مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 4 November 2012

أيها الولد kedua akhir

wahai anak, sesungguhnya aku lagi akan menasihati aku akan engkau dengan lapan perkara, hendaklah terima oleh engkau akan ia (8 perkara) daripadaku supaya tidak adalah ilmumu itu menjadi musuh atas engkau pada hari qiamat nanti. dikerjakan daripadanya 4 perkara dan ditinggalkan daripadanya 4 perkara.
adapun perkara2 yang  ditinggalkan :
maka yang pertama daripadanya bahawa janganlah engkau berbantah/bertengkar akan seseorang pada suatu masalah sekalipun selama kuasa/mampu olehmu kerana bahawasanya padanya itu penyakit2 yang banyak. maka dosanya lebih besar daripada manfaatnya kerana ia (bertengkar pada masalah) tempat timbul tiap2 akhlaq yang dicela seperti ria', dengki, sombong, dendam, bermusuhan, berbangga2, dan lain daripadanya. ya, kalau jatuh/berlaku satu masalah antaramu dan seseorang atau suatu kaum dan adalah kehendakmu padanya ialah bahawa zahir oleh kebenaran dan tidak sia2 ia nescaya haruslah oleh berbahas tetapi bagi ini kehendak dua tanda :
salah satu daripada keduanya bahawa tidak membeza olehmu antara bahawa terbuka kebenaran atas lidahmu atau lidah lain darimu. dan yang keduanya bahawa adalah ini perbahasan pada tempat sunya terlebih suka kepadamu daripada bahawa adalah ia pada tempat yg ramai orang. dan hendaklah dengar olehmu sesungguhnya aku lagi akan menyebut olehku  bagimu disini akan suatu faedah dan hendaklah mengetehui olehmu akan bahawasanya pertanyaan daripada perkara yg memusykilkan itu seperti membentagkan penyakit hati kepada doktor, dan jawapan baginya itu usaha bagi membaikkan penyakitnya. dan hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya orang2 yang jahil itu ialah orang yang sakit hati2 mereka. dan ulama itu ialah doktor2 dan orang alim yang tidak sempurna itu tidak membaik ia akan perubatan. dan orang alaim yang sempurna itu tidak mengubati ia akan tiap2 orang yg sakit bahkan mengubati ia akan orang yang diharap boleh terima akan perubatan dan baiknya, dan apabila adalah penyakit itu lumpuh/kronik atau mandul yang tidak menerima akan sembuhnya maka kepandaian/kemahiran seorang doktor padanya itu bahawa berkata ia ini penyakit tidak terima ia kan sembuh maka tidak bersibuk ia padanya dengan mengubati akan ia kerana bahawasanya padanya (mengubati) itu mensia2kan umur/masa.
kemudian hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya  penyakit jahil itu atas 4 macam :
satunya menerima ia akan sembuh dan yang bakinya tidak terima ia akan sembuh. adapun yang tidak menerima akan sembuh maka salah satunya orang yang adalah soalannya dan melawaninya itu daripada dengkinya dan marah/bencinya, maka tiap2 masa/kali menjawab olehmu akannya dengan sebaik2 jawapan dan seindah/semudahnya dan seterang2nya maka tidak bertambah baginya itu melainkan marah/benci dan permusuhan dan dengki. maka jalan yang baik bahawa tidak bersibuk olehmu dengan menjawab akan dia maka/kerana sungguh dikata orang : tiap2 permusuhan terkadang diharapkan hilangnya, melainkan permusuhan orang yang memusuhi ia akan engkau daripada kerana dengki.
maka sayugia/mesti bahawa berpaling tinggal olehmu daripadanya dan tinggal olehmu akan dia serta sakitnya itu. telah berfirman ALLAH TA'ALA ertinya maka hendaklah berpaling olehmu daripada orang yang berpaling daripada mengingati akan kami dan tidak pernah menghendaki ia melainkan kehidupan dunia.. و الله أعلم .. dan bermula orang yg banyak dengkinya dengan tiap2 barang yang berkata ia dan buat ia itu membakar oleh api neraka pada tanaman amalannya. seperti bersabda oleh nabi saw - bermula dengki itu memakan ia kebaikan2 seperti memakan oleh api akan kayu.. و الله أعلم ..
dan yang keduanya adalah sakitnya itu daripada kebodohannya. dan iaitu juga tidak menerima akan sembuh, seperti barang telah berkata oleh nabi 'isa as : sesungguhnya aku tidak lemah olehku daripada menghidupkan akan orang2 mati dan sungguhnya telah lemah olehku daripada mengubati orang bodoh.. dan demikian itu seorang lelaki yg bersibuk ia dengan menuntuti ilmu pada masa yang sedikit dan belajar ia suatu/sedikit daripada ilmu yg bangsa 'aqal dan yg bangsa syara' maka menanya ia dan membantahi ia daripada sebab kebodohannya atas seorang alim yang besar yang telah memperlalui ia akan umurnya dalam ilmu2
yang bangsa akal dan syara', walhal ini orang bodoh tidak tahu ia dan menyangka ia akan bahawasanya barang yg jadi musykil atasnya itu juga jadi musykil atas orang alim yg besar. maka apabila tidak mengetahui ia akan ini qadar, nescaya adalah soalannya itu daripada sebab kebodohannya maka sayugia bahawa tidak bersibuk olehmu dengan menjawabnya.
dan yang ketiganya bahawa adalah ia orang yang meminta petunjuk. dan tiap2 barang yang tidak difahami daripada pertuturan/percakapan ulama yang besar2 ditanggung atas kecetekan/kelemahan fahamnya dan adalah soalnya itu kerana nak menuntut faedah tetapi adalah ia ialah orang dungu/bodoh  yang tidak boleh mendapat ia akan kebenaran2, maka tidak sayugia oleh bersibuk dengan menjawabnya juga seperti bersabda rasulullah saw - bermula kami para2 nabi disuruh akan kami bahawa bercakap2/berkata2 kami akan manusia atas qadar akal2 mereka.
dan adapun penyakit yang menerima ia akan sembuh maka ia bahawa adalah ia orang yang meminta petunjuk yang beraqal yang faham, tidak adalah ia dikuasai oleh dengki dan marah dan suka syahwat dan kemegahan dan harta. dan adalah ia ialah orang yang menuntut jalah yang lurus dan tidak pernah bertanya ia dan membantahi ia daripada kerana dengki dan nk berlawan dan nak menguji. dan ini penyakit terima ia akan sembuh. maka harus bahawa bersibuk ia dengan menjawab akan soalannya bahkan wajib atasmu oleh menjawab akan dia.

dan yang kedua daripada barang yg ditinggal akan dia iaitu bahawa beringat/berjaga aengkau daripada bahawa adalah engkau itu orang yang memberi pengajaran/nasihat dan orang yang memberi peringatan kerana bahawasanya padanya itu penyakit yang banyak melainkan bahawa beramal olehmu dengan barang yg lagi akan berkata olehmu mula2. kemudian barulah mengambil pengajaran dengan dia oleh manusia. maka hendaklah berfikir olehmu pada barang yang dikatakan bagi nabi 'isa as : wahai anak lelaki maryam hendaklah menasihati engkau akan dirimu maka jika telah menerima nasihat olehmu maka hendaklah menasihati engkau akan manusia dan jika tidak maka hendaklah berasa malu olehmu daripada tuhanmu. dan jika dicuba akan engkau dengan ini pekerjaan maka hendaklah engkau berjaga/terpelihara daripada 2 perkara : yang pertamanya daripada membuat berat/payah dalam pertuturan dengan ibarat dan isyarat ahli sufi dan suatu yang indah dan dalam maksudnya dan bait2 dan syair2 kerana bahawasanya ALLAH SWT benci ia akan orang yg membuat berat/payah dan orang yang membuat payah yang melampaui daripada had itu menunjuk kepada runtuh batinnya dan lalai hatinya. dan bermula makna memberi peringatan itu bahawa ingat oleh hamba akan api akhirat dan lalai dirinya pada mengkhidmati penciptanya dan berfikir ia pada umurnya yang lalu yang telah fana ia akan dia pada barang yang tidak memberi manfaat ia akan dia dan berfikir ia pada barang yang dihadapannya daripada akibat2 daripada ketiadaan selamat imannya pada akhir hayatnya dan bagaimana hal kelakuannya dalam genggaman malaikat maut dan adakah kuasa ia atas menjawab pertanyaan malaikat mungkar dan nakir , dan bersusah payah dengan hal kelakuannya di hari qiamat dan tempat2 berhentinya dan adakah boleh melalui ia daripada JALAN/TITIAN SIRAT hal keadaannya selamat ataupun jatu kedalam neraka hawiah? dan sentiasalah ia menyebut/mengingat ini beberapa perkara dalam hatinya maka mengejut/menggelisahkan ia akan dirinya daripada ketetapannya. maka pendidihan ini cahaya (pemikiran sebegini) dan ratapan ini cubaan/musibah2 dinama akan dia akan peringatan.
dan bermula memberitahu akan makhluk dan memperlihat akan mereka atas ini beberapa perkara dan memberi peringatan akan amereka atas kecuaian mereka dan kelalaian mereka dan memperlihatkan mereka akan keburukan2 diri mereka supaya menyentuh oleh kepanasan ini cahaya akan ahli majlis ini dan menggelisah akan mereka oleh ini musibah supaya dapat menggati balik umur yang berlalu seqadar kuasanya dan tertawan/terlingkung oleh mereka atas hari2 yang berlalu dalam ketiadaan mentaati ALLAH SWT. dan ini perhimpunan atas ini jalan dinamakan dia akan pengajaran. seperti jikalau mtelah melihat olehmu akan bahawasanya banjir sungguh telah melanda/melanggar atas rumah seseorang walhal adalah dia dan ahlinya masih didalamnya , maka berkata olehmu : jaga2 jaga2, hendaklah kamu lari daripada banjir. dan adakah menghendaki oleh hatimu pada ini keadaan bahawa
memberitahu engkau akan empunya rumah akan khabar/pemberitahuan engkau dengan kesulitan ibarat,buah fikiran dan isyarat2 maka tentu tidak menghendaki engkau sama sekali, maka demikianlh juga keadaannya orang yang memberi nasihat/pengajaran maka sayugia bahawa menjauhi ia akan yang payah2 itu..
dan perkara yang kedua itu bahawa tidak adalah hemah,cita2 mu pada menasihati olehmu itu bahawa berteriaklah oleh makhluk dalam majlismu atau menzahir mereka akan kasih/kagum kepada engkau dan mengoyak mereka akan pakaian supaya dikatakan : sebaik2 majlis adalah ini majlis!! kerana bahawasanya semua ini cenderung kepada dunia dan ia terberanak daripada kelalaian. bahkan sayugia bahawa adalah azammu dan hemahmu itu bahawa menyeru.mengajak manusia daripada dunia kepada akhirat dan daripada maksiat kepada taat dan daripada tamak haloba kepada zuhud dan daripada bakhil kepada murah hati dan daripada ragu2 kepada yakin dan daripada lalai kepada sedar dan daripada tipudaya kepada taqwa, membuat kasih olehmu kepada mereka akan akhirat dan membuat benci olehmu kepada mereka akan dunia dan mengajar olehmu akan mereka akan ilmu ibadah dan zuhud, dan tidak memperdaya olehmu akan mereka dengan kemurahan ALLAH SWT dan rahmatnya kerana bahawasanya yang kebiasaan pada perangai2 mereka menyimpang/terpesong daripada jalan syara' dan berusaha pada barang yang tidak redha oleh ALLAH SWT dengannya dan menjatuhkan diri dengan akhlak2 yang buruk. maka hendaklah mencampak olehmu kedalam hati2 mereka akan gerun dan mengejutkan mereka dan menakuti engkau akan mereka daripada barang yang akan mereka hadapi nanti daripada perkara2 yang ditakuti, dan mudah-mudahan sifat dalaman merekan berubah dan pergaulan zahir mereka tertukar dan terzahir mereka akan tamak haloba dan gemar pada taat dan kembali daripada maksiat. dan ini ialah jalan memberi pengajaran dan nasihat, dan tiap2 pengajaran yang tidak adalah ia seperti demikian maka ia ialah bala/bencana/kecelakaan atas orang yang berkata dan yang mendengar bahkan dikata orang : sesungguhnya ia bahaya/celaka dan syaitan yang pergi dengan makhluk daripada ini jalan memberi peringatan dan membinasa ia akan mereka. maka wajib atas mereka bahawa lari oleh mereka daripadanya kerana bahawasanya barang yang merosakkan oleh ini orang yang berkata daripada pekerjaan agama mereka lebih banyak tidak mampu mengerjakan dengan seumpamanya oleh syaitan. dan barangsiapa adalah baginya kuasa dan qudrat wajiblah atasnya bahawa memperturun/memperjatuh ia akan dia (yang berkata itu) daripada mimbar2 pengajaran dan menegah ia akan dia daripada meneruskan nasihatnya kerana sungguhnya ia daripada himpunan menyuruh dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
dan yang ketiga daripada barang yang mesti ditinggalkan bahawa tidak bercampur gaul engkau akan ketua2 dan sultan2 dan tidak melihat/jumpa engkau akan mereka kerana melihat akan mereka dan besekedudukan akan mereka dan mencampuri mereka itu penyakit yang besar. dan jikalau dicuba akan dikau dengannya, hendaklah tinggal olehmu daripadamu akan memuji mereka dan menyebut kebaikan mereka kerana bahawasanya ALLAH SWT benci apabila dipuji akan orang yang fasiq dan oran yang zalim dan barang siapa berdoa supaya panjang/lama kekalnya maka sungguh menyukai ia akan bahawa mendurhakai ia akan ALLAH SWT dalam buminya.
dan yang keempat daripada barang yg mesti ditinggalkan bahawa tidak menerima ia akan sesuatu pun daripada pemberian ketua2 dan hadiah mereka walaupun telah mengetahui engkau akan bahawasanya ia daripada barang halal kerana tamak daripada mereka itu merosakkan agama, kerana bahawasanya terberanak daripadanya oleh kepura-puraan dan merai pihaknya dan muafakat dalam kezalimannya. dan ini semuanya kerosakkan pada agama, dan paling sedikit kemudharatannya bahawasanya engkau apabila telah menerima olehmu akan pemberian mereka itu dan mengambil manfaat olehmu daripada dunia mereka nescaya mengasihi engkau akan mereka, dan barangsiapa kasih ia akan seorang nescaya kasih ia akan panjang umurnya dan kekal kuasanya, dan dalam menyukai akan kekal orang zalim itu berkehendak pada zalim atas hamba2 ALLAH SWT, dan berkehendak akan runtuhnya alam. maka yang mana daripada suatu adalah ia terlebih mudharat daripada ini bagi agama? dan ingatlah olehmu, ingatlah olehmu daripada bahawa menipu akan dikau oleh godaan syaitan2 atau perkataan sesetengah manusia bagimu dengan bahawasanya seafdal2 dan seutama2 itu bahawa mengambil olehmu akan dinar dan dirham
daripada mereka dan membahagi engka akan keduanya antara fakir2 dan orang2 miskin keran sungguhnya mereka membelanjakan pada kefasikan dan kemaksiatan.dan bermula belanjamu itu atas yang dhaif2 daripada manusia itu terlebih baik daripada belanja mereka , kerana sesungguhnya syaitan yang dilaknati sungguh telah memotong ia akan tengkuk2 ramai daripada manusia dengan ini keraguan (was was). dan sungguh telah menyebut oleh kami akan ai dalam kitab ihya 'ulumiddin maka hendaklah menuntut/cari olehmu disana.
dan adapun yang empat yang patut bagimu bahawa mengerja engkau akan dia :
maka yang mula2 bahawa menjadi engkau akan muamalahmu (pergaulanmu) itu serta ALLAH SWT dengan sekira2 jikalau bergaul serta engkau dengannya oleh hambamu nescaya redha engkau dengannya (seperti muamalahmu serta tuhanmu) daripada hambamu dan tidak sempit oleh hatimu atasnya dan tidak marah engkau, dan bermula yang perkara yang tidak redha/suka engkau bagi dirimu daripada kelakuan hambamu yang majazi (pada istilah bahasa shj) maka tidak redha olehmu jua bagi ALLAH SWT walhal dia tuanmu yang sebenar.
dan yang kedua bila2 bekerja engkau dengan manusia hendaklah menjadi engkau akannya seperti redha/suka engkau bagi dirimu daripada mereka kerana bahawasanya tidak sempurna iman seorang hamba hingga suka/kasih ia bagi sekalian manusia akan barang yang ia suka bagi dirinya sendiri.
dan yang ketiga apabila telah membaca olehmu akan ilmu atau menelaah olehmu akan ia, sayugia bahawa adalah ilmumu itu membaiki ia akan hatimu dan membersih ia akan dirimu seperti jikalau tahu olehmu akan bahawasanya umurmu tidak tinggal melainkan seminggu sahaja, maka dengan tidak langsung tidak bersibuk olehmu dalam seminggu itu dengan ilmu fiqh dan akhlak dan usul dan kalam dan seumpamanya kerana bahawasanya engkau mengetahui oleh engkau akan bahawasanya ini beberapa ilmu tidak mengaya ia akan dikau bahkan bersibuk olehmu dengan mengintai2 (muraqabah) akan hati dan mengenal akan sifat2 nafsu dan berpaling daripada sangkut paut2 dunia (urusan2) dan membersih olehmu akan dirimu daripada akhlak2 yg dicela dan bersibuk dengan menyintai ALLAH SWT dan beribadah kepadanya dan bersifat dengan sifat2 yang baik dan tidak lalu atas seorang hamba oleh suatu siang dan malam melainkan mungkin bahawa matinya dalamnya (hari)...
wahai anak, dengarlah olehmu daripadaku akan perkataan yang lain dan fikirlah olehmu padanya hingga dapat olehmu akan kesimpulan : jikalau tetap bahawasanya engkau diberitahu akan dikau akan bahawasanya sultan kemudian daripada seminggu akan datang ia akan dikau hal keadaannya menziarah ia maka aku mengetahui aku akan bahawasanya engkau dalam tempoh itu tidak bersibuk engkau melainkan dengan membaiki akan barang yang mengetahui olehmu bahawasanya pertilikan/penglihatan sultan lagi akan jatuh atasnya daripada pakaian dan badan dan rumah dan hamparan dan selainnya. dan sekarang fikirkanlah olehmu kepada barang yang mengisyarat olehku dengannya kerana sesungguhnya engkau orang yang faham dan perkataan yang tunggal memada ia akan orang yang cerdik. telah bersabda RASULULLAH SAW : sesungguhnya ALLAH tidak menilik/melihat ia kepada rupa2 kamu dan tidak pula kepada amalan2 kamu dan tetapi menilik ia kepada hati2 kamu dan niat2 kamu. dan jika menghendaki olehmu akan ilmu kelakuan2 hati maka tilik olehmu kepada kitab ihya dan lainnya daripada karangan2ku. dan ini ilmu fardhu ain dan lainnya fardhu kifayah melainkan seqadar barang yang menunai dengannya akan yang difardukan oleh ALLAH SWT dan dialah yang memberi taufiq akan dikau hingga menghasilkan engkau akan dia..
dan yang keempat bahawa tidak menghimpun engkau daripada dunia ini lebih banyak daripada keperluan setahun seperti adalah RASULULLAH SAW selalu menyediakan bagi sebahagian daripada isteri2nya dan bersabda ia : ya ALLAH jadikanlah olehmu akan makan ahli muhammad saw secukupnya sahaja. dan tidak pernah menyediakan yang demikian bagi tiap2 isterinya bahkan adalah selalu ia menyediakannya bagi mereka (isteri) yang telah mengetahui ia (nabi saw) dalam hatinya (isteri) itu lemah. dan adapun mereka (isteri) yang adalah dia itu yang mempunyai keyakinan maka tidak adalah nabi saw selalu menyediakan baginya (isteri) lebih banyak daripada makanan sehari atau separuh hari.. و الله أعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment