مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 9 June 2013

الفقه الأكبر للشافعي

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI YANG MAHA MENGASIHANI dan dengan memohon pertolongan oleh kami.

Bermula segala puji itu tertentu bagi ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Dan SELAWAT dan SALAM atas nabinya MUHAMMAD SAW dan KELUARGANYA sekalian. Telah berkat IMAM YANG LEBIH TAHU YANG LEBIH BESAR ABU 'ABDILLAH MUHAMMAD IBNU IDRIS ASY-SYAFI'E المطلبي telah meredha oleh ALLAH daripadanya. Ini suatu kitab yang telah menyebut oleh kami dalamnya akan segala yang zahir daripada masalah2 pada asal2 agama yang tidak dapat tidak (mesti) bagi mukallaf (orang yang diberati syara') daripada berhenti atasnya. dan telah menamai oleh kami akan dia akan fiqh akbar dan membentang oleh kami daripada yang mudah2 daripada tanda2 (dalil2) kerana menghendaki bagi memperdekatkan / mempermudahkan bagi yang baru belajar dan TETAPLAH DENGAN ALLAH ITU TAUFIQ..

FASAL

DAN hendaklah mengetahui oleh kamu-semoga membahagiakan / membantu akan kamu oleh ALLAH- akan bahawa tiap2 mukallaf itu disuruh akan dia dengan mengenali ALLAH SWT. dan makna ma'rifah itu bahawa mengetahui olehnya akan yang maklum (yang diketahui) atas barang dia atasnya dengan sekira-kira tidak tersembunyi atasnya daripada sifat2 maklum oleh sesuatu pun. dan dengan sangka dan taqlid (mengikut) tidak menghasilkan ilmu dan kenal kerana bahawasa makna sangka itu berhimpun dua perkara, satu daripanya lebih nyata daripada yang satu lagi, dan makna taqlid itu terima perkataan, mereka yang tidak tahu apa yang telah berkata ia daripada mana berkata ia. dan yang demikian itu tidak adalah ia itu ilmu/tahu. DAN bermula DALIL atasnya itu firman-NYA swt " MAKA KETAHUILAH OLEHMU AKAN BAHAWASANYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Maka suruh itu dengan ma'rifah tidak dengan zhon dan taqlid.

FASAL

dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawa pengetahuan makhluk itu atas 2 bahagi, yang bangsa dhoruri dan yang bangsa muktasab. dan bermula makna dhoruri itu tiap2 ilmu yang takluk/bergantung adanya hal keadaannya ketunggalan dengan qudrat yang tidak tahu ia dengan dia. dan yang demikian itu seumpama ilmu yang jatuh daripada pancaindera yang 5 dan iaitu pendengaran dan penglihatan dan bau dan rasa dan sentuh. dan bermula perkara yang terbit dalam diri itu sebahagian daripada ilmu yang bangsa dhoruri. dan bermula makna ilmu muktasab itu tiap2 ilmu yang bergantung adanya dengan qudrat orang yang tahu dengan dia seumpama ilmu yang hasil dengan tilik dan lihat.

FASAL

dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawasanya takalluf (keberatan/tanggungan) itu barang yang menuntut jadi hak oleh yang menyalahinya akan seksa maka masuk dalamnya oleh sekalian bagai perbuatan mukallaf2 (orang yang diberati syara'). dan yang demikian itu 5 perkara , wajib dan yang ditegah (haram) dan dan yang disukai (sunat) dan makruh (yang dibenci) dan mubah (yang harus) و الله أعلم

No comments:

Post a Comment