مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 24 June 2013

الفقه الأكبر 3



FASAL

dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawasanya MAHA PENCIPTA SWT tiadalah IA itu jauhar dan tidak pula jisim dan tidak pula sifat. dan bermula dalil atasnya itu bahawasanya jauhar itu asal sesuatu dan iaitu barang yang tersusun daripadanya oleh jisim dan daripadanya dikatakan : baju yang bangsa jauhar apabila adalah ia itu yang bangsa asal. walhal MAHA PENCIPTA SWT  itu mustahillah bahawa tersusun daripadanya oleh sesuatu hingga adalah ia itu jauhar kerana bahawasanya jauhar itu tidak bercerai ia daripada gerak dan diam dan warna dan rasa dan bau dan selain yang demikian itu daripada segala barang2 baru. maka nyatalah bahawa tiadalah ia itu jisim dan mustahil juga bahawa adalah ia itu jisim kerana jisim itu iaitu barang yang terhimpun lagi yang tersusun dan daripadanya perkataan ahli bahasa ini jisim dan yang demikian itu terlebih berjisim daripadanya maka menyifat oleh mereka akannya dengan mubalaghoh apabila banyak susunannya dah himpunannya. bermula yang ini berlaku/berlari ia pada tempat berlari perkataan mereka عالم dan عليم. dan ketahuilah olehmu daripadanya apabila bertambah oleh pergantungannya dengan barang yang diketahui dan yang diketahui bahawa
orang alim pada asalnya hanyasanya adalah ia itu orang yang tahu bagi suatu ilmu. maka seperti demikian itu perkataan pada jisim. dan menyungguhkan yang demikan itu iaitu bahawasanya sifat apabila layaklah oleh mubalaghoh daripadanya dengan sebab bertambah makna nescaya layaklah oleh asal akan itu sifat kerana sebab demikian itu makna seperti yang pangjang dan yang terlebih panjang dan yang tahu dan yang terlebih tahu dan umpama yang demikian itu. dan sungguh telah memberi peringatan akan kami oleh allah swt atas ini makna dengan firmannya "dan telah menambah akan dia nisbah  keluasan dalam ilmu dan jisim" yakni besar tubuh dan maha pencipta swt tiadalah ia itu yang mempunyai juzuk2 dah separuh2 bahkan ia yang satu yang ketunggalan seperti firman allah swt : katakanlah olehmu wahai muhammad saw iaitu allah itu tunggal. walhal bermula yang dihimpunkn dan disusunkan tidak adalah ia itu barang yang satu. dan mustahil bahawa adalah ia itu sifat kerana bahawasanya sifat itu barang yang mustahil atasnya oleh kekal dan sedikit/pendek kekalnya dan kerana ini makna telah berfirman allah swt : menghendaki oleh mereka akan benda dunia kerana sedikit kekalnya. dan bermula maha pencipta swt itu yang wajib kekal  yang selamanya ada yang mustahil tiada. telah berfirman allah swt : tiap2 seorang wajib atasnya fana dan kekallah zat tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan..

No comments:

Post a Comment