مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 8 October 2012

sambungan أيها الولد

بسم الله الرحمن الرحيم...
قال المصنف رحمه الله تعالى...
hai anak, sungguh telah mengetahui olehmu daripada ini dua hikayat bahawasanya engkau tidak berhajat olehmu kepada memperbanyakan ilmu. dan sekarang lagi akan aku perterangkan bagimu akan barang yang wajib ia atas orang yang berjalan jalan haq (akhirat) :
hendaklah mengetahui olehmu bahawasanya sayugia bagi salik seorang guru yg memberi tunjuk yg mentarbiah supaya mengeluar ia akan akhlaq2 yg buruk daripadanya dengan tarbiahnya dan menjadi ia akan tempat akhlaq buruk itu akan akhlaq yg baik. dan makna tarbiah itu menyerupai ia akan perbuatan peladang yg mencabut ia akan duri dan mengeluar ia akan tumbuhan asing daripada tanamannya supaya jadi baik tumbuhnya dan menyempurna akan dia oleh suburnya dan tidak dapat tidak bagi salik daripada guru yg mengajar adab akan dia dan menunjuk akan dia kepada jalan الله تعالى kerana bahawasanya الله telah mengutus ia bagi hamba2 akan seorang rasul bagi menunjuk kepada jalanNya. maka apabila berpindah SAW maka mengganti ia akan khalifah2 pada tempatnya hingga menunjuk mereka kepada الله تعالى. dan bermula syarat bagi guru yg layak bahawa dia adalah pengganti bagi rasul الله صلوات الله و سلامه عليه itu bahawa adalah ia orang yg berilmu dan tidak tiap2 orang yg berilmu itu layak bagi pengganti. dan sungguhnya aku lagi akan aku terangkan bagimu akan setengah daripada tanda2nya atas jalan himpun hingga tidak mendakwa tiap2 seseorang akan bahawasanya ia orang yg menunjuk (mursyid).. maka berkata oleh kami : mereka yang berpaling daripada cinta dunia dan cinta kemegahan dan adalah ia sungguh telah mengikut ia bagi seorang yg celik mata hati (tahu akan hal2 nya)yang jadi berkait oleh ikutannya kepada penghulu sekalian utusan SAW, dan adalah ia orang yg memperbaikkan riadhah dirinya dengan sedikit makan,berkata2 dan tidur dan banyakkan solat dan bersedeqah dan puasa dan adalah dengan sebab mengikut ia akan itu guru yang tahu hal keadaan menjadi akan yang baik2 daripada akhlaq baginya itu suatu perjalanan seperti sabar,dan solat,dan syukur dan tawakkul dan yakin dan memada dan tetap diri dan lembut dan rendah diri dan berilmu dan benar dan malu dan setia/menyempurna janji dan sopan dan diam dan tenang/berlambatan/tidak gopoh dan seumpamanya. maka dia ketika itu cahaya daripan cahaya2 nabi SAW yang layak bagi mengikut dengan dia. dan tetapi wujud seumpamanya itu jarang yg teramat sedikit daripada belerang merah. dan barang siap yg menolong akn dia oleh suatu pertolongan maka mendapat ia akan seorang guru seperti telah menyebut oleh kami dan menerima akan dia oleh itu guru, sayugia bahawa menghormati ia akan dia pada zahir dan batin.. adapun hormat zahir maka ia bahawa tidak bertengkar/berbalah dan tidak menyibuk ia dengan berhujan sertanya pada tiap2 masalah walaupun mengetahui ia akan salahnya(guru). dan tidak menghampar ia dihadapannya sejadahnya melainkan pada waktu menunaikan solat maka apabila telah selesai ia,mengangkat ia akan sejadah itu,dan tidak membanyakkan solat sunat ketika hadirnya,dan perbuat ia akan barang yg menyuruh akan dia oleh guru itu daripada amal dengan qadar lapangnya dan kuasanya.. dan adapun hormat batin maka ia bahawa tiap2 barang yg dengar ia dan terima ia daripadanya pada zahir tidak mengingkar ia pada batinnya, tidak perbuatan dan tidak perkataan supaya tidak tertanda ia dengan nifaq dan jika tidak kuasa ia tinggallah akan bersahabat/berdamping akan dia hingga muafakat batinnya akan zahirnya dan memelihara ia daripada bersekedudukan akan orang yg buat jahat supaya mengurang ia akan pengaruh syaitan jin dan manusia daripada halaman hatinya maka menyuci ia daripada kotoran syaitan dan atas tiap2 keadaan/kelakuan memilih ia akan kefaqiran daripada kekayaan..
kemudian hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya tasawwuf baginya itu dua perkara :....

Sunday, 7 October 2012

تعليم المتعلم sambungan



iaitu suatu sifat yang nyatalah dan teranglah dengan dia bagi yang mempunyainya oleh perkara2 yang disebutkan dan Bermula ilmu fiqah itu mengetahuikan yang halus2 daripada ilmu. Berkata abu hanifah r.a Bermula ilmu fiqah itu mengetahui seorang akan barang yang hasil baginya daripada kebajikan dan akan barang yang hasil atasnya daripada kejahatannya- dan ini makna terlebih umum daripada makna ilmu fiqh yang boleh mengetahui dengan dia akan kelakuan mukallaf2 (orang yg diberati syara')- dan berkata ia pula tidaklah ilmu itu melainkan kerana beramal dengan dia dan Bermula beramal dengan dia itu meninggal yang bersegera bagi yang bertangguh- dan dikehendaki dengan yang bersegera itu dunia dan berkerja2 dengan segala perkerjaannya dan dikehendaki dengan yang bertangguh itu akhirat yakni syurga dan barang yang padanya daripada pangkat2nya kerana tiada mungkin hendak menghasilkan keduanya sama sekali kerana keduanya berlawanan dan bermula akhirat itu kekal selama2 nya maka lazimlah meninggalkan yang binasa kerana mengambilkan yang kekal maka sayugialah bagi seorang manusia bahawa tiada lupa ia daripada mengenalkan dirinya dengan lemah dan papa dan binasa dan mengenalkan barang yang memberi manfaat akan dia daripada ibadah2 dan taat2 dan mengenal pula barang yang memberi mudharatnya daripada barang yang keji2 dan jahat2 pada dunianya dan akhirat maka mencapai ia akan barang yang memberi manfaatnya- sah menjauhi ia akan berang yang memberi mudharatnya supaya tidaklah aqalnya dan ilmunya jadi hujjah atasnya maka bertambah2 lah siksanya (kita berlindung dengan الله daripada murkanya dan siksanya) dan hanya sungguhnya telah datang pada menyatakan kemegahannya ilmu dan kelebihannya itu oleh beberapa banyak daripada ayat2 dan hadith2 yang sahih lagi masyhur- setengah daripadanya barang yang diriwayatkan daripada أبي الدرداء r.a bahawasanya berkata ia bersabda nabi saw ( barangsiapa yg telah berjalan ia akan satu jalan hal keadaannya menuntut padanya akan ilmu nescaya memperjalan oleh الله dengan dia pada satu jalan daripada segala jalan2 syurga dan bahawasanya malikat sungguh lagi kan menghantar ia akan sayap2nya bagi penuntut ilmu dan bahawasanya orang yang alim itu meminta keampunan baginya oleh mereka yang di dalam langit dan bumi dan ikan2 didalam dasar air dan bahawasanya kelebihan orang yang alim di atas orang yang jahil itu seperti kelebihan bulan pada malam purnama di atas sekalian bintang2 dan bahawasanya ulama itu pewaris bagi segala nabi maka sesungguhnya sekalian nabi itu tidak pernah memperwariskan oleh mereka akan dinar dan dirham dan hanyasanya telah mewaris mereka akan ilmu maka barangsiapa mengambil akan dia maka sungguhnya telah mengambil ia dengan habuan yang sempurna.

                                                  *( fasal pada niat dalam keadaan belajar )*
ini suatu fasal pada menyatakan niat tatkala hendak belajar dan menuntuti ilmu bahawasanya tak dapat tidak bagi yang menuntuti ilmu itu daripada berniatnya pada masa menuntutinya kerana bahawasanya niat itu ialah asal pada sekalian kelakuan2 kerana sabdanya nabi saw ( hanyasanya segalam amalan itu dengan niat

 ini hadith sahih dan diriwayat pula daripada رسول الله saw ( berapa banyak daripada amaln yang tergambar dengan rupa amalan2 dunia dan jadi ia dengan sebab baik niat daripada amalan2 akhirat dan berapa banyak daripada amalan yang tergambar ia dengan rupa amalan2 akhirat kemudian jadi ia daripada amalan2 dunia dengan sebab jahat niat). dan sayugi bahawa berniat oleh yang menuntuti ilmu dengan tuntut ilmu itu akan keredhaan الله تعالى dan akan negeri akhirat dan menghilangkan kejahilan daripada dirinya dan daripada sekalian orang2 yang jahil2 dan akan menghidupkan agama dan mengekalkan islam kerana bahawasanya kekal islam itu dengan ilmu dan tiada sah zuhud dan taqwa itu dengan jahil dan telah bersyair oleh الشيخ الإمام الأجل برهان الدين صاحب الهداية akan suatu syair bagi setengah mereka itu
( bermula fasad/kerosakan yang besar itu orang alim yang tidak beramal)
(dan terlebih besar daripadanya orang jahil yang berbuat amalannya)
(keduanya itu fitnah yang besar pada amalannya)
(bagi mereka yang berpegang pada agamanya dengan keduanya)

maqsudnya - bermula yang jadi fasad(kerosakan) dan karut2 itu ialah orang yang alim yang tidak beramal dengan ilmunya dengan bahawasa ia mengerjakan akan perkerjaan2 yang menyalahi syara' dan keji2nya dan tiada dukacita ia daripada takut jadi bacur2 nya dan adalah kerana orang yang alim semacam ini sangat2 besarnya kerana bahawasanya tatkala melihat akan dia oleh orang yang jahil2 nescaya tertipu daya mereka itu dan mengikut mereka itu kerana pada sangka mereka itu betul padahal ia di dalam sesat dan menyesatkan dan yang terlebih besar karut daripadanya orang yang jahil yang berbuat ibadah yang tiada mengetahui ia akan sahnya dan batalnya seperti kebanyakan tok2 tasawwuf pada zaman kita sekarang ini kerana karut orang pada i'tiqadnya dan amalannya maka kedua2 nya itu ialah jadi fitnah yang besar pada dunia kita ini- dan sayugia pula bahawa berniat ia dengan menuntuti ilmu itu akan kesyukuran atas ni'mat aqal dan segar badan dan bahawa jangan berniat ia supaya berhadap orang2 kepadanya dan supaya boleh dapat harta2 dunia dan mata bendanya pada tangan2 orang itu dan supaya kemuliaan disisi sultan dan lainnya daripada pekerjaan2 yang bukan ia daripada keredhaan الله dan rasulnya. berkata محمد بن الحسن رحمه الله تعالى jikalau adalah sekalian manusia itu hamba2 ku nescaya aku merdeka akan sekalian mereka itu dan bersucilah aku akan diriku daripada bahawa adalah aku ini 'asobah2 mereka itu dan waris mereka itu dan siapa2 yang mendapat akan sedap ilmu dan beramal dengan dia nescaya sedikitlah gemar akan barang yang pada tangan orang2. telah bersyair bagi kami oleh الشيخ الإمام الأجل الأستاذ قوام الدين حماد بن إبراهيم بن إسماعيل الصفار الأنصاري akan suatu syair yang dituliskan bagi أبي حنيفة رحمه الله تعالى :

                             (siapa2 yang belajar ilmu bagi tempat kembalinya
                                                       mencapai ia akan kelebihan daripada sebetul2 atas agamanya)

Wednesday, 18 July 2012

sambungan تعليم المتعلم

dan hanya sungguhnya telah mengarang oleh السيد الإمام الأجل  الشهيد ناصر الدين أبو القاسم  akan sebuah kitab pada membicarakan perangai2- dan sebaik2 lah barang yang ia karang itu- maka wajiblah atas tiap2 orang islam memeliharakan perangai dan kelakuannya dan adapun memeliharakan barang yang jatuh ia pada setengah2 daripada ketika maka iaitu fardhu kifayah apabila berdiri dengan dia oleh setengah2 orang pada satu negeri nescaya bersekutu sekalian mereka itu pada dosanya maka wajiblah atas raja bahawa menyuruh ia akan mereka itu dengan yang demikian itu dan mengerasi ia akan ahli negeri atas yang demikian itu. maka dikatakan bahawasanya mengetahuikan barang yang jatuh ia atas dirinya pada sekalian kelakuan itu ditempati akan dia pada tempat makanan tak dapat tidak bagi tiap2 seorang daripada demikian itu- dan mengetahuikan barang yang jatuh pada setengah2 daripada ketika itu ditempati  akan dia pada tempat ubat yang dihajatkan kepadanya pada setengah2 daripada waktu dan mengetahuikan ilmu bintang2 itu ditempati akan dia pada tempat penyakit maka belajar akan dia itu haram kerana bahawasanyailmu bintang itu memberi mudharat dan tiada memberi manfaat dan bermula lari daripada qadha dan qadar الله تعالى itu tidak dapat maka sayugia bagi tiap2 orang islam bahawa mengerja ia pada sekalian waktunya dengan menyebutkan الله تعالى dan berdoa dan rendah diri dan baca2 القرآن dan sedekah2 yang menolakkan sekalian bala2 dan memohon ia akan الله تعالى maaf dan keselamatan pada dunia dan akhirat supaya memeliharakan dia oleh الله تعالى daripada bala2 dan penyakit2- kerana orang yang direzqikan dia dengan berdoa itu tiada diharamkan dia daripada perkenannya sungguhpun bala itu telah ditaqdir akan dia sertatak dapat tidak mesti kenanya tetapi memudah akan dia oleh الله تعالى atasnya dan merezqi ia akan dia dengan sebenar dengan berkat doa itu-melainkan apabila belajar ia akan ilmu bintang2 itu qadar barang yang boleh mengetahui dengan dia akan qiblat dan waktu2 sembahyang maka harus yang demikian itu kerana keadaannya wasilah/perantaraan kepada mengetahuikan kelakuan yang bangsa agama bukan kerana bahawasanya diterima pada dirinya dan dituju pada dirinya ( kata perhamba maka apabila kita dapat mengetahuikan yang demikian itu dengan yang lain daripadanya maka tiada sayugia kita belajar akan dia kerana kebiasaan sangat orang yang masuk kepada belajarkan ilmu bintang2 itu terlajak kepada bicarakan hikmat2nya maka yang demikian itu membawa kepada yang ditakuti seperti sabda nabi صلى الله عليه و سلم : barangsiapa yang berkeliling di daerah yang ditegah/bahaya nescaya hampir2 bahawa jatuh ia padanya.

أيها الولد sambungannya






wahai anak, apabila telah mengetahui engkau akan ini hadith nescaya tiada hajat kepada ilmu yang banyak dan hendaklah memerhati engkau akan hikayat yang lain, dan demikian itu bahawasanya حاتم الأصم adalah ia daripada sahabat2 الشقيق البلخي, رحمة الله تعالى عليهما maka menanya ia kan dia pada suatu hari yang berkata ia : telah bersahabat olehmu akan daku sejak 30 tahun lalu apa yang telah memperhasilkan olehmu padanya? telah berkata ia : telah memperhasilkan olehku akan 8 faedah daripada ilmu dan iaitu mencukupi ia akan daku daripadanya kerana aku berharap aku akan lepasku dan selamatku padanya. maka berkata oleh شقيق apa ia? berkata حاتم الأصم :
faedah yang pertama ialah bahawasanya aku telah menilik aku kepada makhluk maka melihat aku bagi tiap2 daripadanya orang yang dikasihi dan yang dirindukan yang mengasihi ia akan dia dan merindui ia akan dia dansebahagian daripada yang dikasihi itu bersahabat ia akan dia kepada sakit mati dan sebahagiannya kepada tepi/pinggir kubur kemudia kembali semuanya dan meninggal ia akan dia hal keadaannya tunggal keseorangan dan tidak masuk sertanya didalam kuburnya daripada mereka oleh seorang pun maka terfikir oleh aku dan berkata aku : selebih2/sebaik2 kekasih seseorang ialah barang yang masuk sertanya didalam kuburnya dan menenangka ia akan dia dalamnya maka tida mendapat oleh akau akan dia melainkan segala amalan yang baik maka menjadikan oleh aku akan dia akan kekasih bagiku supaya adalah ia itu pelita bagiku didalam kuburku dan menenangkan ia akan daku padanya dan tidak meninggal ia akan daku hal keadaanku keseorangan.
faedah yang kedua ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan makhluq akan mengikut mereka dengan keinginan2 mereka dan bersegera mereka kepada kehendak2 nafsu mereka maka memerhati aku akan firmannya تعالى : dan adapun barangsiapa yang takut ia akan makam tuhannya dan menegah ia akan nafsunya daripada keinginannya maka sungguhnya syurga iaitu tempat duduknya. dan yakinlah aku akan bahawasanya القرآن itu sebenar lagi yang benar maka bersegeralah aku kepada menyalahi akan nafsuku dan bersungguh2 aku bagi melawaninya dan menegahnya daripada kesukaannya hingga redha ia bagi mentaati الله سبحانه و تعالى dan terpimpin ia
faedah yang ketiga ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan tiap2 seorang daripada manusia hal keadaannya berjalan/berusaha ia pada menghimpunkan barang2 dalam dunia kemudian memegang ia akan dia hal keadaanya menggenggam akan tahannya atasnya maka telah memerhati aku pada firmannya تعالى : barang yang disisi kamu itu lagi akan habis/hilang dan barang yang disisi الله itu kekal. maka memberilah aku akan barang yang dihasilkan bagiku daripada dunia kerana keredhaan الله تعالى maka menghencer/mencerai2/membahagi2 aku akan dia antara orang2 miskin supaya adalah ia itu menjadi simpanan bagiku disisi الله تعالى.
faedah yang keempat ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan sebahagian daripada makhluk hal keadaannya menyangka ia akan mulianya dan besarnya dalam kebanyakan kaum dan keluarga2 maka tertipu ia dengan mereka dan mengagak sebahagian yang lain bahawasanya ia dalam banyak harta/limpahan harta dan banyak anak maka bermegah2 mereka dengannya dan menyangka sebahagian daripada mereka akan kemuliaan dan kebesaran pada merampas harta manusia dan menzalimi mereka dan menumpahkan darah2 mereka dan berpegang lah satu puak akan bahawasanya ia pada membinasakan harta dan memborosnya dan membazirnya. dan telah memerhati aku pada firmannya تعالى : sesungguhnya semulia2 kamu disisi الله ialah yang paling bertaqwa daripada kamu. maka telah memilih akau akan taqwa dan berpeganglah aku akan bahawasanya القرآن itu sebenar lagi benar dan sangkaan mereka dan perkiraan mereka semuanya salah dan terpesong.
faedah yang kelima ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan manusia hal keadaannya mencela oleh sebahagian daripada mereka akan sebahagian yang lain dan mengumpat2 sebahagian daripada mereka akan sebahagian yang lain maka mendapat aku akan demikian itu daripada hasad/dengki pada harta dan kemegahan dan ilmu maka telah memerhati aku pada firmannya تعالى : bermula kami telah membahagikan oleh kami antara kamu akan kehidupan kamu pada kehidupan dunia. maka mengetahui aku/yakin aku akan bahawasanya pembahagian adalah ia daripada الله تعالى pada azali lagi maka tidak hasad/dengki aku akan seseorang dan redha aku dengan pembahagian الله تعالى.
faedah yang keenam ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan manusia bermusuh-musuhan sebahagian daripada mereka akan sebahagian yang lain kerana tujuan dan sebab maka telah memerhati aku akan firmannya تعالى : sungguhnya syaitan itu bagi kamu ialah musuh maka jadikanlah oleh kamu akan dia akan musuh. maka telah mengetahui aku/ yakin aku akan bahawasanya tidak harus bermusuhan akan seseorang yang lain daripada syaitan.
faedah yang ketujuh ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan seseorang yang berusaha ia dengan bersungguh2 dan yang bersungguh ia dengan terlampau kerana menuntut makanan yang mengenyangkan dan kehidupan dengan sekira2 jatuh ia dengan dia dalam syubhah dan hara dan menghina ia akan dirinya dan mengurang ia akan qadarnya, maka memerhati aku pada firmannya تعالى : dan tidak ada daripada binatang yang melata pada bumi melainkan atas الله rezqinya. maka yakinlah aku bahawasanya rezqiku atas الله تعالى dan sungguh telah menjamin ia akan dia, maka bersibuk2lah aku dengan beribadahkan dia dan memotong aku akan tamakku daripada barang yang lain daripadanya.
faedah yang kelapan ialah bahawasanya aku telah melihat aku akan tiap2 seorang yang bergantung ia atas sesuatu yang dijadikan ; sebahagian daripada mereka bergantung kepada dinar dan dirham dan sebahagian daripada mereka bergantung kepada harta dan kerajaan dan sebahagian daripada mereka bergantung kepada kemahiran dan pekerjaan dan sebahagian mereka yang lain bergantung mereka kepada makhluk yang seumpamanya, maka memerhati aku pada firmannya تعالى : dan barangsiapa berserahlah ia atas الله maka bermula dia lah yang mencukupinya, sungguhnya الله itu yang sampai suruhannya, sungguh telah menjadikan الله bagi tiap2 suatu akan qadar. maka berserah aku atas الله maka dia lah yang mencukupi bagiku dan sebaik2 wakil.
maka berkata شقيق : semoga memberi taufiq akan kamu oleh الله تعالى , sungguhnya aku sungguh telah menilik aku akan التوراة dan الإنجيل dan الزبور dan
الفرقان maka mendapat oleh aku akan kitab2 yang 4 ini berpusing2 ia atas ini 8 faedah. maka barangsiapa yang beramal dengannya adalah dia itu orang yang beramal dengan ini kitab yang 4.

Tuesday, 17 July 2012

sambungan أيها الولد



















hai anak, bermula { dan daripada malam maka tahajjudlah olehmu padanya hal keadaannya menjadi sunat bagimu} itu suruhan dan {dan di waktu sahur mereka memohon keampunan} itu syukur dan {dan orang2 yang memohon keampunan di waktu sahur} itu zikir. telah bersabda عليه السلام : tiga suara yang menyukai akan dia oleh الله تعالى : suara ayam jantan dan suara orang yang membaca القرآن dan suara orang yang memohon keampunan di waktu sahur. telah berkata سفيان الثوري رحمة الله عليه : sungguh الله تبارك و تعالى menjadi ia akan angin yang bertiup ia di waktu sahur membawa zikir2 dan istighfar kepada الملك الجبار. dan berkata ia lagi : apabila adalah pada awal malam menyeru penyeru daripada bawah العرش - jaga2 hendaklah bangun عابدون. maka bangun mereka itu dan bersolat mereka itu akan barang mana menghendaki الله. kemudian menyeru penyeru pada tengah malam : jaga2 hendaklah bangun قانتون maka bangun mereka itu dan bersolat mereka itu kepada sahur. maka apabila adalah waktu sahur menyeru penyeru : 
jaga2 hendaklah bangun oleh orang yang memohan keampunan, maka bangunlah mereka dan memohon keampunan mereka. maka apabila terbit fajar menyerulah oleh seorang penyeru : jaga2 hendaklah bangun oleh orang yang lalai, maka bangun mereka itu daripada hamparan mereka seperti orang2 mati hal keadaan mereka berhamburan daripada kubur2 mereka.
hai anak, diriwayatkan dalam wasiat2 لقمان الحكيم bagi anaknya akan bahawasanya ia telah berkata : hai anakku, jangan adalah ayam jantan itu terlebih cerdik daripadamu! menyeru ia/ berkokok ia di waktu sahur walhal engkau itu orang yang tidur. dan demi sungguhnya telah baiklah orang yang berkata suatu syair : 
demi sungguhnya telah memanggil pada sebahagian malam oleh seekor burung merpati
di atas dahan dengan lemah walhal aku sungguh orang yang tidur
telah berdusta aku, demi بيت الله ,jikalau adalah aku itu orang yang asyik 
nescaya tidak mendahului akan aku dengan tangisan oleh burung2 merpati
dan mengagak aku akan bahawa aku itu orang yang kasih yang ingin sangat 
bagi tuhanku, maka tidak menangis aku walhal menangis oleh binatang2
hai anak, bermula kesimpulan/pati ilmu itu bahawa mengetahui olehmu akan taat dan ibadah apa ia
hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya taat dan ibadah itu mengikut akan yang mendatangkan hukum2 syara' pada segala suruhan dan segala larangan dengan perkataan dan perbuatan, menghendaki ia : tiap2 barang apa yang nak berkata olehmu dan nak perbuat olehmu dan meninggalkan olehmu adalah ia dengan mengikut syara', seperti jikalau berpuasa engkau pada hari raya dan hari2 tasyriq nescaya adalah engkau itu orang yang berdosa atau bersolat engkau pada baju yang dirampas dan jika adalah ia itu rupa ibadah nescaya berdosa engkau.
hai anak, sayugialah bagimu bahawa adalah perkataan mu dan perbuatanmu itu muafaqat bagi syara' kerana ilmu dan amal dengan tidak mengikutkan syara' itu sesat, dan sayugia bagimu bahawa tidak tertipu engkau dengan telatah dan keterlanjuran perkataan ahli تصوف kerana bahawasanya menjalani akan ini jalan adalah ia dengan mujahadah/bersungguh dan memotongkan keinginan nafsu  dan membunuh kesukaannya dengan pedang riadhah/latihan, tidak dengan keterlanjuran perkataan dan cerita karut.
dan hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya lidah yang dilepaskan dan hati yang dicop dan dipenuhi dengan kelalaian dan keinginan itu tanda bagi kecelakaan, maka apabila tidak pernah membunuh engkau akan nafsu dengan benar mujahadah maka nescaya lagi tidak akan hidup hatimu denga cahaya2  ma'rifah.
dan hendaklah mengetahui olehmu akan bahawasanya sebahagian daripada masalah2mu yang telah menanya engkau akan daku daripadanya itu tidak berdiri oleh jawabnya dengan penulisan dan perkataan, jika sampai engkau pada ini kelakuan/hal nescaya mengenali engkau akan apa ia. dan jika tidak maka bermula belajarnya itu sebahagian daripada yang mustahil2 kerana bahawasanya ia itu yang bangsa rasa dan tiap2  barang yang adalah ia jenis rasa, itu tidak berdiri olehsifatnya dengan perkataan seperti kemanisan daaripada manis dan kepahitan daripada pahit hal keadaannya tidak diketahui akan dia melainkan dengan rasa. seperti barang yang diriwayatkan bahawa seorang yang mati pucuk menulis ia kepada sahabat baginya bahawa memberi ketahui olehmu akan aku akan kesedapan bersetubuh bagaimana adalah ia. maka menulis sahabatnya baginya pada jawabnya : hai fulan sungguhnya aku menyangka aku akan dikau mati pucuk sahaja, dan sekarang telah mengetahui aku akan bahawasanya engkau itu mati pucuk dan bodoh kerana ini kesedapan adalah jenis rasa,jika sampai engkau padanya nescaya tahu engkau, dan jika tidak nescaya tidak berdirilah oleh sifatnya dengan perkataan dan penulisan.
hai anak, sebahagian daripada masalah2mu itu adalah daripada ini pihak dan adapun sebahagian lagi yang berdiri baginya oleh jawab maka telah kami sebutkan  akan dia dalam إحياء العلوم dan lainnya dan lagi akan kami sebut disin akan yang ringan2/kecil2 daripadanya dan mengisyaratkan oleh kami kepadanya maka berkata kami :
sungguh telah wajiblah atas orang yang barjalan(jalan akhirat/تصوف oleh 4 pekerjaan :
  1. perkerjaan yang pertama ialah pegangan yang betul yang tidak ada padanya bida'ah.
  2. dan yang kedua ialah taubat nasuha yang tidakakan kembali ia lagi kemudian daripadanya kepada kegelinciran/kegelecohan.
  3. dan yang ketiga ialah menuntut redha daripada lawan2nya hingga tidak tinggal bagi seseorang atasmu oleh hak.
  4. dan yang keempat ialah memperhasilkan akan ilmu syari'ah seqadar barang yang jadi tertunai dengan dia oleh segala suruhan الله تعالى kemudian daripada ilmu  akhirat yang adalah dengan dia itu kelepasan dan kejayaan.
dihikayatkan bahawasanya الشبلي semoga merahmati akan dia oleh الله , telah mengkhidmati akan 400 ustaz dan berkata ia : telah membaca aku akan 4000 hadith kemudian memilih aku daripadanya 1 hadith dan beramal aku dengannya dan membiarkan aku akan barang yang selainnya kerana bahawasanya aku telah perhati aku akan dia maka mendapat aku akan suci aku/ tulus aku/sampai aku danlepas aku padanya, dan adalah ilmu orang2 dahulu dan ilmu orang2 kemudian semuanya itu termasuk didalamnya maka terpada/memada aku dengan dia, dan demikian itu bahawasanya رسول الله صلى الله عليه و سلم telah bersabda ia bagi sebahagian daripada sahabat2nya : hendaklah beramal olehmu bagi duniamu dengan qadar tempat berdirimu padanya dan hendaklah beramal olehmu bagi akhiratmu  dengan qadar kekalmu padanya dan hendaklah beramal olehmu bagi tuhanmu dengan qadar berhajat engkau kepadanya dan hendaklah beramal olehmu bagi neraka dengan qadar sabar engkau atasnya.

Sunday, 15 July 2012

المنكر و النكير حق : munkar dan nakir itu benar/haq















malaikat munkar dan nakir itu benar/haq :

3- dan daripada ابي هريرة رضي الله عنه telah berkata ia : telah bersabda رسول الله صلى الله عليه وسلم : apabila dikuburkan mayat atau bersabda ia : bermula salah seorang daripada kamu mendatang akan dia oleh 2 malaikat yang hitam keduanya lagi yang biru keduanya yang dikatakan bagi salah satu daripada keduanya المنكر dan bagi yang satu lagi النكير maka berkata keduanya :apa yang selalu kamu kata pada ini lelaki? maka katanya : dia hamba الله dan rasulnya, bersaksi aku akan bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan الله dan bahawasanya محمد itu hambanya
dan rasulnya , maka berkata oleh keduanya : sungguh selalu kami tahu bahawa kamu akan berkata ini kemudia diluaskan baginya pada kuburnya akan 70 hasta pada 70 kemudia dipercahayakan baginya dalamnya. kemudia dikatakan baginya : tidurlah kamu maka berkata ia : lagi nk kembali aku kepada ahliku maka dapat mengkhabar aku akan mereka maka berkata keduanya : tidurlah kamu seperti tidur pengantin yang tidak mengejutkan dia melainkan oleh yang paling dikasih daripada ahlinya kepadanya. hingga membangkit akan dia oleh الله daripada tempat menyenggengnya yang itu, dan jika adalah ia orang yang munafiq nescaya berkata ia : telah mendengar aku akan manusia berkata mereka itu satu perkataan maka berkata aku akan seumpamanya hal keadaan aku tidak tahu maka berkata keduanya : sungguh selalu kami tahu bahawa engkau akan berkata yang demikian, maka dikatakan bagi bumi : cela olehmu atasnya maka mencela ia atasnya maka berselisihlah dalamnya oleh segala rusuknya maka sentiasalah ia dalamnya diseksa akan dia hingga membangkit akan dia oleh الله  daripada tempat menyenggengnya itu.

سؤال الملكين : pertanyaan dua malaikat











pertanyaan dua malaikat
2- dan daripada أنس بن مالك رضي الله عنه telah berkata ia : telah bersabda نبي الله صلى الله عليه و سلم : sungguhnya hamba itu apabila diletakkan dia didalam kuburnya dan berpaling daripadanya oleh sahabat2nya, sungguhnya sungguh dengar ia akan ketukan kasut2 mereka, berkata ia : mendatangi akan dia oleh dua malaikat dan memperduduk keduanya akan dia
maka berkatalah keduanya baginya : apa yang selalu berkata engkau pada ini lelaki? berkata ia : maka adapun orang yang beriman maka berkata ia : bersaksi aku bahawasanya ia hamba الله dan rasulnya, berkata ia : maka dikatakan baginya : tilik olehmu kepada tempat dudukmu daripada neraka sungguh telah mengekalkan bagimu oleh الله dengan dia akan tempat duduk daripada syurga, berkata نبي الله صلى الله عليه وسلم : maka melihat ia akan keduanya sekaliannya, berkata قتادة : disebutkan bagi kami bahawasanya diluaskan baginya dalam kuburnya akan 70 hasta dan dipenuhi atasnya akan yang hijau2 hingga hari yang dibangkitkan mereka. kemudia kembali kepada حديث أنس  berkata ia : dan adapun orang munafik dan kafir maka dikatakan baginya : apa yang selalu berkata kamu pada in lelaki? maka berkata ia : tidak tahu aku,selalu aku berkata barang yang berkata akan dia oleh manusia maka dikatakan : tidak pernah tahu aku dan tidak pernah baca aku, dan dipukul akan dia dengan tukul2 daripada besi sepukul-pukulnya maka menjerit ia sejerit-jeritnya yang mendengar akan ia mereka yang mengiringinya melainkan manusia dan jin.