مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 28 October 2012

أيها الولد 10

 بسم الله الرحمن الرحيم
قال المصنف
1- Istiqomah (tetap dan melazimi) serta الله تعالى dan
2- Diam dari makhluk
        maka barang siap istiqamah ia serta الله عز و جل dan memperbaik ia akan akhlak dengan manusia dan bermuamalah (bercampur gaul) dengan lembut maka bermula dia itu orang sufi. dan bermula istiqamah itu bahawa menebus ia aka habuan nafsunya atas perintah/ الله تعالى . dan bermula baik akhlak serta manusia itu bahawa tidak menanggung engkau akan manusia atas kehendak nafsumu bahkan menanggung engkau akan nafsumu atas kehendak mereka itu selama tidak pernah menyalahi oleh mereka akan syara'.
kemudian sesungguhnya engkau telah bertanya olehmu akan daku daripada 'ubudiyyah (kehambaan) dan iaitu 3 perkara :-
  1. menjaga2 pekerjaan syara'
  2. redha dengan qadha dan qadar dan pembahagian الله تعالى
  3. tinggal akan redha nafsumu dalam menuntut redha الله تعالى
dan telah bertanya engkau akan daku daripada tawakkul dan iaitu bahawa menyerah/yakin engkau akan i'tiqad engkau dengan الله تعالى pada barang yang telah dijanjikan, menghendaki ia beri'tiqad engkau bahawasanya barang yg ditaqdirkan akan dia bagi engkau itu lagi akan sampai ia kepada engkau tiada mustahil.. dan walaupun  bersungguh tiap2 mereka yg didalam alam ini atas memalingkan ia daripada engkau dan barang yg tidak dituliskan ia bagimu itu tidak akan sampai kepadamu dan walaupun menolong akan dikau oleh sekalian alam.
dan bertanya engkau akan daku daripada ikhlas dan iaitu bahawa adalah amalan2mu semuanya itu bagi/kerana الله تعالى  dan bahawa tidak rehat/senang hatimu dengan segala pujian manusia dan bahawa tidak peduli dengan cacian/celaan mereka. dan hendaklah ketahui olehmu akan bahawasanya riak (menunjuk2) itu terberanak (terjadi) daripada membesarkan makhluk. dan bermula cara merawatnya bahawa melihat olehmu akan mereka hal keadaan mereka diberati/digagahi/diperlekehkan dibawa qudrat الله تعالى dan sangka olehmu akan mereka seperti benda2 bertokol yg tidak bernyawa pada ketiadaan qudrat mempersampaikan kelapangan dan kesempitan supaya lepas engkau daripada menunjuk2 akan mereka. dan apabila menyangka engkau akan mereka itu orang yang mempunyai qudrat dan iradat nescaya tidak akan jauh (hampir) daripada engkau oleh riak.
wahai anak, dan yang tinggal dari masalah2 mu itu setengah daripadanya ditulis dalam penulisan2 ku maka tuntut/cari olehmu disana dan bermula menulis sebahagian yg lainnya itu haram dan hendaklah beramal olehmu dengan barang yg engkau ketahui supaya terbuka bagi engkau barang yang tidak pernah engkau ketahui.
wahai anak, kemudian daripada ini hari, janganlah bertanya olehmu akan daku  akan barang yang memusykilkan atasmu melainkan dengan lisan hati kerana perkataan-NYA تعالى  ertinya dan jikalau bahawasanya mereka itu telah sabar mereka hingga keluar engkau kepada mereka nescaya adalah ia terlebih baik bagi mereka.. و الله أعلم . dan terimalah olehmu akan nasihat nabi khidir as ketika telah berkata ia ertinya : jangan bertanya olehmu akan daku daripada sesuatu hingga mengada aku
bagimu daripadanya akan sebutan.. و الله أعلم . dan jangan menuntut segera (gopoh) olehmu hingga sampai engkau pada masanya nescaya dibuka ia bagi engkau dan nampak engkau akan dia ( ertinya lagi akan aku perlihatkan akan kamu akan tanda2 ku maka jangan menuntutu segera akan daku)..و الله أعلم . maka jangan bertanya olehmu akan daku sebelum waktunya dan yakinlah olehmu akan bahawasanya engkau tidak sampai engkau melainkan berjalan kerana perkataaNYA تعالى ertinya dan adakah tidak berjalan kamu dalam bumi maka menilik/melihat oleh kamu..و الله أعلم
wahai anak, demi الله  jika berjalan olehmu nescaya melihat olehmu akan perkara2 yang menghairankan/ajaib pada tiap2 tempat berhenti dan korbankanlah ruhmu maka/kerana sungguhnya kepala ini pekerjaan ialah baikkan ruh. seperti perkataan ذو النون المصري رحمه الله تعالى bagi salah seorang daripada murid2nya : jika telah kuasa olehmu atas korbankan ruh maka datanglah olehmu dan jika tidak maka jangan bersibuk olehmu denganlorong daripada perkara yang bangsa sufi.. و الله أعلم ...

No comments:

Post a Comment