Maka bermula makna wajib dan fardhu itu satu dan iaitu barang yang menuntut jadi hak (kena) seksa atas meninggalkannya dan pahala atas membuatnya. Dan makna mahzhur (yang ditegah) itu barang yang menuntut jadi hak akan seksa atas membuatnya dan diberi pahala atas mennggalkannya. Dan makna masnun (sunat) dan buat ketaatan dan nafilah (sunat) dan mustahab (yang disukai) itu pada hakikatnya satu dan iaitu bahawasanya barang yang diberi pahala atas membuatnya dan tidak diseksa atas meninggalkannya. Dan makna makruh (yang dibenci) itu barang yang diberi pahala atas meninggalkannya dan tidak diseksa atas membuatnya. Dan makna mubah (yang harus) itu barang yang jadi sama oleh 2 pihak membuatnya dan meninggalkannya daripada mukallaf. Maka lazimlah/wajiblah oleh mukallaf bahawa beri'tiqad ia pada tiap2 satu daripada ini (5) bahagi atas wajah yang telah diberati akan dia pada wajib akan wajibnya dan pada yang ditegah akan haramnya atas kira-kira barang yang menghendaki akan dia oleh syariah. Dan demikian ini hingga akhir bahagian yang 5 ini. Maka jika telah beri'tiqad ia ata menyalahi yang demikian itu nescaya menuntut jadi miliklah ia akan seksa.
FASAL
dan ketahuilah olehmu akan bahawasanya MENGENAL ALLAH TAALA itu hanyasanya wajib atas hambanya apabila telah hasil oleh 3 syarat, satu daripadanya AQAL. Dan bermula makna AQAL iaitu ilmu dan qudrat (kuasa) yang jadi sah sertanya oleh hadap percakapan dan dihukum akan dia dengan keadaannya orang yang beraqal apabila didapat dengannya akan ilmu (tahu) sekadar barang yang boleh memperbeza ia antara yang mungkin dan yang mustahil. Dan boleh daripadanya menuntu persaksian dengan yang hadir/saksi atas yang ghaib (tiada depan mata). dan yang kedua SAMPAI UMUR kadangkala adalah ia dengan tahun apabila telah sampai ia 15 tahun dan dengan mimpi apabila telah bermimpi oleh budak lelaki atau budak perempuan sebelum demikian itu (sampai ummur) atau datang haid pada masa yang jadi sah bahawa bermimpi oleh budak perempuan. Dan yang ketiga DENGAR dan iaitu bahawa datang suruhan daripada ALLAH swt dan memberati IA akan hamba dengan mengenali-NYA. Maka apabila ketiada satu syarat daripada ini 3 syarat nescaya tidak wajiblah atas kami sesuatu pun. Dan bermula dalil atasnya itu firman ALLAH SWT terjemahannya " dan tidaklah kami yang mengenakan azab hinggalah membangkit oleh kami akan seorang rasul (pesuruh)". Dan hadith yang masyhur atas NABI SAW "diangkatkan qalam daripada 3 orang, daripada BUDAK hingga sampai umur ia, dan daripada ORANG GILA hingga sedar/khabar ia dan daripada ORANG YANG TIDUR hingga terjaga ia.
FASAL
Dan ketahuilah oleh kamu bahawa yang mula-mula daripada segala perkara yang wajib atas mukallaf itu
menilik dan mengambil dali yang membawa kepada mengenal ALLAH SWT. Dan makna tilik iaitu fikir dengan hati dan merenung dengan mendalam pada hal/kelakuan barang yang ditilik padanya kerana menuntut bagi mengenal-NYA dan dengan dia membuat persampaian kepada mengenal barang yang ghaib daripadanya oleh pancaindera dan dharurah dan iaitu wajib pada asal2 agama kerana firman-NYA 'AZZA WA JALLA "hendaklah menilik oleh kamu kepada buahnya apabila berbuah ia dan masak mekar ia" dan firman-NYA lagi " hendaklah mengambil iktibar oleh kamu wahai orang2 yang mempunyai penglihatan" dan firman-NYA lagi "katakanlah olehmu tiliklah oleh kamu akan apa yang ada dilangit dan dibumi". Dan hanyasanya telah berkata kami akan bahawasanya yang mula-mula daripada perkara2 yang wajib itu TILIK kerana bahawasanya paling banyak daripada ibadah digantungkan dengan niat. dan bermula niat itu ialah qasad (tujuan/menghendaki) dengan ibadah kepada yang disembah yang dikhususkan. Dan bermula qasad atas ini wajah tidak mungkin melainkan selepas mengenali yang disembah dan tidak sampai ia kepada mengenali-NYA melainkan dengan tilik dan mencari dalil. Maka kerana ini telah berkata oleh kami bahawa yang demikian itu yang mula-mula daripada segala yang wajib.
FASAL
Dan ketahuilah oleh kamu bahawasanya alam itu satu nama bagi sekalian barang yang lain dari ALLAH daripda 'arasy-NYA dan kursi-NYA dan langit2-NYA dan bumi-NYA dan haiwan-NYA dan benda yang bertokol-NYA hal keadaannya berkata2 ataupun dia. Jaga-jaga sesungguhnya ia (alam) itu yang baru yang ada selepas bahawa tidak pernah ada ia. Dan bermula dalil atas ini bahawasanya sungguh telah tetap bahawa alam ini berubah2 daripada suatu sifat kepada sifat yang lain dan daripada suatu hal kelakuan kepada suatu hal yang lain dan tidak tercerai daripada warna2 yang berbeza dan kejadian yang berlainan dan barang baru yang silih berganti. Dan bermula barang yang tidak pernah bercerai daripada barang baru nescaya tidak mendahului ia akan barang baru. Dan apabila tidak mendahulu ia akan barang baru maka dia barang baru jua sepertinya kerana bahawasanya tidak terima aqal ada ganjaran besar melainkan berhimpun atau bercerai atau berdekatan atau berjauhan. Dan bermula berhimpun dan bercerai itu barang baru. Dan pada makna ini dalil telah datang firman-NYA pada kisah NABI IBRAHIM AS "maka tatkala lenyap atasnya oleh malam melihat ia akan bintang, berkata ia -ini tuhanku ketika menilik ia kepada bintang2 dan matahari dan bulan maka mendapati ia akan bintang dan matahari dan bulan berubah pada sifatnya maka memperkularkan ia akan dia daripada sifat ketuhanan bdengan sebab bersekutu (berkongsi) dia pada kata2/lihat dan hilang dan berpindah daripada suatu hal kepada hal yang lain kemudian memberi nama ia akan istidalah akan hujjah atasnya dan menyandar ia akan dia kepada dirinya maka berfirman 'AZZA daripada orang yang berkata " dan itu hujjah kami yang telah memberi kami akan dia akan IBRAHIM atas kaumnya
mengangkat oleh kami akan darjat/pangkat mereka yang menghendaki oleh kami" kemudian menyata ia akan bahawasanya orang yang memberi petunjuk akan dia (ibrahim) kepada hujjahnya yang mengangkat darjatnya maka berfirman oleh-NYA "mengangkat kami akan darjat2 mereka yang menghendaki oleh kami" kemudian berfirman ALLAH 'AZZA WA JALLA bagi rasulnya "bahawa hendaklah mengikut olehmu akan agama IBRAHIM hal keadaannya yang cenderung daripada keburukan kepada kebaikan" . Dan yang demikian itu memperwajibkan atas kami akan bahawa mencari dalil oleh kami sepertimana mencari dalil oleh nabi ibrahim as.
FASAL
Dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan yang dijadikan tidak dapat tidak baginya daripada yang menjadi yang mencipta. Dan bermula dalil atasnya iaitu bahawasanya perbuatan tidak dapat tidak baginya daripada yang membuat sepertimana bahawasanya penulisan tidak dapat tidak daripada yang menulis dan binaan tidak dapat tidak daripada yang membina. Dan mustahillah oleh adanya tulisan melainkan daripada yang menulis. dan yang demikian itu diketahui pada orang yang menyaksikan dengan jalan dhorurah (automatik,logikal). Dan yang demikian itu hukum bagi barang yang menyerupai ia akannya daripada sekalian daripada pertukangan/pekerjaan. Dan seperti demikian itu yang menjadi pada makna yang menghendaki-nya orang yang menjadi lagi yang membuat lagi yang mencipta. telah berfirman ALLAH SWT hal keadaannya memberi peringatan "atau telah dicipta akan mereka daripada ketiadaan sesuatu atau merekalah orang2 yang mencipta". Dan bermula maknanya ataupun dijadikan mereka daripada ketiadaan pencipta yang menciptakan mereka atau menjadikan mereka akan diri mereka sendiri. Maka telah memperterangkan ia akan bahawasanya makhluk tidak dapat tidak baginya daripada yang mencipta.
FASAL
Dan ketahuilah oleh kamu bahawasanya yang menjadikan alam ini iaitu ALLAH BESARLAH KEBESARANNYA MERATAILAH KURNIAAN-NYA. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya telah tetaplah dengan awal2 aqal,fikiran sesungguhnya manusia pada suatu kelakuan sempurna kejadiaanya dan sempurna akalnya dan qudratnya itu tidak kuasa ia bahawa mencipta ia bagi dirinya sendiri akan pendengaran atau penglihatan atau mengembalikan ia akan anggota yang gugur/tercabut daripadanya, tidak ketika keseorangan dan tidak dengan bantuan orang yagn seumpamanya dan bandingannya atau rakannya maka kerana teruzur atasnya mencipta dirinya pada hal keadaannya air yang hina,air mani yang lemah terlebih utama. Dan telah berfirman ALLAH SWT "maka adakah telah melihat oleh kamu akan barang yang berangan-angan oleh kamu adakah kamu lagi akan menjadikan dia ataupun kami ialah orang yang menjadikan". Maka memberi peringatan oleh ALLAH SWT dengan demikian itu atas bahawasanya anak tidak menjadikan dia oleh bapanya kerana bahawasanya ia berangan2 ia akan dia dan tidak adalah ia dan benci ia maka ada ia, Maka menerang ia akan bahawasanya memberi rupa akan janin dalam rahim daripada mani itu barang yang tidak adalah ia atas kehendak kami tidak juga dengan perbuatan kami. Dan adalah penciptanya dan yang memberi rupanya iaitu ALLAH SWT.
FASAL
Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta alam ini
sedia ada ia lagi azali lagi. Dan bermula maknanya tiada awal bagi adanya. Dan bermula dalil atasnya itu bahawasanya kalau adalah pencipta itu yang dijadikan nescaya berhajat ia kepada yang menjadikan yang lain yang menjadikannya dan mengadakannya kemudian yang menjadikan yang lain itu, kalau adalah ia dijadikan akan dia nescaya menghendaki ia akan yang dijadikan yang lain dan jadi saling bergantung tiap2 pencipta kalau adalah yang dijadikan dengan pencipta yang sebelumnya maka membawa yang demikian itu kepada barang yang tiada kesudahan ia dan mewajibkan ia akan kemustahilan adanya pencipta dan yang diciptakan. Dan telah berfirman ALLAH 'AZZA WA JALLA "dialah yang awal dan yang akhir". maka memberitahu oleh-NYA 'AZZA WA JALLA daripada adanya pada barang sedia ada ia dan kekal ia.
FASAL
Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta bagi alam in satu yang tiada sekutu baginya lagi tunggal yang tiada yang kedua baginya. Dan bermula makna keesaan pada sifat2 ALLAH SWT bahawa jadi mustahil atasnya oleh berjuzuk dan bersetengah/bersuku atas jalan waham (sangka) dan takdir (kira2). Dan bahawasanya ia ketunggalan dengan sifat2nya dan zatnya tidak menyerupai ia bagi makhluk. Dan bahawasanya ketunggalan ia deng ternisbah segala hawadith kepadanya daripada kira2 menjadi ia akannya dan membuat ia akan dia dengan tiada contoh. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya sungguh telah sabit dan tetap bahawa perbuatan dan pertukangan menghendaki ia akan orang yang membuat dan orang yang mencipta yang tidak dapat tiada,xsyak lagi. Dan terkayalah oleh adanya perbuatan bagi penukang yang satu.maka tiba2 yang membuat yang satu tak dap tidak daripadanya. dan barang yang bertambah atasnya maka jadi berlawanan padanya oleh segala seteru dan gugur ia kerana tiada yang memberati bagi setengah daripada itu seteru atas setengah yang lain. Dan telah berfirman ALLAH SWT "jikalau adalah pada keduanya tuhan melainkan ALLAH nescaya jadi rosak keduanya". maka menyatakan oleh ALLAH SWT akan bahawasanya tuhan jikalau adalah ia terlebih banyak daripada tuhan yang satu nescaya tiadalah langit dan bumi kerana banyak tuhan memperwajibkan sah berlakunya perselisihan dan penegahan daripada yang dikehendaki. Dan telah berfirman JALLA ZIKRUHU "hanyasanya tuhan kamu itu tuhan yang satu".
FASAL
Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta alam tidak menyerupai ia akan sesuatu pun daripada makhluk2. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya menyerupai itu mewajibkan menghabisi [ada semua sifat dan hukum kerana bahawasa hakikat dua yang serupa menyerupai keduanya berlainan keduanya dengan zat, harus atas tiap2 satu daripada keduanya oleh semua barang yang harus atas tuannya maka berdiri ia pada tempatnya dan menyumbat ia pada tempatnya. Maka jikalau adalah MAHA PENCIPTA SWT itu yang menyerupai dengan makhluknya nescaya adalah