مقدمة

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده و نستعينه و نستغفره و نعوذ بالله من شرور أنفسنا و من سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له و من يضلل فلا هادي له و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له و أشهد أن محمدا عبده و رسوله صلى الله عليه و أله و صحبه و من تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

Thursday, 28 June 2012

mengaji belajar menuntut ilmu

  1. bilo sebut mengaji apo yg terlintas di minda kito?  mengaji alquran..
  2. bilo sebut belajar apo yg terlintas di kepalo kito?  belajar di sekolah..
  3. bilo sebut menuntut ilmu apo yg kito pikir?  xterpikir sebelum ni kan..hihi..
  4. bilo kito sebut sekolah apo kito nampok?  upsr pmr spm..
  5. bilo kito sebut u apo kito kelih?  diploma degree master phd..
  6. bilo kito sebut pondok apo ore kato?  xnapok jale.hok jebih pun ado.hok xtau pun ado.hummm

Nabi saw menyuruh kito menuntut ilmu.. malah jatuh wajib atas kito menuntut ilmu.. tapi ilmu apo yg kito nak tuntut.. bilo sebut menuntut mesti ado org yg boleh kito tuntut sesuatu daripado dio.. seperti kito nk duit.. kito nk tuntut kat sapo dio?kat org hok ado duit ko kat org yg sesok serupo kito?budok2 kecik pun boleh jawab..hehe..Kenapo Nabi x guno perkataan belajar bahkan menuntut ilmu?pakat2 pikir..

Pernah x kito terpikir setaro mano keislaman kito (kito menghayati mendalami menghiasi ISLAM kito ni)..? pernah x kito terpikir setaro mano kito menghiasi SOLAT kito?memperbaharui ibadah2 kito?ilmu agama kito?tanyo diri sendiri lah..jangan duk menuding jari ko ore lain..satu saloh org kito nampok..9 saloh kito ore napok.. ni barang / perkara yg bangsa ukhrawi.. lagu mano kito menghiasi diri kito,caro hidup kito,kehidupan kito sehari2?ini barang/perkara yg bangsa duniawi pulok..pikir jangan x pikir.. sesaat kito pikir lebih baik drp 1000 solat sunat yg xsempurna..hihi..

marilah kito samo2 menghayati mangamati dan beramal dgn surah al-'asr..

semoga ini menjadi satu peringatan kpd diri sayo..dan menjadi permata bagi diri saudaro..


kitab pelita penuntut dan تعليم المتعلم

hai saudaraku tidak mendapat engkau akan ilmu melainkan dengan enam perkara-
lagi akan aku ceritakan akan dikau daripada tafsilnya dengan keterangan-
cerdik loba bersungguh belanja senang-
nasihat guru panjang masa jangan kurang.

Bermula ini adalah kitab mengajar orang yg hendak belajar..

Dengan nama الله yang Maha Pemurah lagi yang Maha Mengasihani..

Bermula segala puji itu tertentu bagi الله yang memperlebihkan anak-anak آدم dengan ilmu dan amal atas sekalian alam.. Dan bermula Solawat dan Salam itu adalah atas محمد Penghulu bagi bangsa arab dan bangsa ajam.dan atas keluarganya dan sahabat2nya punca2 segala ilmu dan hikmah..Dan kemudian maka Tatkala telah melihat oleh aku akan banyak daripada orang2 yang menuntut ilmu pada zaman kami bersungguh2 mereka itu walhal kepada ilmu tidak sampai oleh mereka dan daripada manfaat2nya dan buah2nya dan iaitu beramal dengannya dan menghambur dengannya diharam akan mereka kerana bahawasanya mereka itu telah salah dalam jalan belajar dan telah meninggal oleh mereka akan syarat2 belajar dan bermula tiap2 seseorang yang salah mereka itu pada jalan nescaya sesat ia..dan tiada dapat ia akan barang yang dituju akan dia sama ada sdikit ataupun banyak Nescaya menghendaki oleh aku dan mengasih oleh aku bahawa menyatakan bagi mereka akan jalan belajar atas barang yang melihat oleh aku dalam kitab2 dan telah aku dengar daripada ustaz2ku yang mempunyai ilmu dan hikmah hal keadaan aku harap akan doa bagiku dengan kemenangan dan kelepasan pada hari qiamat kemudian daripada istikharah aku akan الله تعالى padanya.demikan juga hamba yang menterjemah harap seperti barang yang berharap oleh مألف daripaada mereka yang memandang kepada ini kitab kitab dan terjemah dan yang membaca akan dia dan juga membetulkan akan dia daripada yang salah2nya kemudian daripada تأمل (perhati) yang halus dan yang demikian sangatlah ada kerana hamba belum biasa pada ilmu menterjemah dan juga pada لغة العرب dan tiada yang memberi taufiq melainkan dengan الله atasnya berserah oleh aku dan kepadanya kembali aku dan DIA lah tempat meminta pertolongan..
فصل فى ماهية العلم و الفقه و فضله

Ini suatu perceraian pada menyatakan hakikat ilmu dan feqah dan kelebihannya " telah bersabda oleh Nabi محمد saw طلب العلم فريضة على
 كل مسلم و مسلمة ertinya bermula menuntuti ilmu itu wajib atas tiap2 laki2 yang islam dan perempuan yg islam..ketahui oleh mu bahawasanya tiada wajib atas tiap2 lelaki yg islam dan permuan yg islam menuntuti sekalian ilmu bahkan wajib atasnya menunutut akan ilmu kelakuan dan iaitu ilmu أصول الدين dan ilmu الفقه dan dikendaki dengan kelakuan itu iaitu pekerjaan yang kedatangan bagi manusia kufur dan iman dan sembahyang dan puasa dan lainnya daripada sekalian kelakuan2 seperti dikatakan yang terlebih افضل ilmu itu ilmu kelakuan dan yang terlebih أفضل amal itu memeliharakan kelakuan...wajiblah atas orang2 yang islam itu menuntuti ilmu yang boleh mengetahui dengan dia akan barang yang jatuh baginya pada kelakuannya barangmana ada ia kerana bahawasanya seseorang yang Islam itu tak dapat tidak baginya daripada sembahyang maka wajib atasnya menuntut ilmu yang boleh mengetahui dengan dia akan barang yang jatuh baginya didalam sembahyangnya dengan qadar barang yang membawa ia dengan dia akan fardhu sembahyang. dan wajib pula atasnya menuntut akan ilmu yang boleh mengetahui dengan dia akan barang2 yang lain lagi dengan qadar yang membawa ia dengan dia akan sekalian yang wajib2 kerana....bersambung

  1. Berapo ramai antara kito yang mengaji?
  2. berapo ramai antara kito yang bersungguh dalam mengaji?
  3. berapo ramai antara kito yang lamo masa mengajinyo?
  4. berapo ramai yang sembahyang tapi bacaannya tidak betul?
  5. berapo ramai yang sembahyang tapi kaifiatnya tidak sempurna?
  6. berapa ramai yang sembahyang tapi boleh penat lelah sahajo?
  7. berapo ramai yang berpuaso tapi boleh lapar dahago sahajo?
 dimano kito berado pakat2 lah kito berfikir..muhasabahkan diri..

Kalu kito xbetulkan diri kito sendiri,sapo lagi yang nk perbetulkan..dan الله xmengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak berubah.. و الله أعلم

Namun tiado io sampai kepada maksud mengajinyo..dan tiado hasil baginyo buah ilmu iaitu beramal dengannyo dan menghambur akan dio..

tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak mahu mengaji,yang sudah memadai dengan ilmu yang dibelajarinya ketika dibangku sekolah? ado yang kato malu nk belajar..ado yang kato masih mudo lagi..tu lah orang islam zaman ini.. sedangkan kehidupan dunia sentiasa tidak mencukupi inkan pula kehidupan akhirat..


ini kitab pada membicarakan adab-adab mengaji..terutama mengaji ILMU AGAMA
Pelita Penuntut
تعليم المتعلم