مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Sunday, 16 June 2013

الفقه الأكبر 2








FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta alam tidak menyerupai ia akan sesuatu pun daripada makhluk2. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya menyerupai itu mewajibkan menghabisi pada semua sifat dan hukum kerana bahawasa hakikat dua yang serupa menyerupai keduanya berlainan keduanya dengan zat, harus atas tiap2 satu daripada keduanya oleh semua barang yang harus atas tuannya maka berdiri ia pada tempatnya dan menyumbat ia pada tempatnya. Maka jikalau adalah MAHA PENCIPTA SWT  itu yang menyerupai dengan makhluknya nescaya adalah


sentiasa atas-NYA swt daripada sifat2 makhluknya dan bermula yang demikian itu mustahil kerana bahawasanya menghendaki ia akan harus keadaannya itu dijadikan akan dia dan kerana bahawasanya ia saling berlawanan. Maka telah tetaplah bahawasanya MAHA PENCIPTA SWT itu tidak menyerupai ia akan makhluknya dan tidak menyerupai akan dia oleh makhluknya. telah berfirman oleh-nya swt "tiada seumpama-nya sesuatu dan DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT.

FASAL

Maka hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawasanya sempadan dan hujungnya itu tidak harus ia atas ALLAH SWT. dan bermula makna sempadan itu iaitu tepi sesuatu dan hujungnya. Dan bermula dalil atasnya iaitu bahawasanya barangsiapa yang tidak adalah ia disempadankan akan permulaannya itu tidak adalah ia disempadankan akan zatnya dan akhirnya. Dan bermula maknanya itu barangsiapa yang tidak adalah bagi wujudnya itu permulaan nescaya tidak adalah bagi zatnya itu kesudahan/penghujung. dan kerana bahawasanya barang  yang adalah ia itu disekat akan dia lagi yang berkesudahan (ada pengakhiran) itu sah bahawa terbayang padanya oleh bertambah dan berkurang dan bahawa didapat akan seumpamanya. Maka adalah bagi tertentunya itu satu macam daripada kesudahan dan sekatan yang sahlah bahawa adalah ia terlebih besar daripadanya atau terlebih kecil, yang menghendaki ia akan bahawa adalah baginya itu orang yang menentu yang menentu ia akan dia (allah swt) atas had dan kesudahan dan menjadikan ia atas kadar. dan bermula yang demikian itu dalil bagi baru. telah tinggilah ALLAH SWT daripada demikian itu akan sebagai tinggi yang besar..
و الله أعلم

No comments:

Post a Comment