perterangkan bagimu akan barang yang wajib ia atas orang yang berjalan jalan haq (akhirat) :
hendaklah mengetahui olehmu bahawasanya sayugia bagi salik seorang guru yg memberi tunjuk yg mentarbiah supaya mengeluar ia akan akhlaq2 yg buruk daripadanya dengan tarbiahnya dan menjadi ia akan tempat akhlaq buruk itu akan akhlaq yg baik. dan makna tarbiah itu menyerupai ia akan perbuatan peladang yg mencabut ia akan duri dan mengeluar ia akan tumbuhan asing daripada tanamannya supaya jadi baik tumbuhnya dan menyempurna akan dia oleh suburnya dan tidak dapat tidak bagi salik daripada guru yg mengajar adab akan dia dan menunjuk akan dia kepada jalan الله تعالى kerana bahawasanya الله telah mengutus ia bagi hamba2 akan seorang rasul bagi menunjuk kepada jalanNya. maka apabila berpindah SAW maka mengganti ia akan khalifah2 pada tempatnya hingga menunjuk mereka kepada الله تعالى. dan bermula syarat bagi guru yg layak bahawa dia adalah pengganti bagi rasul الله صلوات الله و سلامه عليه itu bahawa adalah ia orang yg berilmu dan tidak tiap2 orang yg berilmu itu layak bagi pengganti. dan sungguhnya aku lagi akan aku terangkan bagimu akan setengah daripada tanda2nya atas jalan himpun hingga tidak mendakwa tiap2 seseorang akan bahawasanya ia orang yg menunjuk (mursyid).. maka berkata oleh kami : mereka yang berpaling daripada cinta dunia dan cinta kemegahan dan adalah ia sungguh telah mengikut ia bagi seorang yg celik mata hati (tahu akan hal2 nya)yang jadi berkait oleh ikutannya kepada penghulu sekalian utusan SAW, dan adalah ia orang yg memperbaikkan riadhah dirinya dengan sedikit makan,berkata2 dan tidur dan banyakkan solat dan bersedeqah dan puasa dan adalah dengan sebab mengikut ia akan itu guru yang tahu hal keadaan menjadi akan yang baik2 daripada akhlaq baginya itu suatu perjalanan seperti sabar,dan solat,dan syukur dan tawakkul dan yakin dan memada dan tetap diri dan lembut dan rendah diri dan berilmu dan benar dan malu dan setia/menyempurna janji dan sopan dan diam dan tenang/berlambatan/tidak gopoh dan seumpamanya. maka dia ketika itu cahaya daripan cahaya2 nabi SAW yang layak bagi mengikut dengan dia. dan tetapi wujud seumpamanya itu jarang yg teramat sedikit daripada belerang merah. dan barang siap yg menolong akn dia oleh suatu pertolongan maka mendapat ia akan seorang guru seperti telah menyebut oleh kami dan menerima akan dia oleh itu guru, sayugia bahawa menghormati ia akan dia pada zahir dan batin.. adapun hormat zahir maka ia bahawa tidak bertengkar/berbalah dan tidak menyibuk ia dengan berhujan sertanya pada tiap2 masalah walaupun mengetahui ia akan salahnya(guru). dan tidak menghampar ia dihadapannya sejadahnya melainkan pada waktu menunaikan solat maka apabila telah selesai ia,mengangkat ia akan sejadah itu,dan tidak membanyakkan solat sunat ketika hadirnya,dan perbuat ia akan barang yg menyuruh akan dia oleh guru itu daripada amal dengan qadar lapangnya dan kuasanya.. dan adapun hormat batin maka ia bahawa tiap2 barang yg dengar ia dan terima ia daripadanya pada zahir tidak mengingkar ia pada batinnya, tidak perbuatan dan tidak perkataan supaya tidak tertanda ia dengan nifaq dan jika tidak kuasa ia tinggallah akan bersahabat/berdamping akan dia hingga muafakat batinnya akan zahirnya dan memelihara ia daripada bersekedudukan akan orang yg buat jahat supaya mengurang ia akan pengaruh syaitan jin dan manusia daripada halaman hatinya maka menyuci ia daripada kotoran syaitan dan atas tiap2 keadaan/kelakuan memilih ia akan kefaqiran daripada kekayaan..
kemudian hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya tasawwuf baginya itu dua perkara :....

No comments:

Post a Comment