مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Monday, 24 June 2013

الفقه الأكبر 3



FASAL

dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawasanya MAHA PENCIPTA SWT tiadalah IA itu jauhar dan tidak pula jisim dan tidak pula sifat. dan bermula dalil atasnya itu bahawasanya jauhar itu asal sesuatu dan iaitu barang yang tersusun daripadanya oleh jisim dan daripadanya dikatakan : baju yang bangsa jauhar apabila adalah ia itu yang bangsa asal. walhal MAHA PENCIPTA SWT  itu mustahillah bahawa tersusun daripadanya oleh sesuatu hingga adalah ia itu jauhar kerana bahawasanya jauhar itu tidak bercerai ia daripada gerak dan diam dan warna dan rasa dan bau dan selain yang demikian itu daripada segala barang2 baru. maka nyatalah bahawa tiadalah ia itu jisim dan mustahil juga bahawa adalah ia itu jisim kerana jisim itu iaitu barang yang terhimpun lagi yang tersusun dan daripadanya perkataan ahli bahasa ini jisim dan yang demikian itu terlebih berjisim daripadanya maka menyifat oleh mereka akannya dengan mubalaghoh apabila banyak susunannya dah himpunannya. bermula yang ini berlaku/berlari ia pada tempat berlari perkataan mereka عالم dan عليم. dan ketahuilah olehmu daripadanya apabila bertambah oleh pergantungannya dengan barang yang diketahui dan yang diketahui bahawa
orang alim pada asalnya hanyasanya adalah ia itu orang yang tahu bagi suatu ilmu. maka seperti demikian itu perkataan pada jisim. dan menyungguhkan yang demikan itu iaitu bahawasanya sifat apabila layaklah oleh mubalaghoh daripadanya dengan sebab bertambah makna nescaya layaklah oleh asal akan itu sifat kerana sebab demikian itu makna seperti yang pangjang dan yang terlebih panjang dan yang tahu dan yang terlebih tahu dan umpama yang demikian itu. dan sungguh telah memberi peringatan akan kami oleh allah swt atas ini makna dengan firmannya "dan telah menambah akan dia nisbah  keluasan dalam ilmu dan jisim" yakni besar tubuh dan maha pencipta swt tiadalah ia itu yang mempunyai juzuk2 dah separuh2 bahkan ia yang satu yang ketunggalan seperti firman allah swt : katakanlah olehmu wahai muhammad saw iaitu allah itu tunggal. walhal bermula yang dihimpunkn dan disusunkan tidak adalah ia itu barang yang satu. dan mustahil bahawa adalah ia itu sifat kerana bahawasanya sifat itu barang yang mustahil atasnya oleh kekal dan sedikit/pendek kekalnya dan kerana ini makna telah berfirman allah swt : menghendaki oleh mereka akan benda dunia kerana sedikit kekalnya. dan bermula maha pencipta swt itu yang wajib kekal  yang selamanya ada yang mustahil tiada. telah berfirman allah swt : tiap2 seorang wajib atasnya fana dan kekallah zat tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan..

Monday, 17 June 2013

ضغطة القبر (himpitan kubur) dan صور من عذاب البرزخ (gambaran2 daripada seksa barzakh)




















Himpitan kubur dan himpunnya :

dan diriwayatkan daripada 'aisyah r.ha telah berkata ia : telah bersabda oleh رسول الله ص : sungguhnya sabitlah bagi kubur itu himpitan jikalau adalah seseorang itu yang lepas darinya nescaya lepaslah oleh saad bin muaz.

Gambaran2 daripada seksa barzakh:

dan diriwayatkan daripada samirah bin jundab ra telah berkata ia : adalah rasulullah saw daripada barang yang memperbanyakkan ia akan bahawa berkata ia bagi sahabat-sahabatnya : adakah telah melihat seorang daripada kamu daripada mimpi? maka mencerita atasnya oleh orang yang menghendaki oleh ALLAH bahawa bercerita ia dan sesungguhnya telah berkata ia bagi kami pada suatu pagi : sesungguhnya telah datang akan daku pada itu malam oleh 2 orang pendatang dan sesungguhnya keduanya telah membangkit keduanya akan daku  dan sungguhnya keduanya itu berkata keduanya bagiku : jalanlah olehmu dan sungguhnya aku telah berjalan olehku serta keduanya dan sungguhnya kami telah datang oleh kami atas seorang lelaki yang berbaring dan tiba-tiba seorang lelaki lain berdiri atasnya  dengan batu besar dan tiba-tiba tunduk/jatuh ia dengan batu ke kepalanya maka membelah ia akan kepalanya dan bergoleklah oleh batu itu ke sini maka mengikut ia akan batu maka mengambilnya maka tidak kembali ia kepadanya hinggalah jadi sihat/elok kepalanya seperti ada ia, kemudian kembali ia atasnya maka membuat ia dengan dia akan seumpama barang yang telah membuat ia pada kali yang pertama, telah berkata ia- telah berkata aku kepada keduanya : maha suci ALLAH, apa ini dua perkara? telah berkata ia - telah berkata oleh keduanya bagiku : jalanlah olehmu. maka telah berjalan oleh kami. kemudian datang oleh kami atas seorang lelaki yang yang terlentang bagi belakangnya dan tiba-tiba seorang lelaki berdiri atasnya dengan pencangkuk daging daripada besi, dan tiba-tiba ia datang ia pada sebelah pihak daripada wajahnya kemudian membelah/memecah ia akan rahangnya hingga tulang belakangnya dan daripada hidungnya hingga tulang belakangnya dan daripada matanya hingga tulang belakangnya, telah berkata ia : dan terkadang telah berkata oleh abu raja' : maka pecah/terbelah ia,, telah berkata ia : kemudian berpindah ia kepada pihak yang satu lagi maka membuat ia dengan dia akan seumpama barang yang telah membuat ia dengan pihak yang pertama







Sunday, 16 June 2013

الفقه الأكبر 2








FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta alam tidak menyerupai ia akan sesuatu pun daripada makhluk2. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya menyerupai itu mewajibkan menghabisi pada semua sifat dan hukum kerana bahawasa hakikat dua yang serupa menyerupai keduanya berlainan keduanya dengan zat, harus atas tiap2 satu daripada keduanya oleh semua barang yang harus atas tuannya maka berdiri ia pada tempatnya dan menyumbat ia pada tempatnya. Maka jikalau adalah MAHA PENCIPTA SWT  itu yang menyerupai dengan makhluknya nescaya adalah


sentiasa atas-NYA swt daripada sifat2 makhluknya dan bermula yang demikian itu mustahil kerana bahawasanya menghendaki ia akan harus keadaannya itu dijadikan akan dia dan kerana bahawasanya ia saling berlawanan. Maka telah tetaplah bahawasanya MAHA PENCIPTA SWT itu tidak menyerupai ia akan makhluknya dan tidak menyerupai akan dia oleh makhluknya. telah berfirman oleh-nya swt "tiada seumpama-nya sesuatu dan DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT.

FASAL

Maka hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawasanya sempadan dan hujungnya itu tidak harus ia atas ALLAH SWT. dan bermula makna sempadan itu iaitu tepi sesuatu dan hujungnya. Dan bermula dalil atasnya iaitu bahawasanya barangsiapa yang tidak adalah ia disempadankan akan permulaannya itu tidak adalah ia disempadankan akan zatnya dan akhirnya. Dan bermula maknanya itu barangsiapa yang tidak adalah bagi wujudnya itu permulaan nescaya tidak adalah bagi zatnya itu kesudahan/penghujung. dan kerana bahawasanya barang  yang adalah ia itu disekat akan dia lagi yang berkesudahan (ada pengakhiran) itu sah bahawa terbayang padanya oleh bertambah dan berkurang dan bahawa didapat akan seumpamanya. Maka adalah bagi tertentunya itu satu macam daripada kesudahan dan sekatan yang sahlah bahawa adalah ia terlebih besar daripadanya atau terlebih kecil, yang menghendaki ia akan bahawa adalah baginya itu orang yang menentu yang menentu ia akan dia (allah swt) atas had dan kesudahan dan menjadikan ia atas kadar. dan bermula yang demikian itu dalil bagi baru. telah tinggilah ALLAH SWT daripada demikian itu akan sebagai tinggi yang besar..
و الله أعلم

Thursday, 13 June 2013

الفقه الأكبر للشافعي 1

Maka bermula makna wajib dan fardhu itu satu dan iaitu barang yang menuntut jadi hak (kena) seksa atas meninggalkannya dan pahala atas membuatnya. Dan makna mahzhur (yang ditegah) itu barang yang menuntut jadi hak akan seksa atas membuatnya dan diberi pahala atas mennggalkannya. Dan makna masnun (sunat) dan buat ketaatan dan nafilah (sunat) dan mustahab (yang disukai) itu pada hakikatnya satu dan iaitu bahawasanya barang yang diberi pahala atas membuatnya dan tidak diseksa atas meninggalkannya. Dan makna makruh (yang dibenci) itu barang yang diberi pahala atas meninggalkannya dan tidak diseksa atas membuatnya. Dan makna mubah (yang harus) itu barang yang jadi sama oleh 2 pihak membuatnya dan meninggalkannya daripada mukallaf. Maka lazimlah/wajiblah oleh mukallaf  bahawa beri'tiqad ia pada tiap2 satu daripada ini (5) bahagi atas wajah yang telah diberati akan dia pada wajib akan wajibnya dan pada yang ditegah akan haramnya atas kira-kira barang yang menghendaki akan dia oleh syariah. Dan demikian ini hingga akhir bahagian yang 5 ini. Maka jika telah beri'tiqad ia ata menyalahi yang demikian itu nescaya menuntut jadi miliklah ia akan seksa.

FASAL

dan ketahuilah olehmu akan bahawasanya MENGENAL ALLAH TAALA itu hanyasanya wajib atas hambanya apabila telah hasil oleh 3 syarat, satu daripadanya AQAL. Dan bermula makna AQAL iaitu ilmu dan qudrat (kuasa) yang jadi sah sertanya oleh hadap percakapan dan dihukum akan dia dengan keadaannya orang yang beraqal apabila didapat dengannya akan ilmu (tahu) sekadar barang yang boleh memperbeza ia antara yang mungkin dan yang mustahil. Dan boleh daripadanya menuntu persaksian dengan yang hadir/saksi atas yang ghaib (tiada depan mata). dan yang kedua SAMPAI UMUR kadangkala adalah ia dengan tahun apabila telah sampai ia 15 tahun dan dengan mimpi apabila telah bermimpi oleh budak lelaki atau budak perempuan sebelum demikian itu (sampai ummur) atau datang haid pada masa yang jadi sah bahawa bermimpi oleh budak perempuan. Dan yang ketiga DENGAR dan iaitu bahawa datang suruhan daripada ALLAH swt dan memberati IA akan hamba dengan mengenali-NYA. Maka apabila ketiada satu syarat daripada ini 3 syarat nescaya tidak wajiblah atas kami sesuatu pun. Dan bermula dalil atasnya itu firman ALLAH SWT terjemahannya " dan tidaklah kami yang mengenakan azab hinggalah membangkit oleh kami akan seorang rasul (pesuruh)". Dan hadith yang masyhur atas NABI SAW "diangkatkan qalam daripada 3 orang, daripada BUDAK hingga sampai umur ia, dan daripada ORANG GILA hingga sedar/khabar ia dan daripada ORANG YANG TIDUR hingga terjaga ia.

FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu bahawa yang mula-mula daripada segala perkara yang wajib atas mukallaf itu
 menilik dan mengambil dali yang membawa kepada mengenal ALLAH SWT. Dan makna tilik iaitu fikir dengan hati dan merenung dengan mendalam pada hal/kelakuan barang yang ditilik padanya kerana menuntut bagi mengenal-NYA dan dengan dia membuat persampaian kepada mengenal barang yang ghaib daripadanya oleh pancaindera dan dharurah dan iaitu wajib pada asal2 agama kerana firman-NYA 'AZZA WA JALLA "hendaklah menilik oleh kamu kepada buahnya apabila berbuah ia dan masak mekar ia" dan firman-NYA lagi " hendaklah mengambil iktibar oleh kamu wahai orang2 yang mempunyai penglihatan" dan firman-NYA lagi "katakanlah olehmu tiliklah oleh kamu akan apa yang ada dilangit dan dibumi". Dan hanyasanya telah berkata kami akan bahawasanya yang mula-mula daripada perkara2 yang wajib itu TILIK kerana bahawasanya paling banyak daripada ibadah digantungkan dengan niat. dan bermula niat itu ialah qasad (tujuan/menghendaki) dengan ibadah kepada yang disembah yang dikhususkan. Dan bermula qasad atas ini wajah tidak mungkin melainkan selepas mengenali yang disembah dan tidak sampai ia kepada mengenali-NYA melainkan dengan tilik dan mencari dalil. Maka kerana ini telah berkata oleh kami bahawa yang demikian itu yang mula-mula daripada segala yang wajib.

FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu bahawasanya alam itu satu nama bagi sekalian barang yang lain dari ALLAH daripda 'arasy-NYA dan kursi-NYA dan langit2-NYA dan bumi-NYA dan haiwan-NYA dan benda yang bertokol-NYA hal keadaannya berkata2 ataupun dia. Jaga-jaga sesungguhnya ia (alam) itu yang baru yang ada selepas bahawa tidak pernah ada ia. Dan bermula dalil atas ini bahawasanya sungguh telah tetap bahawa alam ini berubah2 daripada suatu sifat kepada sifat yang lain dan daripada suatu hal kelakuan kepada suatu hal yang lain dan tidak tercerai daripada warna2 yang berbeza dan kejadian yang berlainan dan barang baru yang silih berganti.  Dan bermula barang yang tidak pernah bercerai daripada barang baru nescaya tidak mendahului ia akan barang baru. Dan apabila tidak mendahulu ia akan barang baru maka dia barang baru jua sepertinya kerana bahawasanya tidak terima aqal ada ganjaran besar melainkan berhimpun atau bercerai atau berdekatan atau berjauhan. Dan bermula berhimpun dan bercerai itu barang baru. Dan pada makna ini dalil telah datang firman-NYA pada kisah NABI IBRAHIM AS "maka tatkala lenyap atasnya oleh malam melihat ia akan bintang, berkata ia -ini tuhanku ketika menilik ia kepada bintang2 dan matahari dan bulan maka mendapati ia akan bintang dan matahari dan bulan berubah pada sifatnya maka memperkularkan ia akan dia daripada sifat ketuhanan bdengan sebab bersekutu (berkongsi) dia pada kata2/lihat dan hilang dan berpindah daripada suatu hal kepada hal yang lain kemudian memberi nama ia akan istidalah akan hujjah atasnya dan menyandar ia akan dia kepada dirinya maka berfirman 'AZZA daripada orang yang berkata " dan itu hujjah kami yang telah memberi kami akan dia akan IBRAHIM atas kaumnya
 mengangkat oleh kami akan darjat/pangkat mereka yang menghendaki oleh kami" kemudian menyata ia akan bahawasanya orang yang memberi petunjuk akan dia (ibrahim) kepada hujjahnya yang mengangkat darjatnya maka berfirman oleh-NYA "mengangkat kami akan darjat2 mereka yang menghendaki oleh kami" kemudian berfirman ALLAH 'AZZA WA JALLA bagi rasulnya "bahawa hendaklah mengikut olehmu akan agama IBRAHIM hal keadaannya yang cenderung daripada keburukan kepada kebaikan" . Dan yang demikian itu memperwajibkan atas kami akan bahawa mencari dalil oleh kami sepertimana mencari dalil oleh nabi ibrahim as.

FASAL

Dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan yang dijadikan tidak dapat tidak baginya daripada yang menjadi yang mencipta. Dan bermula dalil atasnya iaitu bahawasanya perbuatan tidak dapat tidak baginya daripada yang membuat sepertimana bahawasanya penulisan tidak dapat tidak daripada yang menulis dan binaan tidak dapat tidak daripada yang membina. Dan mustahillah oleh adanya tulisan melainkan daripada yang menulis. dan yang demikian itu diketahui pada orang yang menyaksikan dengan jalan dhorurah (automatik,logikal). Dan yang demikian itu hukum bagi barang yang menyerupai ia akannya daripada sekalian daripada pertukangan/pekerjaan. Dan seperti demikian itu yang menjadi pada makna yang menghendaki-nya orang yang menjadi lagi yang membuat lagi yang mencipta. telah berfirman ALLAH SWT hal keadaannya memberi peringatan "atau telah dicipta akan mereka daripada ketiadaan sesuatu atau merekalah orang2 yang mencipta". Dan bermula maknanya ataupun dijadikan mereka daripada ketiadaan pencipta yang menciptakan mereka atau menjadikan mereka akan diri mereka sendiri. Maka telah memperterangkan ia akan bahawasanya makhluk tidak dapat tidak baginya daripada yang mencipta.

FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu bahawasanya yang menjadikan alam ini iaitu ALLAH BESARLAH KEBESARANNYA MERATAILAH KURNIAAN-NYA. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya telah tetaplah dengan awal2 aqal,fikiran sesungguhnya manusia pada suatu kelakuan sempurna kejadiaanya dan sempurna akalnya dan qudratnya itu tidak kuasa ia bahawa mencipta ia bagi dirinya sendiri akan pendengaran atau penglihatan atau mengembalikan ia akan anggota yang gugur/tercabut daripadanya, tidak ketika keseorangan dan tidak dengan bantuan orang yagn seumpamanya dan bandingannya atau rakannya maka kerana teruzur atasnya mencipta dirinya pada hal keadaannya air yang hina,air mani yang lemah terlebih utama. Dan telah berfirman ALLAH SWT "maka adakah telah melihat oleh kamu akan barang yang berangan-angan oleh kamu adakah kamu lagi akan menjadikan dia ataupun kami ialah orang yang menjadikan". Maka memberi peringatan oleh ALLAH SWT dengan demikian itu atas bahawasanya anak tidak menjadikan dia oleh bapanya kerana bahawasanya ia berangan2 ia akan dia dan tidak adalah ia dan benci ia maka ada ia, Maka menerang ia akan bahawasanya memberi rupa akan janin dalam rahim daripada mani itu barang yang tidak adalah ia atas kehendak kami tidak juga dengan perbuatan kami. Dan adalah penciptanya dan yang memberi rupanya iaitu ALLAH SWT.

FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta alam ini
  sedia ada ia lagi azali lagi. Dan bermula maknanya tiada awal bagi adanya. Dan bermula dalil atasnya itu bahawasanya kalau adalah pencipta itu yang dijadikan nescaya berhajat ia kepada yang menjadikan yang lain yang menjadikannya dan mengadakannya kemudian yang menjadikan yang lain itu, kalau adalah ia dijadikan akan dia nescaya menghendaki ia akan yang dijadikan yang lain dan jadi saling bergantung tiap2 pencipta kalau adalah yang dijadikan dengan pencipta yang sebelumnya maka membawa yang demikian itu kepada barang yang tiada kesudahan ia dan mewajibkan ia akan kemustahilan adanya pencipta dan yang diciptakan. Dan telah berfirman ALLAH 'AZZA WA JALLA "dialah yang awal dan yang akhir". maka memberitahu oleh-NYA 'AZZA WA JALLA daripada adanya pada barang sedia ada ia dan kekal ia.

FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta bagi alam in satu yang tiada sekutu baginya lagi tunggal yang tiada yang kedua baginya. Dan bermula makna keesaan pada sifat2 ALLAH SWT bahawa jadi mustahil atasnya oleh berjuzuk dan bersetengah/bersuku atas jalan waham (sangka) dan takdir (kira2). Dan bahawasanya ia ketunggalan dengan sifat2nya dan zatnya tidak menyerupai ia bagi makhluk. Dan bahawasanya ketunggalan ia deng ternisbah segala hawadith kepadanya daripada kira2 menjadi ia akannya dan membuat ia akan dia dengan tiada contoh. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya sungguh telah sabit dan tetap bahawa perbuatan dan pertukangan menghendaki ia akan orang yang membuat dan orang yang mencipta yang tidak dapat tiada,xsyak lagi. Dan terkayalah oleh adanya perbuatan bagi penukang yang satu.maka tiba2 yang membuat yang satu tak dap tidak daripadanya. dan barang yang bertambah atasnya maka jadi berlawanan padanya oleh segala seteru dan gugur ia kerana tiada yang memberati bagi setengah daripada itu seteru atas setengah yang lain. Dan telah berfirman ALLAH SWT "jikalau adalah pada keduanya tuhan melainkan ALLAH nescaya jadi rosak keduanya". maka menyatakan oleh ALLAH SWT akan bahawasanya tuhan jikalau adalah ia terlebih banyak daripada tuhan yang satu nescaya tiadalah langit dan bumi kerana banyak tuhan memperwajibkan sah berlakunya perselisihan dan penegahan daripada yang dikehendaki. Dan telah berfirman JALLA ZIKRUHU "hanyasanya tuhan kamu itu tuhan yang satu".

FASAL

Dan ketahuilah oleh kamu akan bahawasanya pencipta alam tidak menyerupai ia akan sesuatu pun daripada makhluk2. Dan bermula dalil atasnya bahawasanya menyerupai itu mewajibkan menghabisi [ada semua sifat dan hukum kerana bahawasa hakikat dua yang serupa menyerupai keduanya berlainan keduanya dengan zat, harus atas tiap2 satu daripada keduanya oleh semua barang yang harus atas tuannya maka berdiri ia pada tempatnya dan menyumbat ia pada tempatnya. Maka jikalau adalah MAHA PENCIPTA SWT  itu yang menyerupai dengan makhluknya nescaya adalah


Sunday, 9 June 2013

الفقه الأكبر للشافعي

Dengan nama ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI YANG MAHA MENGASIHANI dan dengan memohon pertolongan oleh kami.

Bermula segala puji itu tertentu bagi ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Dan SELAWAT dan SALAM atas nabinya MUHAMMAD SAW dan KELUARGANYA sekalian. Telah berkat IMAM YANG LEBIH TAHU YANG LEBIH BESAR ABU 'ABDILLAH MUHAMMAD IBNU IDRIS ASY-SYAFI'E المطلبي telah meredha oleh ALLAH daripadanya. Ini suatu kitab yang telah menyebut oleh kami dalamnya akan segala yang zahir daripada masalah2 pada asal2 agama yang tidak dapat tidak (mesti) bagi mukallaf (orang yang diberati syara') daripada berhenti atasnya. dan telah menamai oleh kami akan dia akan fiqh akbar dan membentang oleh kami daripada yang mudah2 daripada tanda2 (dalil2) kerana menghendaki bagi memperdekatkan / mempermudahkan bagi yang baru belajar dan TETAPLAH DENGAN ALLAH ITU TAUFIQ..

FASAL

DAN hendaklah mengetahui oleh kamu-semoga membahagiakan / membantu akan kamu oleh ALLAH- akan bahawa tiap2 mukallaf itu disuruh akan dia dengan mengenali ALLAH SWT. dan makna ma'rifah itu bahawa mengetahui olehnya akan yang maklum (yang diketahui) atas barang dia atasnya dengan sekira-kira tidak tersembunyi atasnya daripada sifat2 maklum oleh sesuatu pun. dan dengan sangka dan taqlid (mengikut) tidak menghasilkan ilmu dan kenal kerana bahawasa makna sangka itu berhimpun dua perkara, satu daripanya lebih nyata daripada yang satu lagi, dan makna taqlid itu terima perkataan, mereka yang tidak tahu apa yang telah berkata ia daripada mana berkata ia. dan yang demikian itu tidak adalah ia itu ilmu/tahu. DAN bermula DALIL atasnya itu firman-NYA swt " MAKA KETAHUILAH OLEHMU AKAN BAHAWASANYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Maka suruh itu dengan ma'rifah tidak dengan zhon dan taqlid.

FASAL

dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawa pengetahuan makhluk itu atas 2 bahagi, yang bangsa dhoruri dan yang bangsa muktasab. dan bermula makna dhoruri itu tiap2 ilmu yang takluk/bergantung adanya hal keadaannya ketunggalan dengan qudrat yang tidak tahu ia dengan dia. dan yang demikian itu seumpama ilmu yang jatuh daripada pancaindera yang 5 dan iaitu pendengaran dan penglihatan dan bau dan rasa dan sentuh. dan bermula perkara yang terbit dalam diri itu sebahagian daripada ilmu yang bangsa dhoruri. dan bermula makna ilmu muktasab itu tiap2 ilmu yang bergantung adanya dengan qudrat orang yang tahu dengan dia seumpama ilmu yang hasil dengan tilik dan lihat.

FASAL

dan hendaklah mengetahui oleh kamu akan bahawasanya takalluf (keberatan/tanggungan) itu barang yang menuntut jadi hak oleh yang menyalahinya akan seksa maka masuk dalamnya oleh sekalian bagai perbuatan mukallaf2 (orang yang diberati syara'). dan yang demikian itu 5 perkara , wajib dan yang ditegah (haram) dan dan yang disukai (sunat) dan makruh (yang dibenci) dan mubah (yang harus) و الله أعلم